Mendaki

Mendaki
Usaha Tangga Jaya

Tuesday, March 17, 2020

Buku Untuk Dilupus


Besok (18/3/2020) pejabat akan ditutup hingga 31 Mac 2020 lanjutan Arahan Kawalan Pergerakan akibat merebaknya Kovid19 atau lebih dikenal dengan wabak Korona Virus.  Justeru, saya perlu nukilkan sesuatu sebagai buah tangan bulan Mac ini. Menjelang nak pencen, saya tidak tahu mana nak letak buku-buku saya yang hampir seribu buah itu. Rumah sudahlah hanya sebuah, kecil pulak. Cuma sedekah ke perpustakaan, jual kepada pelajar berkaitan, atau timbang kati untuk kitar semula kertas.  Buat permulaan ini saya ingin melupuskan kira-kira 50 buah buku di atas.  Buku itu dibeli kerana saya ingin gunakan untuk rujukan semasa buat ijazah pertama, iaitu Bacelor di UPM dan Ijazah Master dalam bidang sastera. Ada juga yang dah dibeli dibeli lagi kerana disangka belum ada dalam koleksi.  Buat permulaan saya dah asingkan buku-buku ini, tapi belum ditetapkan cara perlupusannya.

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya Abdul Rahman dari Serendah. Kalau belum ada pemilik buku-buku yang hendak dilupuskan itu, saya berminat untuk membelinya. Saya boleh dihubungi di HP/WhatApps 012-9776426. Terima kasih 😊

    ReplyDelete