Mendaki

Mendaki
Usaha Tangga Jaya

Monday, June 14, 2010

Antara Petunjuk dan Hidayah

Dalam kalangan orang Melayu kita ada yang:
1. Beli nombor ekor.
2. Tengok gambar lucah
3. Mengata orang walaupun azan sedang berkumandang.
4. Main game dengan komputer pejabat dalam waktu pejabat.
5. Ponteng kerja dengan kerap dan sengaja.
6. Curi tulang asalkan pandai berkata tidak.
7. Menipu pelbagai perkara dengan pelbagai cara.
8. Hisap najis rokok (haruskan yang makruh atau makruhkan yang haram?)
9. Menyakiti hati jiran tetangga, rakan dan taulan.
10. Mementingkan diri sendiri (contohnya memotong barisan).
Ironinya merekalah yang berdegar-degar paling lantang mengutuk ulama' dan umara' seolah-olah mereka paling pandai. Seolah-olah mereka paling warak tiada dosa. Segala kebaikan umara' yang besar didiam-diam (disorok-sorokkan), kelemahan yang kecil dilaung-laungkan. Kerana taksub, keburukan idola mereka yang besar disorok-sorokkan (diam tidak berdecit sikit pun), kebaikan yang kecil diperbesar (dilaung-laungkan) agar satu Malaya dengar. 'Orang lain' terusan bertepuk tangan dan ketawa terbahak-bahak/berdekah-dekah melihat kebodohhan, perpecahan, dan kehancuran ini. Ya Allah berilah petunjuk dan hidayahMu kepada diriku (insan kerdil kepada Khaliqnya) dan mereka (yang menyangka mereka betul belaka) moga kami semua benar-benar melalui jalan yang lurus.

2 comments:

  1. masa saya sekolah rendah..
    saya sgt skema.haha
    maklum la saya school prefect..
    serba serbi ikut peraturan tp bagus la kann ;p
    masa tu saya sgt bencikan org dewasa
    sbb mereka suka potong barisan!
    perkara ni sering terjadi ketika beratur panjang untuk membeli buku teks sekolah
    kami si kecil kerdil ni sanggup beratur panjang kenapa tidak kamu wahai orang dewasa yg kuat dan gagah perkasa?sungguh pentingkan diri!
    wallahualam

    ReplyDelete
  2. Selalunya kita lebih suka diam dan melihat sahaja orang itu berkelakuan bodoh kan....

    ReplyDelete