Bermain dengan ikan Kelah di "TAGAL"
di kawasan Air Panas Poring
di D'IZZ Homestay Kundasang berlatar-belakangkan Gunung Kinabalu
di Rumah Terbalik Tamparuli
SESUATU yang perlu dirakamkan sebagai sejarah untuk menjadi nostalgia ialah sesuatu yang sukar untuk mencapainya. Justeru perjalanan ke Kundasang, Sabah pada 29-31 Julai 2016 sewajarnya diabadikan di ruang ini. Subuh 29hb. menaiki kapal terbang Air Asia dari KLIA2 ke Kota Kinabalu, Sabah. Petangnya menginap di D'IZZ Homestay Kundasang. 30hb. bergerak ke Desa Dairy Farm. Kemudian ke TAGAL Sg. Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau. Kemudian ke Poring Hot Spring (Kinabalu Park), Ranau. Hari terakhir 31hb. dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu, singgah Rumah Terbalik Tamparuli. Di Kota Kinabalu, selepas membeli-belah di pasar Philiphines, ke Lapangan Terbang KK. Penerbangan lewat satu jam dan hampir sepanjang pernerbangan cuaca dimaklumkan bergelora. Alhamdulillah selamat sampai KLIA2 kira-kira jam 11.00 malam.
No comments:
Post a Comment