siapalah saya...
Tuesday, October 8, 2019
Labu
BERMULANYA cerita apabila suatu pagi isteri saya beri segenggam biji labu. Tanamlah kat pejabat katanya. Sebelum ini saya memang tidak pernah tanam labu. Seperti biasa saya sampai pejabat sebelum 7.00 pagi. Oleh kerana biji labu itu basah dan berlendir dengan rerambut bahagian tengah labu, saya letak dulu atas rumput di luar pejabat. Kononnya tengah hari nanti ia akan kering. Namun besok paginya baru teringat dan didapati biji labu itu tinggal empat. Mungkin telah dimakan oleh tupai atau binatang lain. Saya terus tanam dalam bekas polybag kecil. Beberapa hari kemudian dua daripadanya hidup. Saya pindahkan ke batas tanah. Apa yang saya tahu, ramai orang akan ambil pucuk labu untuk dibuat sayur masak lemak. Mujur saya tidak buat begitu kerana pokok labu ini merayap jauh hingga enam-tujuh meter. Seterusnya buah akan muncul di bahagian hujung, bukan di bahagian pangkal seperti yang saya sangka. Daripada dua pokok itu keluar hasil sebanyak tujuh biji yang beratnya setiap satu antara 1.3-1.6kg. Lepas ini bolehlah tanam labu lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah, berhasil
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki utk tn. Tdk rugi berbudi pd tanah.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Lepas ini nak cuba tembikai susu la pulak...
ReplyDelete