SEKADAR memenuhi kuota satu bulan sekurang-kurangnya satu entri, maka saya titipkan sebaris dua diari dalam ruangan ini...
21-22 Jun 2012
Dua hari seperti terperangkap dalam bilik operasi kerana bertugas sebagai pengiring juruaudit MS ISO 9001:2008 dari pihak SIRIM.
26 Jun 2012
Seharian berada dalam kawasan FRIM Kepong kerana suatu urusan peribadi yang amat mustahak yang tidak dapat dielakkan. Antara pengisian peribadi yang dipenuhi dari jam 8.00pagi hingga 4.00petang ialah membaca novel Kusebut Namamu Selalu karya Muhd Mansur Abdullah yang dah lama beli tapi belum sempat mula baca. Itu pun dapat baca lima bab sahaja. Selain itu berjalan di sekeliling sebuah kolam melihat dua ekor ikan Arapaima Gigas yang besarnya mungkin 50kg atau 60kg seekor. Sisik ikan itu memang cantik, satu bersisik kuning, satu lagi bersisik merah.
Lain-lain
Sepanjang Jun ini, tiga kali bertugas sebagai pembantu pengawas peperiksaan akhir. Semuanya di luar waktu pejabat, iaitu sama ada petang, malam, atau hari Ahad. Tapi tak apa, dapat juga buat tuntutan bayaran kerja lebih masa. Siapa nak bagi!
siapalah saya...
Friday, June 29, 2012
Wednesday, May 23, 2012
Buat Dahulu Baru Cakap
HARI Isnin kelmarin saya berpeluang menonton Taichi2 di TV3 jam 10.00malam. Ini kali kedua saya menontonnya di kaca TV. Kali ini saya tertarik dengan suatu falsafah dalam dialog oleh watak utama, iaitu seorang anak muda yang minat Taichi tetapi dikongkong oleh ayahnya.
Dialog ini berlaku selepas pemuda itu ingin menggunakan kepala naga, tapi dihalang oleh sepupunya kerana bimbang. Dialog itu berbunyi "ada tiga jenis orang dalam dunia ini. Pertama dia cakap tapi tak buat; kedua, dia cakap dan dia buat...(masa ini saya fikir sambungannya tentulah "dia tak cakap tapi dia buat") ketiga, dia buat dahulu baru cakap."
Moralnya ialah kalau anda nak beli telefon bimbit baru atau kamera atau batang pancing atau buku atau apa sajalah, anda buatlah dahulu. Kalau sekiranya jika anda cakap dulu pada sidia nak buat itu ini, maka tak jadilah jawabnya kerana sidia akan sentiasa ada berjuta ide lain yang lebih bagus, ha ha.
Dialog ini berlaku selepas pemuda itu ingin menggunakan kepala naga, tapi dihalang oleh sepupunya kerana bimbang. Dialog itu berbunyi "ada tiga jenis orang dalam dunia ini. Pertama dia cakap tapi tak buat; kedua, dia cakap dan dia buat...(masa ini saya fikir sambungannya tentulah "dia tak cakap tapi dia buat") ketiga, dia buat dahulu baru cakap."
Moralnya ialah kalau anda nak beli telefon bimbit baru atau kamera atau batang pancing atau buku atau apa sajalah, anda buatlah dahulu. Kalau sekiranya jika anda cakap dulu pada sidia nak buat itu ini, maka tak jadilah jawabnya kerana sidia akan sentiasa ada berjuta ide lain yang lebih bagus, ha ha.
Thursday, May 3, 2012
Ke Pesta Buku Antarabangsa2 Kuala Lumpur
SEMALAM saya berpeluang berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa 2 Kuala Lumpur yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Pesta Buku Antarabangsa2 berlangsung pada 27 April - 6 Mei 2012. Ucapan jutaan terima kasih tentunya kepada seorang sahabat saya yang sudi mengajak dan menumpangkan saya menaiki keretanya ke pesta buku tersebut. Tidak banyak buku yang saya beli berikutan masa yang terhad dan orang begitu ramai membataskan keinginan melihat semua gerai pameran. Begitu pun, dapatlah juga saya membayar untuk buku-buku yang tersebut di atas, iaitu Kusebut Namamu Selalu, Catan Akrililk, dan Lukisan Cat Air. Novel itu saya beli di gerai DBP dan dua yang akhir itu saya beli di Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Wednesday, April 18, 2012
Buat Apa Balik...
