Mendaki

Mendaki
Usaha Tangga Jaya

Saturday, September 4, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H

WALAUPUN hari raya Aidil Fitri akan menjelang enam hari lagi, khabarnya semalam lagi jalan sudah penuh dengan kenderaan. Saya sendiri sudah boleh pulang ke kampung halaman di Batu Pahat, Johor malam tadi atau pagi ini. Bagaimanapun, saya hanya akan bertolak balik besok pagi (Ahad) selepas solat Subuh. Hal ini demikian kerana ada lebih kurang 10 sebab peribadi yang amat mustahak yang tidak dapat dielakkan.
Justeru kesempatan ini diambil untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada kalian semua dan saya menghulur sepuluh jari memohon kemaafan seandainya ada salah dan silap serta termakan dan terminum jika ada. Semoga juga saya dan kalian semua selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Semoga juga saya dan kalian semua diberi petunjuk dan hidayah dalam menempuh hari-hari yang mendatang.
Sekian adanya.

2 comments:

  1. seronok ya kerana boleh balik kampung awal bersama keluarga...semoga sentiasa ceria menjelang syawal nanti...

    ReplyDelete
  2. Zu, terima kasih. Hmm... antara seronok dan ceria... sukar untuk diulas....

    ReplyDelete