Mendaki

Mendaki
Usaha Tangga Jaya

Friday, July 17, 2020

Jangan Berhenti Menulis

 Buku-buku saya di pejabat

 Buku-buku yang kebanyaknya saya pernah baca

 Buku-buku yang kebanyakannya saya beli, tapi tak sempat baca

Banyak lagi buku yang tidak dipaparkan di sini.

BUKU-BUKU hasil koleksi saya memang banyak.  Buku pertama saya adalah hasil kemenangan peraduan dalam majalah Murni semasa dalam tingkatan lima. Kemudian apabila minat menulis, saya mula membeli. Kemudian beli dan beli lagi.  tajuk buku dibeli terus berkembang bukan setakat cerpen dan novel, tetapi juga buku-buku agama, sukan, masakan, lukisan, kritikan dan sebagainya. Apabila saya mula minat main catur dan terlibat dalam banyak kejohanan, hampir 40 tajuk buku catur saya beli untuk jadi pencatur hebat.  Apabila saya sambung belajar ke peringkat bacelor dan master semakin banyaklah buku diperlukan untuk buat kertas kerja dan  tesis.  Kini menjelang bersara, saya mula pening sebab semua buku yang saya letak di pejabat akan dibawa pulang ke rumah, sedangkan rumah saya kecil dan sempit.  Dua minggu lepas saya terserempak pensyarah yang pernah mengajar saya di UPM semasa pulang dari Isyak di Masjid UPM.  Saya tanya apa yang patut saya buat dengan buku-buku saya yang banyak itu? Sama ada disedekah, serah ke perpustakaan, atau lupus sahaja? Dia tanya saya balik "Engkau dah berhenti menulis ke?"

1 comment:

  1. Kenapa perlu berhenti menulis sedangkan itu minat tn sejak zaman remaja hingga kini tambah plk cerpen dan sajak tn selalu terpilih dan menang byk peraduan. Harap tn buat kptsn yg betul.

    ReplyDelete