siapalah saya...
Wednesday, October 3, 2018
Semut Charlie
DALAM akhbar Utusan Malaysia bth 29/9/2018 tersiar berita dua kanak-kanak 'diserang' semut Charlie. Berita ini mengingatkan saya kepada beberapa peristiwa dan persoalan. Pertama, kanak-kanak ini menjadi mangsa Charlie di Pekan, Pahang. Saya sendiri kena serangan kayap untuk pertama kali ketika berada di Pekan, Pahang. Ketika itu saya menyertai Kejohanan SUKUM UMP 2018. Saya menginap di asrama sejak hari Ahad. Empat hari kemudian, iaitu hari Khamis ketika bangun tidur saya dapati ada kesan merah selebar dua jari di bahagian kiri dada. Hari Jumaat setelah kembali ke Serdang, Selangor, kemerahan itu telah merebak hingga ke bahagian belakang badan. Segera saya berjumpa doktor di Pusat Kesihatan Universiti. Doktor sahkan saya terkena virus kayap dan mengarahkan saya makan pil Acyclovir 400mg untuk lima kali sehari selama seminggu, iaitu ubat merawat Herpes Simplex Virus. Juga ubat sapu Vicide Cream 5%/Acyclovir 10g. Kayap ini bukan saja merah malah mengerutu seperti jerawat batu, rasa gatal dan sakit apabila tersentuh. Ketika itu saya tidak tahu puncanya ialah Charlie. Saya hanya tahu kemudian apabila anak menantu saya kata saya digigit Charlie dan bertanya "ada sawah ke di Pekan, Pahang?" Saya semakin yakin dengan kenyataan itu selepas tular di internet bahawa semut Charlie boleh dijumpai di sawah padi, padang, dan hutan. Semut Charlie juga dikenali sebagai Rove Beetle atau semut Semai atau Semut Kayap. Dalam badannya ada toksin atau racun yang dipanggil 'pederin' yang racunnya berkali ganda racun ular Tedung. Persoalannya bolehkah dinamakan semut kerana Charlie boleh terbang. Kedua, anak saya sendiri pernah digigit Charlie di asramanya di Permatang Pauh awal tahun ini. Mungkin ada bezanya antara digigit dengan terkena cecair badan Charlie. Apapun awaslah serangan Charlie @ Rove Beetle. Ini pesanan dari Unit Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Pekan. Antara caranya ialah tutup semua pintu dan tingkap pada waktu malam, pasang jaring halus jika perlu, dan tutup lampu kerana Charlie suka cahaya lampu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment