Mendaki

Mendaki
Usaha Tangga Jaya

Tuesday, July 27, 2010

Caramel Cinnamon Anise di Cordova

MINGGU lepas, beberapa hari lalu, tiba-tiba terdetik dalam hati: dah lama tidak lihat cerpen Ranofla Dianti Irwan dalam akhbar mingguan arus perdana. Kalau tak terlepas pandang, sejak Januari 2010, memang tak menemu. Dan minggu ini karya terbaharu beliau tersiar dalam Mingguan Malaysia 25 Julai 2010! Ah, ada ESPkah saya? (kalau tak silap, dalam drama "Ilusi" yang sedang ditayangkan oleh TV3 setiap Isnin-Khamis jam 6.30-7.30ptg., ESP bermaksud 'extra sense personaliti') cheewah!. Lalu terimbaulah kembali Bengkel Pembinaan Penulis II/2000 (Cerpen) yang dihadiri pada 19-22 Oktober 2000 di Yayasan Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur. Kerana di situlah penulis cerpen yang saya anggap hebat ini ditemui. Bergambar ramai bersama Sasterawan Negara; Allahyarham S Othman Kelantan di pinggir Tasik Permaisuri, Cheras. Antara penulis dalam foto ini ialah Azimin Daud, Norazah Ibrahim(Shah Alam), Norazah Ibrahim (Sungai Buluh), Shahrun Nizal Mohd. Nor, Zainal Abdul Kadir, Nordin Zainal Abidin, dan Ariff Mohamad. Tiada dalam gambar ini Zurina Shafie, Thock Ker Fong, Abdullah Shuib dll.
Selain Allahyarham S. Othman Kelantan, Pn. Khadijah Hashim bertindak sebagai pembimbing. Allahyarham Dr. Othman Puteh dan En. Azmi Ibrahim turut hadir sebagai penceramah. Dan seperti biasa, tidak semua pahit manis dapat diluahkan....

2 comments:

  1. Bukan tidak mahu menyapa....tetap mengikuti blog man ....syabas! pelbagai aktiviti menarik terisi.....terima kasih kerana sentiasa menjadi sahabat yang mengerti..

    ReplyDelete
  2. Pelbagai aktiviti itu sebenarnya boleh menjadi sumber ilham menulis cerpen dan puisi. Tapi, entahlah....apa pun, zu akan terus menjadi sahabat yang sentiasa diingati....

    ReplyDelete