Mendaki

Mendaki
Usaha Tangga Jaya

Monday, October 4, 2010

Sahabat Baik

SAUSSURE telah mengemukakan dua konsep, iaitu signifier (pelambang/penanda) dan signified (yang dilambangkan/petanda). Bagaimanapun Bathes (1991) dalam kajiannya terhadap novel pendek Balzac yang bertajuk Sarrasine tidak menggunakan istilah tanda, tetapi kod (Sohaimi Abdul Aziz, 2003). Signified bagi sahabat baik ditandai oleh berbagai signifier antaranya ialah kerap berinteraksi dan saling tolong-menolong tidak kira dalam masa susah atau senang. Secara peribadi, dalam kalangan begitu ramai sahabat saya, tentulah ada yang boleh dikategorikan sebagai sahabat baik justeru saya suka mendahulukan kemaslahatan beliau dari diri sendiri. Saya juga sering menghubungi beliau untuk bertanya khabar juga sebagai signifier bahawa beliaulah sahabat baik saya, tetapi kebelakangan ini saya jadi takut disebabkan sudah tiga kali saya hanya menerima kod waima dalam bentuk 'smile'. Konflik timbul apabila saya gagal mentafsirkan makna kod tersebut. Mungkinkah saya telah melakukkan suatu kesalahan tanpa disedari? Kalau demikian halnya, demi Shawal yang masih ada lima hari ini saya menyusun sepuluh jari memohon sebilion kemaafan dari hujung rambut yang paling panjang hinggalah ke hujung jari kaki yang paling menonjol. Semoga Allah Azzawajalla memberi petunjuk dan hidayahNya kepada kita semua. Amin.

1 comment:

  1. Saya sudah mengalami apa yang tuan hadapi. Persahabatan yang saya anggap ikhlas tapi lama kelamaan menjadi sepi dan suram. Mesej yang saya hantar hanya dibalas dengan 3 titik (...) sahaja. Untuk memujuk hati, saya anggap sahabat saya itu sibuk dan kesuntukan masa untuk menaip mesej...

    ReplyDelete