siapalah saya...
Monday, March 27, 2017
Tanam Semua dalam Satu Pasu
TULIS apa ya...! Masa makin suntuk. Saya tidak mahu ada satu bulan dalam setahun yang saya tidak menulis. Orang kata kalau terdesak, tulislah apa sahaja. Justeru, kali ini saya nak cerita sedikit pasal sebuah pasu. Pasu ini bukan pasu biasa yang bulat dan boleh tanam sebatang pokok renek. Pasu ini jenis memanjang diperbuat daripada simen peninggalan Fakulti Perubatan dan Sains kesihatan. Sebagai orang taman perumahan yang kekurangan tanah tentu sahaja saya ingin tanam pelbagai jenis tanaman di sini. Oleh itu saya tanam pokok Delima, ubi kayu, betik, nanas dan Durian Monthong. Anak pokok Delima ini asalnya sejengkal sahaja pemberian jiran jauh. Ubi kayu jenis Medan ambil di kampung, di Batu Pahat. Betik pula jenis isinya berwarna kuning, saya dapat benihnya semasa ke Kedah beberapa bulan lepas. Nanas adalah jenis MD2 yang tengah popular sekarang ini. Sementara Durian Monthong saya dapat beli pada harga yang paling murah di MAEPS, iaitu RM35.00 untuk dua anak pokok. Orang kata durian ini jenis rendah dan boleh berbuah dalam masa tiga tahun. Entahlah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mudah2an dapat hasilnya.
ReplyDeleteTerima kasih atas doa. Blog tuan fokus kepada pertanian. Blog saya campur-aduk
ReplyDelete