Mendaki

Mendaki
Usaha Tangga Jaya

Monday, June 21, 2010

Antara Ayat-Ayat Cinta dan "Salam Maria"


DUA buah buku di atas adalah buku yang sedang dibaca. Novel Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy dibaca di rumah. Buku Nyanyi Sunyi Salam Maria vs Sarjana Nasi Dingin, tulisan Fatimah Busu dibaca antara jam 7.00-8.00 pagi sebelum mula bertugas di pejabat dan antara Jam 5.00-7.00 petang sebelum pulang ke rumah. Kedua-duanya sudah sampai di penghujung. Kedua-duanya penuh dengan konflik. Konflik sering diterima secara negatif dan positif. Konflik dalam Ayat-Ayat Cinta mempunyai nilai-nilai estetika. Nilai estetika yang menurut Keris Mas, ialah nilai yang mengharukan dan membangkitkan perasaan. Justeru sudah dibaca Nyanyi Sunyi Salam Maria vs Sarjana Nasi Dingin, maka saya harus mendapatkan Salam Maria untuk dibaca, dihayati dan dipertimbangkan seadil mungkin.

2 comments:

  1. Saya sokong anda membaca SM. Pada saya, ia ada ilmu dan nilai keislamannya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas sokongan. Seminggu lebih ini saya saya tak layari internet,tak tengok TV (kecuali Brazil vs Netherlands) dan tak baca surat khabar (Rabu sahaja kerana Utusan ada sisipan estidotmy)kerana kerja lapangan di Gua Musang, Kelantan.

    ReplyDelete