Pokok Malberi dalam pasu konkrit
Buah Malberi yang lebat di pokoknya
APA yang saya nak tulis untuk kuota bulan Disember ini? Terlanjur saya ada snap gambar pokok Malberi atau Mulberry (Morus spp) yang ditanam bersebelahan pejabat tempat kerja, biarlah saya buat sedikit catatan tentangnya. Wah, pejabat lagi! Tentang Malberi ini, saya cuma perlu berjalan 80 langkah dari meja kerja ke rumpun pokok Malberi pertama dan sepuluh langkah lagi untuk ke rumpun seperti dalam gambar di atas. Saya seperti tiada saingan daripada lebih kurang 80 orang staf kerana mereka di blok-blok hadapan tidak sudi menjengah ke belakang. Entah mereka sibuk, tidak tahu, atau takut dengan nyamuk, ular, biawak dan binatang lain. Monyet pun pernah sampai ke sini. Tentang penanaman, khasiat buah dan daun, serta fakta bahwa daun pokok ini adalah makanan ulat sutera, bolehlah lihat di google atau blog-blog lain. Buah Malberi berasa manis apabila telah matang berwarna kehitaman.
lebat buahnya
ReplyDeleteAlhamdulillah, dalam dua minggu ini petik antara 10-20 biji setiap pagi, tengah hari, dan petang.
ReplyDelete