AYAT "Buat apa balik..." mengundang NOSTALGIA buat saya. Hal ini demikian kerana ada SEJARAHnya sebagai bukti objektif.
Tulisan yang tersiar dalam Mingguan Malaysia 15 April 2012

Tulisan yang tersiar dalam Mingguan Malaysia 15 April 2012
Tulisan yang tersiar dalam majalah al-Muslimah April 2011
Sedikit persamaan ini membuat saya gembira kerana ia memperlihatkan bahawa ayat yang saya gunakan dalam cerpen "Beriani Gam" adalah betul waima terasa ada keganjilan pada awalnya. Bezanya cuma sedikit, iaitu Bro Tompok dalam kolum Kucing Jantan menggunakan ayat "Buat apa balik rumah kalau asyik dibebel saja" sedangkan saya menggunakan ayat "Buat apa balik kalau balik buat sakit hati saja". Apa yang penting ialah dalam kedua-dua ayat ini terdapat unsur konflik.
Thursday, April 5, 2012
TIGA
TIGA Abdul adalah sebuah filem arahan P. Ramlee yang 'ever-green' hingga sekarang. Baru-baru ini kata 'tiga' didapati kerap digunakan sebagai sebahagian tajuk karya kreatif. Antaranya ialah 3Janji, 3 Temujanji, Tiga Pelarian, dan Potret Tiga Agus.
3Janji sedang ditayangkan melalui TV3 dalam slot Lestary setiap hari Selasa, jam 9 malam.
3 Temujanji pula adalah sebauh filem arahan Hashim Rejab yang mengandingkan dua pelakon utama, iaitu Pierre Andre dan Yana Samsudin. Filem ini akan menjengah panggung pada 5 April 2012 ini.
Tiga Pelarian adalah sebuah cerpen tulisan Tie Camar yang tersiar dalam majalah al-Muslimah Bil. 234 isu Ogos 2011.
Sementara Potret Tiga Agus adalah sebuah cerpen tulisan Abdul Rahman Sokran yang tersiar dalam al-Muslimah Bil. 235 isu September 2011.
Tiba-tiba kata tiga menjadi begitu bererti justeru saya juga adalah anak ketiga daripada tujuh beradik. Ada sesiapa yang ingin guna kata tiga sebagai tajuk karya mereka selepas ini...?
3Janji sedang ditayangkan melalui TV3 dalam slot Lestary setiap hari Selasa, jam 9 malam.
3 Temujanji pula adalah sebauh filem arahan Hashim Rejab yang mengandingkan dua pelakon utama, iaitu Pierre Andre dan Yana Samsudin. Filem ini akan menjengah panggung pada 5 April 2012 ini.
Tiga Pelarian adalah sebuah cerpen tulisan Tie Camar yang tersiar dalam majalah al-Muslimah Bil. 234 isu Ogos 2011.
Sementara Potret Tiga Agus adalah sebuah cerpen tulisan Abdul Rahman Sokran yang tersiar dalam al-Muslimah Bil. 235 isu September 2011.
Tiba-tiba kata tiga menjadi begitu bererti justeru saya juga adalah anak ketiga daripada tujuh beradik. Ada sesiapa yang ingin guna kata tiga sebagai tajuk karya mereka selepas ini...?
Tuesday, March 13, 2012
Tempat Jatuh Lagi Dikenang
DALAM entri sebelum ini telah diceritakan tentang pengalaman memancing di Kg. Nelayan Telok Gong, Kelang. Dalam akhbar Utusan Malaysia semalam terpapar berita tentang warung-warung di sekitar Jeti Kg. Nelayan Telok Gong itu telah hanyut dibawa arus. Tentulah berita buruk itu mengundang nostalgia kerana baru bulan lepas saya menjejakkan kaki di jeti itu....
