MUNGKIN saya agak beruntung kerana di sebelah bangunan tempat saya berkerja ada sebidang tanah yang boleh diusahakan. Untuk menanam pokok di rumah teres di taman perumahan tempat saya tinggal memang sukar kecuali pokok jenis kecil dalam beberapa buah pasu. Rakan-rakan sekerja menanam pokok cili, kangkung, bende, terung, kacang botol dll. Hampir setiap hari mereka menuai hasil dan menjimatkan belanja dapur. Saya memilih menanam ubi kayu. Hal ini demikian kerana ruang tanah yang berada di dalam pagar telah habis menjadi 'hak' mereka. Lalu diam-diam saya menanam sebaris ubi kayu betul-betul di luar pagar. Diam tak diam, masa pun terus berlalu, dan pokok ubi kayu itu pun terus membesar. Akhirnya sampailah giliran saya pula menuai hasilnya. Hari itu, jam 5.00 petang, saya pun mencabut sepokok untuk dibawa pulang ke rumah. Di rumah, jam 6.00 petang, isteri saya pun mula merebusnya sambil memasak sambal tumis. Tepat jam 7.00 petang, saya sudah pun menjamahnya. Ya Salam! ubi kayu yang empuk dan warnanya menjurus kepada kristal itu memanglah tersangat sedapnya. Mungkin ada sesuatu yang boleh diambil untuk renungan. Pertama, seperti ikan segar atau daging lembu segar, ubi juga sedap jika masih segar. Hal ini demikian kerana didapati jika ubi kayu itu sudah tiga-empat hari, ia akan masuk angin dan apabila dimasak, warnanya lebih menjurus kepada putih bukan kristal. Kedua, benarlah seperti kata perbidalan; diam-diam ubi berisi... bukan macam saya... bising tapi nil! he he.
siapalah saya...
Tuesday, October 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dapat dengar cerita je sambil gigit jari...
ReplyDeleteTentu saya tak akan biarkan Anak Rantau dengar saja sambil gigit jari, tapi jangan nanti makan sampai menjilat jari he he.
ReplyDeleteTerima kasih sbb sudi hulur kat saya satu plastik ubi kayu. Sampai je kat rumah, saya terus je rebus ubi tu. Betul macam tuan cakap, ubi yang baru di tuai dan terus di rebus memang sedap, empuk dan lemak. Bukan sahaja saya menjilat jari, tapi makan sampai tergigit lidah...hehehe...
ReplyDelete