siapalah saya...
Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Wednesday, June 21, 2017
Menjadi Penulis Cerpen
SUDAH lama sebenarnya jadi penulis cerpen ni, iaitu sejak 1983. Cuma kurang produktif. Shawal 1438H ini mungkin paling bermakna kerana setelah memenangi pertandingan menulis sajak bulan lepas, bulan ini cerpen pula tersiar dalam majalah.era Muslimah terbitan terbaharu, iaitu Bil 36/2017. Jika sajak anti dadah itu bertajuk "Kehadirannya Membawa Petaka", cerpen ini pula bertajuk "Apabila Kesedaran itu Datang..."
Wednesday, March 16, 2016
Ada Apa Dengan Diari
TIDAK ada apa sangat sebenarnya, cuma kebetulan hari ini saya nak baca dan menghayati sebuah cerpen. Lama sudah tidak baca cerpen kerana sebab-sebab yang peribadi yang mustahak yang tidak dapat dielakkan. Dan kebetulan juga, cerpen yang ada atas meja saya bertajuk "Diari" tulisan Syed Mohd Zakir Syed Othman atau lebih dikenali sebagai SM Zakir. Cerpen ini baru tersiar dua hari lepas dalam Sanggar Sastera Berita Minggu BH. Kebetulan pula terdapat fakta yang menyamai diri ini seperti yang diwarnakan kuning dlm gambar di atas, iaitu "Dari rumahnya di Serdang." dan "membeli sebuah diari berwarna biru."
Monday, September 14, 2015
Antara Memancing dengan Menulis
Tentang Zainal Rashid Ahmad dlm Nuansa Pengarang BH 6/9/15
Zainal Rashid Ahmad dengan Patin Mekong/Pelabuk
Saya dengan Patin Mekong di kolam Seksyen 24 tahun lepas
KENAPA saya memancing? Bila masanya saya menulis? Paling terbaharu saya memancing ialah pada 5/9/2015, iaitu baru seminggu lepas, di kolam Danau Pinggiran, Putrajaya. Hanya sehari besoknya (6/9/2015) tersiar dalam Berita Harian tulisan Latifah Arifin tentang Zainal Rashid Ahmad (ZRA). Latifah Arifin memetik ZRA sebagai berkata "Saya tidak ada komputer peribadi di rumah, bahkan untuk memikirkan idea ketika bersama keluarga juga agak mustahil kerana biasanya masa digunakan sepenuhnya untuk menonton televesyen dan melakukan aktiviti wajib, iaitu memancing". Nah, sama macam saya. ZRA suka memancing, saya juga suka memancing. Namun pencapaian dalam bidang penulisan tidak sama. ZRA telah memenangi deretan anugerah sastera (lihat Dewan Sastera, Ogos 2015). Sehingga kini ZRA telah menghasilkan tiga buah kumpulan cerpen. Saya sekadar eceran. Kenapa?
Thursday, May 8, 2014
Antara Menulis dengan Melukis 2
Sembilan daripada 19 buah lukisan yang telah disiapkan
JIKA sebelum ini saya ada menyiarkan lukisan yang diadaptasi daripada nukilan puisi/sajak, kali ini dipaparkan pula lukisan yang diadaptasi daripada cerpen. Pelajar diberi satu salinan tajuk cerpen daripada cerpen-cerpen tulisan saya sendiri yang pernah tersiar dalam majalah. Mereka dikehendaki memahami jalan cerita kemudian memindahkan ke dalam bentuk lukisan. Cuma kali ini setiap lukisan dilukis oleh sekumpulan dua orang bagi menekankan kerjasama. Lukisan dibuat atas satu keping 'Ilustratioan Board' bersaiz 508mm X 762mm.
Wednesday, April 18, 2012
Buat Apa Balik...
AYAT "Buat apa balik..." mengundang NOSTALGIA buat saya. Hal ini demikian kerana ada SEJARAHnya sebagai bukti objektif.
Tulisan yang tersiar dalam Mingguan Malaysia 15 April 2012

Tulisan yang tersiar dalam Mingguan Malaysia 15 April 2012
Tulisan yang tersiar dalam majalah al-Muslimah April 2011
Sedikit persamaan ini membuat saya gembira kerana ia memperlihatkan bahawa ayat yang saya gunakan dalam cerpen "Beriani Gam" adalah betul waima terasa ada keganjilan pada awalnya. Bezanya cuma sedikit, iaitu Bro Tompok dalam kolum Kucing Jantan menggunakan ayat "Buat apa balik rumah kalau asyik dibebel saja" sedangkan saya menggunakan ayat "Buat apa balik kalau balik buat sakit hati saja". Apa yang penting ialah dalam kedua-dua ayat ini terdapat unsur konflik.
Thursday, April 5, 2012
TIGA
TIGA Abdul adalah sebuah filem arahan P. Ramlee yang 'ever-green' hingga sekarang. Baru-baru ini kata 'tiga' didapati kerap digunakan sebagai sebahagian tajuk karya kreatif. Antaranya ialah 3Janji, 3 Temujanji, Tiga Pelarian, dan Potret Tiga Agus.
3Janji sedang ditayangkan melalui TV3 dalam slot Lestary setiap hari Selasa, jam 9 malam.
3 Temujanji pula adalah sebauh filem arahan Hashim Rejab yang mengandingkan dua pelakon utama, iaitu Pierre Andre dan Yana Samsudin. Filem ini akan menjengah panggung pada 5 April 2012 ini.
