JORAN teleskopik menjadi pilihan kerana joran yang panjang hingga enam atau tujuh kaki boleh dipendekkan menjadi satu atau satu setengah kaki sahaja dan boleh dimuatkan dalam beg baju atau beg sandang. Joran Exori yang patah itu telah saya ubah-suai dengan memotong sedikit hujungnya, tukar cincin hujung dengan jenis FUJI, dan pasang pemegang gabus, menjadikan nilainya bertambah kepada RM100.
Joran itu juga berjasa banyak kali menaikkan ikan antaranya ikan Rohu, malah beratnya mencecah 1.8kg. Mujurlah ia patah pada waktu yang tepat, iaitu di kolam ikan dan orang tidak ramai. Bayangkan kalau ia berlaku di Tasik Kenyir ketika bertarung dengan Toman atau Kelah. Atau tetiba Patin lebih 5kg yang mengena?
Justeru, saya ke kedai pancing Hasya Joran di Taman Lestari Perdana (bersebelahan Taman Equine), Seri Kembangan. Kreteria yang saya sebut kepada En. Din yang menyelia kedai tersebut ialah "saya nak cari joran jenis dua bilah, tetapi yang paling pendek yang ada" Maka dia syorkan 'Lion Stick' 'Harganya murah tapi kuat' kata En. Din. Ternyata joran Lion Stick model Vortice Blue sepanjang 4'6" itu memang cantik dan kuat. Saya yakin kali ini joran saya tidak akan patah lagi.
siapalah saya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment