Mendaki

Mendaki
Usaha Tangga Jaya

Monday, June 28, 2021

Makan Ubi Kayu

 


UBI kayu ini mengingatkan saya cerita-cerita pada zaman negara sebelum merdeka ketika makanan sukar didapati dan mereka kerap makan ubi kayu.  Hal ini berlaku pada masa PKP 3.0 ini, apabila pasar tani tidak boleh dibuka, begitu juga pasar malam. Maka apabila teringin makan ubi kayu, mujur boleh dicabut sendiri di perkebunan.

Tuesday, June 22, 2021

PKP 3.0

TIADA gambar seindah lukisan. Itu adalah gambaran kegembiraan. Sekarang ini tidak gembira namun redha dengan ujianNya. Waktu ini sejak 1 Jun 2021 hingga sekurang-kurangnya 28 Jun 2021 nanti TIADA gambar untuk dikongsikan. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ini pergerakan memang terhad. Perlu berkerja dari rumah susulan pandemik Covid-19. Setiap minggu isi Borang Berkerja dari Rumah (BDR) dan hantar melalui atas talian kepada penyelia. Sekian.

Wednesday, May 5, 2021

Hasil Tuaian PKP

 


PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) mulai besok 6/5/2021 hingga 17/5/2021 menyebabkan pejabat saya berkerja akan ditutup daripada beroperasi sepanjang tempoh itu. Ini bermakna saya tidak boleh datang ke pejabat sekaligus tidak boleh datang ke 'kebun' di belakang pejabat. Oleh hal yang demikian saya terpaksan menuai apa yang patut kerana sebahagiannya akan ranum atau layu di pokok dalam masa 12 hari itu dan sebahagian lagi memang untuk keperluan memasak juadah Aidil Fitri yang dijangka pada 13/5/2021.  Antara yang saya tuai kali ini ialah durian belanda, pisang, mangga, serai, lengkuas, bunga kantan, dan cili api kampung. Semoga dikembalikan PKPB pada 18/5/21 nanti sebab masa itu timun telah boleh dituai. juga hasil tanaman yang lain. Pergilah Covid-19.

Monday, May 3, 2021

Bunga Pokok Bungor

 

Bunga Bungor

Pokok Bungor

CANTIK juga bunga pokok Bungor ini.  Pokok yang saya ambil gambarnya ini terletak depan pintu belakang pejabat/makmal saya.  Pangkal pokoknya tak sampai pun lima meter dari pintu, sementara kanopinya hampir dengan bumbung pejabat/makmal.  Terdapat lebih daripada lima pokok Bungor berdekatan pejabat.  Saya difahamkan pokok ini di sesetengah tempat mengeluarkan bunga yang banyak/lebat seperti bunga Sakura di Jepun dan Tecoma di Malaysia. Bagaimanapun Bungor di sini tidak begitu lebat bunganya.  Sebab itu satu daripadanya saya tebang dan gantikan dengan pokok durian Monthong, durian belanda, dan sayur-sayuran supaya hasilnya lebih produktif.

Tuesday, April 27, 2021

Jambu Mawar

 



JAMBU Mawar, kali terakhir merasanya semasa saya awal remaja kerana ada sepokok di kebun ayah saya di kampung, iaitu lebih 40 tahun dulu.  Di sini saya dapat tengok pokoknya di beberapa tempat, iaitu di belakang Pusat Kesihatan, di hadapan Pejabat Pos, dan di perkarangan sebuah tadika..  Paling kerap tengok pokoknya ialah di kawasan orang, tidak jauh daripada pejabat saya.  Kali ini apabila melihat buahnya yang lebat dan sedang masak ranum, saya memang tidak boleh tahan lalu saya hubungi mereka yang berkenaan meminta izin untuk memetiknya. Masuk sahaja waktu berbuka puasa, saya jamah buah jambu mawar dahulu.  Ternyata rasanya manis dan harum baunya.

Wednesday, March 31, 2021

Tanaman di Kawasan Perumahan

 

TERDESAK. Itulah perkataan yang sesuai untuk saya apabila tinggal beberapa jam sahaja lagi bulan Mac 2021 akan berakhir. Biasalah apabila dalam sisa-sisa waktu ini saya akan menulis apa sahaja bagi memenuhi kuota posting sebulan sekali untuk bulan Mac ini.  Lalu sekejap tadi saya snap pokok-pokok yang ada dalam pasu atau polybag yang terdapat di hadapan rumah. Tiada tanah untuk ditanam pokok.

Pokok Daun Selasih
Pokok Pandan
Pokok Puding yang daunnya boleh dibuat masakan botok-botok
Pokok Daun Pegagga
Pokok Daun Kesum
Pokok Cili Api Kampung dan Daun Kunyit
Pokok Limau Purut

Itulah antara pokok-pokok yang ada dihalaman rumah teres yang kalau nak menanamnya haruslah gunakan pasu atau polybag yang diletak atas simen atau batu-bata.

Sunday, February 7, 2021

Kemaskini Fail

 

Semua surat-surat dan borang-borang disimpan dalam fail ini sejak 40 tahun lepas.



Setelah dikeluarkan dokumen yang tidak perlu, tinggal lima fail sahaja.

MENJELANG persaraan wajib hujung tahun ini, saya mulai risau tentang barang-barang peribadi yang akan terpaksa dibawa balik ke rumah.  Sebagai kakitangan berpendapatan rendah, rumah yang mampu dimiliki pula kecil, iaitu rumah teres dua bilik.  Barang-barang yang saya tumpang letak di bilik pejabat antaranya adalah buku, iaitu lebih kurang 900 buah; pakaian, cendera mata, koleksi lencana, rantai kunci, nametag, potongan akhbar (ruangan cerpen dan pelbagai rencana) dll.  Sebagai permulaan saya kemaskini fail-fail personal sebanyak 14 buah.  Fail ini saya buka sejak masuk kerja pada 1981.  Menyedari bahawa saya harus simpan dokumen yang benar-benar penting sahaja maka semua dokumen yang tidak lagi relevan, saya keluarkan.  Ternyata dua per tiga daripadanya tidak perlu disimpan.  Hasilnya daripada 14 fail, kini hanya tinggal lima fail, seterusnya dapat jimatkan ruang.

Monday, January 11, 2021

Cencaru Makan Petang

 

Haruan seberat 600gm yang berjaya dinaikkan ke darat petang Jumaat lepas

PERIBAHASA "Cencaru makan petang" biasa kita dengar. Namun apa yang berlaku kepada saya ialah Haruan makan petang.  Hal ini demikian apabila saya mengilat menggunakan umpan katak tiruan pada pagi Isnin saya tewas.  Saya cuba lagi pada pagi Selasa pun tewas. Begitu juga apabila saya cuba lagi pada pagi Rabu minggu lepas, tewas juga. Lalu saya putus asa dan tidak 'casting' pagi Khamis. Begitu juga pagi Jumaat. Namun apabila khabar angin bertiup kencang mengatakan PKP akan dilaksanakan semula mulai minggu hadapannya, saya pun mengunjungi tasik belakang pejabat dalam pukul 5.45ptg. konon-kononnya untuk lepas gian kalau-kalau benar PKP dilaksanakan yang bermakna saya tidak boleh datang ke pejabat seterusnya tidak boleh 'casting'. Selepas balingan ketiga atau keempat, gewang saya disambar sang Haruan. Agak besar pulak tu.  Setelah ditimbang, beratnya ialah 600gm. Maka peribahasa yang tepat untuk saya ialah "Haruan makan petang."