Mendaki

Mendaki
Usaha Tangga Jaya

Friday, December 4, 2009

Antara Seminar dan Bengkel

HIDUP dalam persekitaran dunia akademik, istilah-istilah seperti seminar, bengkel, kursus, kolokium, viva, kertas kerja, tesis, disertasi dan seumpamanya adalah kata yang biasa didengar dan diucapkan. Sama ada terlibat sebagai peserta seminar atau penganjur seminar satu hal lain pula. Sebagai peserta seminar atau bengkel, secara peribadi, saya terlibat dalam dua jenis. Pertama, berkaitan tugas sebagai penolong pegawai sains di sebuah institusi pengajian tinggi, saya menyertai kursus yang berkaitan jawatan dan jabatan untuk meningkatkan kompetence dan perfomance. Kedua, berkaitan bidang penulisan kreatif atau sastera, saya menyertai kursus atau bengkel yang berkaitan bidang kesusasteraan yang kebanyakannya dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka selalunya dengan kerjasama Gapena atau Pena.


Keterlibatan sebagai urusetia seminar pula cuma satu, iaitu yang kerap dijalankan oleh fakulti tempat saya bertugas. Terbaharu ialah Seminar Kebangsaan mengenai Isu-isu Semasa dan Cabaran dalam Pegurusan Kualiti Alam Sekitar di Malaysia yang diadakan pada 2-3 Disember 2009 di Hotel Marriot Putrajaya. Dalam dunia seminar bak kata orang; menjadi penganjur sudah, peserta pun sudah; menjadi pembentang sahaja yang saya belum. Lalu saya mula terfikir kenapa sesekali tidak jadi pembentang?


Terima kasih Darylynn Chung Yiu Li yang tolong klik!

Keterlibatan dalam dunia seminar, bengkel dan kursus menyebabkan saya dapat membuat beberapa koleksi. Gambar sebagai kenang-kenangan menjadi nombor wahid. Diikuti pula dengan beg dan tag nama. Bonus pula kalau dapat cenderamata lain. Bagaimanapun untuk mendapatkan gambar sendiri dalam mana-mana seminar bukannya semudah disangka. Kalau ada kamera sendiri bukan mudah minta rakan klik. Kalau kamera orang bukan mudah minta imej tersebut walau berada dalam dunia digital yang boleh dihantar melalui email dsb. Contohnya gambar ramai Bengkel Penulisan Novel Sejarah di Melaka dulu, saya mohon daripada Zaid Akhtar melalui email. Gambar semasa Bicara Buku di UKM suatu ketika dulu, saya mohon bantuan Pn. Nisah Haron klikkan. Mujurlah penulis besar tsb sudi menolong penulis kerdil ini.


Dan sepanjang seminar mutakhir yang saya terlibat ini, walaupun saya penat merakam ucapan aluan pengerusi seminar, perasmian oleh Naib Canselor, ucaptama profesor dari Taiwan, dan persembahan tradisional sebagai gimik, hanya sekeping dua yang ada imej saya....

Terima kasih Dalina Jaafar yang tolong klik!

3 comments:

  1. cian en rahman..lenkali suarakan hasrat..insyaAllah ade la yg menolong..^_^

    ReplyDelete
  2. Ada juga orang yang kesian kat saya ek. Orang pemalu macam saya memang sukar untuk menyuarakan hasrat hu hu.:)

    ReplyDelete
  3. tula..kesian en rahman ye..kalo malu xdapekla den nk nolong..hehe..camne pun ayat2 en rahman mmg sasterala..teruskan perjuangan memartabatkan lg Bahasa Melayu...cheewaaaaaahhhh

    ReplyDelete