Mendaki

Mendaki
Usaha Tangga Jaya

Wednesday, August 14, 2019

Menuai Hasil Kebun di Pejabat


Kelapa Mawar, daun pisang, daun pandan, serai, dan lengkuas yang dituai pada 11/08/19

Cili Api Kampung yang dituai pada 13/08/19 semalam. Di belakang sana dapat dilihat  pokok Lengkuas, pokok Durian Monthong, pokok Labu dan sedikit Ulam Raja.

HARI Raya Qurban pada 11/8/19, paginya terlibat dengan program Qurban di Surau al-Hidayah berdekatan rumah. Sebagai ketua untuk lembu nombor dua daripada tujuh ekor, telah memantau kerja-kerja melapah dan memastikan semua bahagian terutama kepala dan ekor selamat sampai ke ruang kerja-kerja memotong dan pengagihan. Petang, selepas Asar, ke pejabat bersama sang isteri.  Sementara dia mengerjakan kekabu, iaitu membuang biji dan empulurnya, saya mengutip "hasil ladang", iaitu kelapa Mawar, daun pisang, daun pandan, serai, dan lengkuas. Besoknya empat biji diparut di kedai dengan upah 40sen sebiji. Semalam selepas waktu kerja kutip pula cili api kampung. Inilah antara sebab saya datang ke pejabat sebelum 7.00 pagi dan pulang ke rumah 7.00 malam.

4 comments:

  1. berkebun jadi aktiviti tambahan sebelum dan selepas waktu pejabat.
    Tahniah dapat menuai hasilnya

    ReplyDelete
  2. Hantaq la sikit kat rumah. Nak la jugak merasa hasil tangan tuan. Nnti saya tukar dgn tea secawan dan sekeping roti canai di Restoran Al Majuna's

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali bolehlah ikut p kebun. Tuan pilihlah sendiri apa yang tuan nak. Hari ini kami tuai belimbing buluh dalam 4-5kg, letak di pejabat am, siapa nak boleh ambil.

      Delete