siapalah saya...
Wednesday, December 19, 2012
Siapa Bertuah
HARI Sabtu lepas bolehlah dikatakan suatu hari yang penuh hiruk-pikuk dan memenatkan. Menjelang Suboh hinggalah selepas Mahgrib, penuh dengan aktiviti yang melibatkan komitment keluarga. Ada orang datang minta 'baby'nya dijaga separuh hari. Terpaksa mendukungnya satu jam sewaktu 'orang rumah' 'shoping' sayur-ikan di pasar awam. Lepas itu hantar anak ketiga ke Alamanda, Putrajaya bersama kawannya. Lepas itu jemput anak kedua di kolej di UPM dan terus ke Kajang. 'Shoping' beg dan tudung berdekatan Ali Stor. Lepas pekena sate Samuri dekat Stadium, terus ke KAMDAR beli kain. Jam 5.00ptg balik dari situ terus ke Alamanda jemput anak dan kawannya. Selepas solat Asar di rumah, terus ke Seri Kembangan kononnya nak beli mesin basuh. Masa inilah kawan saya telefon tanya sama ada saya nak ikan Patin itu. Dia sedang memancing di kolam MAEPS. Dengan segera terus ke sebuah pasaraya untuk beli barangan dapur kerana perlu menanti kawan saya di rumah sebelum jam tujuh. Kawan saya bukan sahaja beri Patin, malah seekor lagi Rohu. Saya sempat menjeling seekor lagi Rohu seberat kira-kira 3kg dalam keretanya. Dia kata dua ekor lagi sudah diberi kepada orang lain. Usai solat Mahgrib, parang pun dicapai untuk mengayakannya. Mujur malam sebelumnya saya telah perhatikan bagaimana penjual ikan air tawar di pasar malam menyiang ikan. Kalau Rohu seekor, tidak sampai seminit dah siap. Kalau Keli, dalam seminit antara 10-15 ekor boleh siap. Pendek kata, memang bertuah la kan, tak pergi memancing pun boleh dapat dua ekor ikan. Ikan Patin itu pula saya goreng beberapa keping malam itu juga dan besoknya. Ternyata kali ini memang sedap. Tidak ada langsung bau hanyir atau bau tanah. Tetapi kalau dapat pergi sendiri memancing di mana-mana 'port' tentu lagi seronok kan, kan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment