
siapalah saya...
Friday, January 20, 2012
Buku Lagi...

Wednesday, January 18, 2012
Pokok Lagi...
SELAIN Ubi, saya juga menanam pokok puding dan lain-lain betul-betul di sebelah bilik pejabat saya. Maklumlah ada tanah di sebelah bangunan. Daripada terbiar baik diusahakan.
Pokok Puding



Tiga jenis pokok di atas adalah bahan untuk memasak Ikan Botok-Botok. Bahan lain untuk buat botok-botok ialah puding senduk, pucuk ubi, pucuk betik, daun kaduk, dll. Semua daun ini dibentang atas daun pisang, kemudian diletak ikan tenggiri yang sudah digaul dengan kerisik, serai, bawang putih merah, dll. Kemudian dikukus. Makan dengan nasi panas. Ya Salam, pasti nak lagi!
Daun pokok ini biasa dicampur dalam rendang daging
Thursday, January 12, 2012
Diam-diam Ubi III
DIAM-DIAM ubi berisi. Diam tak diam sudah beberapa kali tapak penanaman ubi kayu saya bersilih ganti. Sudah dicabut, tanam semula, dicabut lagi, dan tanam semula. Dimulai dengan satu variety ubu kayu, iaitu Ubi Medan, kini saya sudah menanam empat variety ubi kayu. Variety tersebut seperti dalam gambar di bawah mengikut susunan ialah Ubi Medan, Ubi Putih, Ubi Indon, dan Ubi Pulut.
Ubi Medan. Paling biasa ditanam orang. Batangnya berwarna kemerahan semasa kecil. Batang tua berwarna gelap. Dahannya kemerahan. Kulit ubinya agak berkakah. Sedap dimakan apabila direbus dan cecah dengan sambal tumis bilis. Benih asal saya dapat dari Batu Pahat, Johor.
Ubi Putih. Batangnya berwarna hijau cerah. Apabila tua pun masih cerah berbanding ubi medan. Saya belum pernah makan ubinya, tetapi sahabat saya yang mendapatkan benih ubi ini dari kampungnya di Kapar, Kelang berkata, ubi inilah yang paling sedap.
Ubi Indon. Batangnya lebih gelap berbanding Ubi Medan dan Ubi Putih. Dahannya lebih merah daripada ubi medan. Kulit ubi ini agak licin atau rata. Tekstur ubinya mungkin antara ubi medan dan ubi pulut. Masih dalam peringkat kajian.
Ubi Pulut. Daunnya ketara berbeza, iaitu panjang. Ada orang mengelarnya ubi jurai sebab daunnya yang berjurai itu. Isi ubinya mungkin tidak dimakan orang kerana tidak empuk. Kalau hendak dimakan pun kena diparut dahulu dan dibuat kueh. Pucuk ubi inilah yang selalu dimakan dan banyak dijual di pasar malam. Benih asal saya perolehi dari seorang rakan sekerja yang tinggal di Sungai Buluh.




Subscribe to:
Posts (Atom)