Ubi Putih. Batangnya berwarna hijau cerah. Apabila tua pun masih cerah berbanding ubi medan. Saya belum pernah makan ubinya, tetapi sahabat saya yang mendapatkan benih ubi ini dari kampungnya di Kapar, Kelang berkata, ubi inilah yang paling sedap.
Ubi Indon. Batangnya lebih gelap berbanding Ubi Medan dan Ubi Putih. Dahannya lebih merah daripada ubi medan. Kulit ubi ini agak licin atau rata. Tekstur ubinya mungkin antara ubi medan dan ubi pulut. Masih dalam peringkat kajian.
Ubi Pulut. Daunnya ketara berbeza, iaitu panjang. Ada orang mengelarnya ubi jurai sebab daunnya yang berjurai itu. Isi ubinya mungkin tidak dimakan orang kerana tidak empuk. Kalau hendak dimakan pun kena diparut dahulu dan dibuat kueh. Pucuk ubi inilah yang selalu dimakan dan banyak dijual di pasar malam. Benih asal saya perolehi dari seorang rakan sekerja yang tinggal di Sungai Buluh.
Saya minat setiap paparan yang berkaitan dengan alam dan kehijauan yang menjadi sumber dan khazanah penjagaan kesihatan.
ReplyDeleteBlogger: tiubbocor.blogspot.com/ dan dr_rajieehadi.blogspot.com/
Selamat layari.
Terima kasih kerana sudi membaca.
ReplyDelete