Mendaki

Mendaki
Usaha Tangga Jaya

Wednesday, May 13, 2009

Motivasi Yang Hilang

KHABARNYA sukan staf antara universiti awam akan diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada bulan Jun 2009 ini. Kalaulah saya berpeluang mewakili UPM dalam sukan catur, tentu saya dapat berkampung di sana satu minggu. Ketika perlawanan saya akan bertemu rakan-rakan catur dari UiTM, UTHO, UKM, UTM, dll. Pada waktu lain dapat berjalan-jalan sekitar Kuala Terengganu.
Tetapi untuk mewakili UPM perlulah berlawan sesama sendiri terlebih dahulu untuk memililh wakil terbaik. Atas motivasi inilah saya baca beberapa buah buku catur. Antaranya 'Encyclopedia of Chess Wisdom', 'The Gruenfeld Defence', 'The Batsford Guide to Chess Openings' dan 'Chess Skills'. Seminggu lebih saya mendalaminya guna untuk menjadi antara terbaik di UPM. Malangnya sewaktu saya telefon pengurus catur UPM untuk pastikan tarikh pemilihan, beliau memaklumkan bahawa UMT sebagai tuan rumah tidak mengadakan pertandingan catur kerana tiada pasukan (baca tiada keyakinan). Akhirnya saya tutup buku catur dan simpan semula di rak buku. Saya sudah kehilangan motivasi.

2 comments:

  1. Saya rasa motivasi restoran Fasa 1, sudah cukup memberi anjakan menjadi hidup lebih ceria.

    ReplyDelete
  2. rasa pun rasa Frust x dapat bawa team Olahraga UniMAP ke SUKAN Staff 2009 di UMT...disebabkan kekangan masa untuk mengurus pasukan olahraga..

    Saya berharap dapat menjadi Pengurus Olahraga Semula selepas selesai pengajian master saya kelak..

    ReplyDelete