Wednesday, February 22, 2012
Antara Pengalaman Pemancing
Sebuah daripada kira-kira 20 buah rumah rakit
Ikan Duri. Spesis ikan inilah yang saya terkena durinya. Bisa!
MULANYA saya menolak pelawaan seorang rakan untuk menyertai program ini. Hal ini demikian kerana saya merasakan tersangatlah sibuknya. Antaranya akan menghadiri tiga hari kursus. Kemudian akan terlibat dengan penganjuran majlis perkongsian ilmu. Ditambah urusan keluarga lagi. Lepas itu apabila terserempak seorang pensyarah, beliau turut mengajak malah mewajibkan saya turut pergi. Saya anggap ini sebagai peluang.
MAKA pada petang Sabtu 18/2/12 kami seramai enam orang pun bertolaklah ke tempat yang dituju, iaitu Kampung Nelayan Telok Gong di Kelang, Selangor. Sampai di jeti kampung tersebut, kami menaiki bot menuju ke rumah rakit di tengah sungai. Pelbagai aktiviti boleh dibuat. Mula-mula kami masak nasi dengan menggunakan dapur yang memang lengkap disediakan. Sambil memancing, kami juga buat barbeku ayam, udang, dan sotong.
MALAM itu pancing saya mengena seekor ikan duri. Mungkin sudah lama tidak memancing, saya lupa prosedur menangani ikan berduri/bersengat. Mungkin juga saya malas nak ambil peralatan memancing. Sepatutnya saya gunakan 'player' untuk lepaskan mata pancing daripada mulut ikan. Ketika memegang dengan tangan itulah, tiba-tiba ikan meronta dan satu daripada tiga sengatnya terkena jari hantu tangan kanan saya. Darah meleleh dengan lajunya. Seorang rakan suruh saya sedut untuk buang bisa. seorang rakan mencapai beg 'first aid'nya. seorang rakan lagi mengambil otak ikan Duri itu untuk disapukan ke tempat luka. Pendek kata sepanjang malam itu jari saya bisa berdenyut-denyut. Pengalaman ini memang tidak dirasai oleh rakan-rakan yang lain dalam program ini!
KAMI akan bertolak balik pada jam 3.00 hari Ahad. Menjelang nak balik itulah ikan mula makan umpan dengan galaknya! Pancing saya sendiri ditarik ikan duri paling besar sewaktu menunaikan solat Zohor. Orang lainlah yang menikmati garauannya. Pengalaman memancing kali ini pasti antara yang saya tidak akan dapat lupakan. Bak kata pepatah tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat kena sengat ikan Duri. Betul tak!?
Friday, January 20, 2012
Buku Lagi...
BUKU adalah benda pertama yang kerap terlintas dalam minda saya untuk dijadikan hadiah perkahwinan. Buku agama adalah kategori utama menjadi pilihan, antaranya Terjemahan al-Quran ar-Rahman dan bimbingan lengkap fardu-ain selain novel. Minggu depan giliran adik ipar (adik isteri) akan naik pelamin. Saya dalam tercari-cari buku apakah yang sesuai untuk dijadikan hadiah, telah mengalami penemuan visual ke atas buku Masakan Tradisi Melayu Johor. Buku terbitan pertama 2009 oleh Utusan Publications ini saya rasakan antara buku yang paling lengkap, sempurna, dan cantik. Penulisnya pula, Noraini Margono seorang yang berpengalaman luas dalam dunia masakan. Waima sesuai untuk semua satu Malaysia, tentu lebih serasi pabila penerimanya sendiri orang Johor.Wednesday, January 18, 2012
Pokok Lagi...
SELAIN Ubi, saya juga menanam pokok puding dan lain-lain betul-betul di sebelah bilik pejabat saya. Maklumlah ada tanah di sebelah bangunan. Daripada terbiar baik diusahakan.
