SAYA tidak bermaksud menulis tentang politik atau mana-mana parti. Saya cuma ingin berkongsi pandangan tentang dakwat kekal. Imej di atas ialah jari saya selepas lima hari disapu dakwat kekal. Bagi saya, masih terdapat sisa-sisa warna dakwat kekal di situ. Bagi orang lain, mungkin dah bersihlah tu. Petang lima hari lepas, seorang jiran saya menunjukkan jarinya dan berkata "tengok ni, dakwat dah hilang!". Saya terkejut kerana warnanya jauh lebih hitam daripada warna dalam imej di atas, waima sudah ada tanda seperti dibasuh. Lalu saya kata "Eh, masih ada hitam-hitam tu, kira masih adalah...". Dia bertegas "dah hilang, tengok ni!". Saya tengok dan pada saya warna dakwat itu masih jelas. Dua tiga kali dia bertegas dengan pendiriannya dan saya terpaksa juga bertegas dengan pendirian saya. Kesimpulannya warna dakwat kekal di jari telunjuk ini bersifat subjektif. Siapa nak kata dah hilang boleh, nak kata masih ada pun boleh. Terpulang pada tanggapan masing-masing.
siapalah saya...
Thursday, May 9, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment