Mendaki

Mendaki
Usaha Tangga Jaya

Monday, December 20, 2010

Buku Sempena


JIKA Lim Swee Tin menghasilkan sajak-sajak sempena, iaitu kumpulan Sajak-sajak Sempena: Citra Kurnia dan Sajak-sajak Sempena: Sukma Cemara, saya pula sering membeli buku-buku sempena. Setiap kali saya berpeluang berpergian, selalunya kerana kerja lapangan, berkursus, berseminar dan sebagainya. Buku yang dibeli tidak semestinya novel, tetapi boleh juga buku kritikan, buku am, buku-buku panduan dan sebagainya. Ketika berpeluang ke Sabah suatu masa dulu, saya beli sebuah buku catur dan ditulis dalamnya "dibeli sempena menghadiri Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal Ke-8 di Universiti Malaysia Sabah pada 25-26 April 2007". Bagaimanapun kadang-kadang puas cari kedai buku, tetapi tidak menemui. Antaranya perjalanan saya ke Taman Negara Selai dan Hutan Simpan Ayer Hitam. Baru-baru ini saya telah menghadiri kursus "Ketua juruaudit/Juruaudit ISO 9001: 2008" di Hotel Bluewave Shah Alam pada 12-17/12/2010. Saya sempat singgah di MPH Bookstores Sdn Bhd di SACC Mall, Shah Alam. Berjalan kaki sahaja dari Bluewave ke SACC Mall. Disebabkan masa yang terhad, saya sempat capai Cinta Sang Ratu tulisan Ramlee Awang Murshid. Antara justifikasi kenapa pilih novel ini ialah saya memiliki dan telahpun membaca novel sebelumnya, iaitu Bagaikan Puteri. Setelah menurunkan tandatangan dan tarikh beli buku ini, saya catatkan "sempena...." seperti di atas.

2 comments:

  1. suatu ketika pasti ada buku hasil nukilan sendiri pula...biar ada orang lain yang beli pula untuk dimiliki....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih zusha, harapan memang tinggi menggunung, tetapi setakat ini usaha rendah melembah....

    ReplyDelete