Pokok Puding
Pokok Puding
Pokok Puding
Pokok Buas/Bebuas/Beruas. Tiga jenis pokok di atas adalah bahan untuk memasak Ikan Botok-Botok. Bahan lain untuk buat botok-botok ialah puding senduk, pucuk ubi, pucuk betik, daun kaduk, dll. Semua daun ini dibentang atas daun pisang, kemudian diletak ikan tenggiri yang sudah digaul dengan kerisik, serai, bawang putih merah, dll. Kemudian dikukus. Makan dengan nasi panas. Ya Salam, pasti nak lagi!
Daun pokok ini biasa dicampur dalam rendang daging
Thursday, January 12, 2012
Diam-diam Ubi III
DIAM-DIAM ubi berisi. Diam tak diam sudah beberapa kali tapak penanaman ubi kayu saya bersilih ganti. Sudah dicabut, tanam semula, dicabut lagi, dan tanam semula. Dimulai dengan satu variety ubu kayu, iaitu Ubi Medan, kini saya sudah menanam empat variety ubi kayu. Variety tersebut seperti dalam gambar di bawah mengikut susunan ialah Ubi Medan, Ubi Putih, Ubi Indon, dan Ubi Pulut.
Ubi Medan. Paling biasa ditanam orang. Batangnya berwarna kemerahan semasa kecil. Batang tua berwarna gelap. Dahannya kemerahan. Kulit ubinya agak berkakah. Sedap dimakan apabila direbus dan cecah dengan sambal tumis bilis. Benih asal saya dapat dari Batu Pahat, Johor.
Ubi Putih. Batangnya berwarna hijau cerah. Apabila tua pun masih cerah berbanding ubi medan. Saya belum pernah makan ubinya, tetapi sahabat saya yang mendapatkan benih ubi ini dari kampungnya di Kapar, Kelang berkata, ubi inilah yang paling sedap.
Ubi Indon. Batangnya lebih gelap berbanding Ubi Medan dan Ubi Putih. Dahannya lebih merah daripada ubi medan. Kulit ubi ini agak licin atau rata. Tekstur ubinya mungkin antara ubi medan dan ubi pulut. Masih dalam peringkat kajian.
Ubi Pulut. Daunnya ketara berbeza, iaitu panjang. Ada orang mengelarnya ubi jurai sebab daunnya yang berjurai itu. Isi ubinya mungkin tidak dimakan orang kerana tidak empuk. Kalau hendak dimakan pun kena diparut dahulu dan dibuat kueh. Pucuk ubi inilah yang selalu dimakan dan banyak dijual di pasar malam. Benih asal saya perolehi dari seorang rakan sekerja yang tinggal di Sungai Buluh.
Ubi Medan. Paling biasa ditanam orang. Batangnya berwarna kemerahan semasa kecil. Batang tua berwarna gelap. Dahannya kemerahan. Kulit ubinya agak berkakah. Sedap dimakan apabila direbus dan cecah dengan sambal tumis bilis. Benih asal saya dapat dari Batu Pahat, Johor.
Ubi Putih. Batangnya berwarna hijau cerah. Apabila tua pun masih cerah berbanding ubi medan. Saya belum pernah makan ubinya, tetapi sahabat saya yang mendapatkan benih ubi ini dari kampungnya di Kapar, Kelang berkata, ubi inilah yang paling sedap.
Ubi Indon. Batangnya lebih gelap berbanding Ubi Medan dan Ubi Putih. Dahannya lebih merah daripada ubi medan. Kulit ubi ini agak licin atau rata. Tekstur ubinya mungkin antara ubi medan dan ubi pulut. Masih dalam peringkat kajian.
Ubi Pulut. Daunnya ketara berbeza, iaitu panjang. Ada orang mengelarnya ubi jurai sebab daunnya yang berjurai itu. Isi ubinya mungkin tidak dimakan orang kerana tidak empuk. Kalau hendak dimakan pun kena diparut dahulu dan dibuat kueh. Pucuk ubi inilah yang selalu dimakan dan banyak dijual di pasar malam. Benih asal saya perolehi dari seorang rakan sekerja yang tinggal di Sungai Buluh.Wednesday, December 28, 2011
Suatu Ketika di Morib
ADAKAH entri kali ini sekadar memenuhi quota Disember!? Mungkin.
