siapalah saya...
Monday, April 10, 2017
Warna Merah
PERNAH Seorang ustaz, dalam ceramah agama di Surau Hidayah berhampiran rumah saya menyatakan bahawa Nabi SAW tidak pernah memakai pakaian warna merah. Justeru, dalam artikel saya sebelum ini, iaitu pada Ogos 2015 dengan tajuk "Antara Warna Merah dengan Warna Merun", saya selitkan hal itu. Bagaimanapun dalam ruangan agama Berita Harian bth. 29 Mac 2017, artikel "Lima Warna Kegemaran Rasulullah" menceritakan sebaliknya. Menurut artikel itu, selain warna putih, nabi SAW juga ada beberapa pakaian berwarna merah. Tentulah saya berasa bersalah dan malu kerana menulis perkara yang tidak benar. Tidak seperti tulisan di akhbar, kata-kata ustaz itu hanya singgah di telinga saya dan hilang dibawa angin, lalu tiada bukti untuk diungkit. Nampaknya perlu berhati-hati selepas ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment