KENAPA dan mengapa tiba-tiba tarikh 13 haribulan menjadi istemewa? Hal ini demikian kerana pada 13 Otober 2009 saya menghantar tesis ke Sekolah Pengajian Siswazah untuk peperiksaan akhir (Viva). Pada 13 Januari 2010 saya menghadapi Viva. Pada 13 Mac 2010 saya menyerahkan tesis yang telah dimurnikan selepas Viva. Tarikh 13 Mei 2010 mesyuarat Senate diadakan dan bersetuju menganugerahkan saya Master Sastera (dengan tesis). Dan akhirnya pada 13 Oktober 2010 saya dikurniakan Ijazah Master Sastera (Kesusasteraan Melayu) dalam Majlis Konvokesyen UPM ke-34. Syukur ke Hadrat Allah Azzawajalla yang melimpahkan rezeki. Terima kasih kepada Ibu dan Bapa yang mendoakan. Terima kasih kepada pensyarah yang membimbing khususnya penyelia saya. Dan terima kasih kepada sahabat-rakan yang banyak memberi sokongan. Terima kasih.
siapalah saya...
Friday, October 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tiada kegembiraan dapat digambarkan selain melihat kejayaan yang diraih oleh seorang sahabat.Syabas dan setinggi-tinggi tahniah....
ReplyDeleteTerima kasih. Diri ini juga ingin melihat justeru berdoa seorang Zu dan sahabat-sahabat yang lain berjaya dalam meraih impian dan cita-cita....
ReplyDeletesalam en rahman
ReplyDeletehrp tidak terlambat utk ucapkan tahniah atas kejayaan en rahman.
p/s: 13 pon sangat bmakna buat saya, saya dilahirkan pd 13 julai! =)
Sulongbikong,
ReplyDelete...tapi untuk saya bagi hadiah ulang tahun kelahiran dah terlambat kan? kan? he he.