Mendaki

Mendaki
Usaha Tangga Jaya

Saturday, March 26, 2011

Buku Klasik 6


MUNGKIN ini catatan terakhir dalam siri "buku klasik". Saya sememangnya ingin kongsikan buku yang ini, tetapi puas mencarinya namun tak menemu. Semalam sewaktu saya ingin susun sebuah buku catur dalam raknya, tiba-tiba buku ini 'terpacul dengan sendirinya' dari celah-celah sekumpulan buku catur.


Buku Faridah Hanum ini atau Setia Asyik Kepada Masyuknya atau Shafiq Afandi dengan Faridah Hanum ini dikarang oleh al-Marhum Syed Sheik bin Ahmad Al-Hadi. Dichetak dan diterbitkan oleh Qalam, Singapore. Tidak dichetak tahun terbitnya, bagaimanapun ada tandatangan bapa saudara saya dengan tarikh 5/52, bermakna dibeli pada tahun 1952. Buku ini pun sudah kekuningan dan dalam tulisan jawi. Buku setebal 100 halaman yang berharga $1.00 ini saya fikir bukanlah novel yang lengkap Faridah Hanum kerana tercatat "penggal yang pertama - Chetak yang ketiga". Di penghujung wacana buku ini juga tercatat (bersambung) (sambungan di dalam penggal yang kedua).

1 comment:

  1. Salam tuan, saya ada penggal keempat buku ini dan bercadang hendak melengkapkan sirinya. Kalau tuan sudi menjual penggal pertama ini, saya bersedia membelinya. Terima kasih.

    ReplyDelete