Mendaki

Mendaki
Usaha Tangga Jaya

Sunday, October 27, 2019

Utusan Malaysia, Penyu, dan Pokok Ambung-ambung

Artikel dalam Utusan Malaysia 26 Ogos  2019

AWAL bulan Oktober 2019 ini saya berpeluang ke Pulau Pangkor.  Tujuan ke sana adalah 'reecee' atau meninjau lokasi untuk program kerja lapangan pengurusan alam sekitar pada hujung bulan ini. Tempat pertama sampai semestinya Jetty Pangkor.  Kemudian antara yang sempat dilawati ialah Teluk Dalam dan Teluk Nipah.  Kemudian singgah di Teluk Penyu. Saya tidak pasti nama tempat ini tetapi kalau tak silap, di Puteri Bayu Resort ada peta yang tertulis nama tempat ini "Turtle Bay".
 Pusat Konservasi Penyu di Pulau Pangkor

Pokok Ambung-ambung di Pulau Pangkor

Di sini terdapat Pusat Konservasi Penyu.  Seorang pengendali pusat tersebut, En. Rasli amat ramah dan tidak lokek berkongsi ilmu tentang kehidupan penyu yang terancam dan bagaimana mereka membantu kelestarian penyu.  Saya teringat baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel tentang penyu dalam Utusan Malaysia.  Saya bertanya En. Rasli "bukankah Penyu suka pokok Ambung-ambung?" dia terus tunjuk ke arah sebelah kaki saya dan berkata "itu pokok Ambung-ambung."  Rupa-rupanya hanya di sebelah tempat saya berdiri.  Tingginya lebih kurang satu meter.  Kemudian baru saya perasan bahawa di sepanjang sempadan pantai berpasir dengan tanah daratan, terdapat sebaris pokok Ambung-ambung yang masih kecil, iaitu setinggi antara tiga hingga empat kaki. Kesimpulannya banyak ilmu pengetahuan boleh didapati dalam akhbar Utusan Malaysia.  Saya suka Utusan Malaysia, malangnya penerbitannya telah berakhir...

2 comments:

  1. satu perkongsian maklumat yg menarik. Kongsi apa saja maklumat yg bermanfaat In Shaa Allah ada ganjaran pahalaNya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Mudah-mudahan sentiasa ada ilham untuk menulis.

    ReplyDelete