Tiga Pelarian adalah sebuah cerpen tulisan Tie Camar yang tersiar dalam majalah al-Muslimah Bil. 234 isu Ogos 2011.
Sementara Potret Tiga Agus adalah sebuah cerpen tulisan Abdul Rahman Sokran yang tersiar dalam al-Muslimah Bil. 235 isu September 2011.
Tiba-tiba kata tiga menjadi begitu bererti justeru saya juga adalah anak ketiga daripada tujuh beradik. Ada sesiapa yang ingin guna kata tiga sebagai tajuk karya mereka selepas ini...?
3Janji sedang ditayangkan melalui TV3 dalam slot Lestary setiap hari Selasa, jam 9 malam.
3 Temujanji pula adalah sebauh filem arahan Hashim Rejab yang mengandingkan dua pelakon utama, iaitu Pierre Andre dan Yana Samsudin. Filem ini akan menjengah panggung pada 5 April 2012 ini.
Tiga Pelarian adalah sebuah cerpen tulisan Tie Camar yang tersiar dalam majalah al-Muslimah Bil. 234 isu Ogos 2011.
Sementara Potret Tiga Agus adalah sebuah cerpen tulisan Abdul Rahman Sokran yang tersiar dalam al-Muslimah Bil. 235 isu September 2011.
Tiba-tiba kata tiga menjadi begitu bererti justeru saya juga adalah anak ketiga daripada tujuh beradik. Ada sesiapa yang ingin guna kata tiga sebagai tajuk karya mereka selepas ini...?
Friday, September 9, 2011
Antara Majalah yang Patut dibaca

SELAMAT hari raya aidil Fitri. Harap ucapan ini belum terlambat lagi. Serta tangan dihulur dan jari sepuluh disusun memohon kemaafan atas segala salah silap. Hari raya aidil fitri ini adalah hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa dalam bulan Ramadan. Hari raya ini tambah mengembirakan bagi mereka yang mendapat basikal baru, motor baru, kereta baru, rumah baru, isteri baru, gaji baru, dan bermacam-macam lagi benda baru. Bagi saya hari raya aidil Fitri ini lebih bermakna setelah menatap majalah al-Muslimah keluaran terbaharu, iaitu September 2011 serentak dengan sambutan hari raya aidil Fitri Shawal 1432H....
Monday, April 25, 2011
Teringin Baca Muslimah?
Tuesday, July 27, 2010
Caramel Cinnamon Anise di Cordova
MINGGU lepas, beberapa hari lalu, tiba-tiba terdetik dalam hati: dah lama tidak lihat cerpen Ranofla Dianti Irwan dalam akhbar mingguan arus perdana. Kalau tak terlepas pandang, sejak Januari 2010, memang tak menemu. Dan minggu ini karya terbaharu beliau tersiar dalam Mingguan Malaysia 25 Julai 2010! Ah, ada ESPkah saya? (kalau tak silap, dalam drama "Ilusi" yang sedang ditayangkan oleh TV3 setiap Isnin-Khamis jam 6.30-7.30ptg., ESP bermaksud 'extra sense personaliti') cheewah!. Lalu terimbaulah kembali Bengkel Pembinaan Penulis II/2000 (Cerpen) yang dihadiri pada 19-22 Oktober 2000 di Yayasan Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur. Kerana di situlah penulis cerpen yang saya anggap hebat ini ditemui.
Bergambar ramai bersama Sasterawan Negara; Allahyarham S Othman Kelantan di pinggir Tasik Permaisuri, Cheras. Antara penulis dalam foto ini ialah Azimin Daud, Norazah Ibrahim(Shah Alam), Norazah Ibrahim (Sungai Buluh), Shahrun Nizal Mohd. Nor, Zainal Abdul Kadir, Nordin Zainal Abidin, dan Ariff Mohamad. Tiada dalam gambar ini Zurina Shafie, Thock Ker Fong, Abdullah Shuib dll.
Bergambar ramai bersama Sasterawan Negara; Allahyarham S Othman Kelantan di pinggir Tasik Permaisuri, Cheras. Antara penulis dalam foto ini ialah Azimin Daud, Norazah Ibrahim(Shah Alam), Norazah Ibrahim (Sungai Buluh), Shahrun Nizal Mohd. Nor, Zainal Abdul Kadir, Nordin Zainal Abidin, dan Ariff Mohamad. Tiada dalam gambar ini Zurina Shafie, Thock Ker Fong, Abdullah Shuib dll.Selain Allahyarham S. Othman Kelantan, Pn. Khadijah Hashim bertindak sebagai pembimbing. Allahyarham Dr. Othman Puteh dan En. Azmi Ibrahim turut hadir sebagai penceramah. Dan seperti biasa, tidak semua pahit manis dapat diluahkan....
Thursday, February 4, 2010
Februari Pun Bermula
PLOTNYA tak dapat dizahirkan. Namun klimaknya nyata. Entah kenapa tiba-tiba aku terkepung oleh konflik ini. Duit mengalir macam air di daun penaga laut yang licin. Masa berterbangan macam debu kering ditiup angin panas. Tenaga diperah macam tebu yang diambil airnya lalu tinggal hampas. Namun perjuangan (ceh, bombastik pulak diksi ni!) perlu diteruskan. Agar ''kita temui kehidupan'' (tajuk cerpen saya dalam Putra Puteri April, 1994) walaupun yang tinggal hanya "sisa-sisa waktu" (tajuk cerpen [Inilah Kisahku] saya dalam Dewan Siswa Oktober, 1983).
Subscribe to:
Posts (Atom)








