TUAH saya memang tiada pada hari itu, tetapi tangguk ini memang bertuah.
MULANYA seorang rakan sepejabat nasihatkan saya supaya beli tangguk yang baharu. Alasannya ialah tangguk saya terlalu kecil dan dibuat dari benang. Kecil menyusahkan apabila menangguk ikan besar. Benang pula menyusahkan apabila mata pancing jenis rambai tertusuk tali tangguk. Saya pula suka tangguk itu kerana boleh dilipat menjadi kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. Atas nasihat itulah dan pengalaman sendiri di kolam Danau Pinggiran, saya pun beli tangguk baharu. Tangguk ini memang besar dan talinya daripada nylon.
Memandangkan saya ada dua keping kupon untuk memancing dua jam di Danau Pinggiran, saya pun mengajak Sifu saya, En. Maslan memancing di kolam tersebut. Beliau yang agak lama tidak memancing dan tidak tahu lokasi 'port' tersebut setuju atas tajaan itu. Kami pergi pada pagi Sabtu beberapa hari selepas beli tangguk itu. Malangnya kali ini saya hanya naikkan Lekoh kecil dan Lampam lagi kecik gile kata bebudak muda sekarang. Sifu saya pula memperlihatkan kemahirannya! Apabila gagal memancing 'botom' dia mentafsir riak di air. "Tengok itu, ikan main kat permukaan," kata Sifu "kita mesti tukar taktik, umpan atas air." katanya lagi. Dan dia memang pantas dalam hal ikat-mengikat mata kail. Kali ini dia gunakan umpan roti. Saya hairan apabila umpannya yang ringan boleh dilontar jauh sedangkan umpan saya yang berat pun hanya separuh jarak sampainya. Tali pancing dia pun kendur jer berbanding tali pancing saya yang tegang menjumam ke dasar kolam. Bagaimana pun terbukti teorinya menjadi apabila tidak lama pancingnya mengena dan seekor Patin seberat 1kg dinaikkan. Tidak lama kemudian kena lagi, tetapi kali ini dia perlukan antara lima hingga sepuluh minit untuk naikkan Patin seberat 6.1kg!
Saya capai tangguk beliau untuk membantu. "Guna tanggukkau!" kata Sifu. Aku faham, tangguk dia kecil, lebih baik guna tangguk saya yang lebih besar itu. Itulah tuahnya tangguk yang baharu saya beli! Ikan pertama yang ditangguknya seberat 6.1kg! Walaupun ikan orang lain....
Tuah tak ada, tapi rezeki saya pula melimpah hari itu. Peraturan kolam menyatakan ikan lebih 3kg hendaklah dipulangkan dan dilepaskan kembali ke kolam. Pemilik kolam bayar balik RM12.20. Sifu kata ambillah kerana dia datangpun ditaja oleh saya. Bukan itu sahaja, seekor lagi ikan Patin seberat 1kg itu dia beri pada saya. Malah seorang jiran pemancing, sebelum pulang telah menyerahkan hasil tangkapannya, iaitu seekor Pacu seberat 1.4kg untuk saya bawa balik. Makna kata, kira bertuah jugalah kan? kan!
siapalah saya...
Wednesday, December 12, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam, tahniah atas penyiaran cerpen sebelum ini terutama di Era Muslimah. Teruskan menulis.
ReplyDeleteSalam kembali, terima kasih atas sokongan rakan penulis.
ReplyDelete