Mendaki

Mendaki
Usaha Tangga Jaya

Thursday, November 17, 2016

Cerita Tentang Buah Sukun



CUBA bayangkan, ada dua biji buah Sukun yang sudah cukup tua untuk dijolok, kemudian Sukun itu digoreng untuk sarapan pagi atau minum petang.  Malangnya sudah empat hari ini, sejak Isnin lepas dan hari ini hari Khamis, buah Sukun itu tidak dapat dijolok semata-mata kerana ada orang parkir kereta di bawahnya.  Tidak tahu siapa tuannya dan ke mana perginya. Siap dipasang 'steering lock' lagi, dan 'handbreak' ditarik.  Kalau tidak, bolehlah ditolak sebentar.  Tengok gayanya buah Sukun itu semakin hitam kulitnya dan kemungkinan akan lembik di tangkainya...

2 comments:

  1. Dh cukup tua tu,
    memang sedap kalau digoreng.
    Panjat aje atas kereta tu utk jolok buah sukun.

    ReplyDelete
  2. Hingga hari ini dah seminggu masih belum beralih kereta tu. Nak dikait buah sukun tu takut tidak berbaloi kalau jatuh kena kereta orang. Apa pun, blog tuan amat menarik. Saya cuba nak komen tentang bunga bebuas tapi tak menjadi. Saya biasa makan pucuk bebuas dengan cara masak botok-botok tenggiri.

    ReplyDelete