Sedang menerangkan falsafah di sebalik objek yang pasukan Biru siapkan
Hampir 100% staf yang terlibat membawa keluarga dalam program ini. Satu keluarga staf menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-22 dan ulang tahun kelahiran anaknya.
Sedang menerangkan falsafah di sebalik objek yang pasukan Biru siapkan
Hampir 100% staf yang terlibat membawa keluarga dalam program ini. Satu keluarga staf menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-22 dan ulang tahun kelahiran anaknya.Tuesday, November 22, 2011
Harimau 'in the' Garuda 'Shadow'
'SNAKE in the Eagle's Shadow' dijadualkan pada jam 10.00 malam di TV3 malam tadi. Filem ini memang ditunggu-tunggu kerana banyak kenangannya. Selain meminati cerita persilatan Jackie Chan, filem ini saya tonton di pawagam lebih 30 tahun lalu. Sekiranya perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia tamat jam 10.30, pasti ia akan ditayangkan juga. Bagaimanapun saya tetap berpuas hati dapat menonton "Harimau 'in the' Garuda 'Shadow'" yang berlarutan hingga jam 12.00 malam. Sebagaimana silat ular dapat mengalahkan silat helang ciptaan Jackie Chan, kita dapat menyaksikan Harimau mengalahkan Garuda! di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia dalam Sukan Sea yang beriputasi tinggi itu malam tadi. Tahniah Malaysia!. Berbaloi bagi yang beli tiket perlawanan kerana perlawanan 90 minit disambung dengan perlawanan 30 minit, kemudian ditambah lagi dengan sepakan penalti berbanding dengan peristiwa di litar Sepang dulu yang pertandingan baru bermula dihentikan akibat kemalangan. Maju sukan untuk negara!
Tuesday, October 4, 2011
Lepas Raya di Kampung, Raya di Pejabatlah Pula(k)
KETIKA tulis ini raya memang dah habis, tapi nostalgia tetap jadi sejarah. Satu Shawal tetap tiba dan kita semua tetap pulang ke kampung pabila sampai masanya. 25 Shawal 1432H, tarikh pilihan untuk berkumpul di pejabat harus dimesyuaratkan dan dibincang dengan rapi sebelum melaksanakannya. Syukur semuanya berjalan dengan lancar berkat sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua staf di pejabat. Moga matlamat mengerat silatturrahim tercapai dan kita terus bersatu pada masa hadapan.
Monday, September 26, 2011
Berkumpul di Pagi Aidilfitri
BEGITULAH setiap kali Aidilfitri, selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid, kami akan berkumpul bersalaman kemudian bergambar satu keluarga demi satu keluarga bersama ibu dan ayah. Akhir sekalil kami bergambar ramai seperti di atas. Bagaimanapun seperti tahun-tahun lepas juga ada satu dua keluarga yang belum sampai atau beraya di rumah mertua. Foto di atas memperlihatkan ibu dan ayah, adik beradik, ipar duai, dan anak-anak buah. Dua keluarga lagi tiada dalam gambar ini kerana belum sampai.
DALAM kesempatan ini, saya sekali lagi menyusun jari sepuluh memohon maaf zahir dan batin.
Friday, September 9, 2011
Antara Majalah yang Patut dibaca

SELAMAT hari raya aidil Fitri. Harap ucapan ini belum terlambat lagi. Serta tangan dihulur dan jari sepuluh disusun memohon kemaafan atas segala salah silap. Hari raya aidil fitri ini adalah hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa dalam bulan Ramadan. Hari raya ini tambah mengembirakan bagi mereka yang mendapat basikal baru, motor baru, kereta baru, rumah baru, isteri baru, gaji baru, dan bermacam-macam lagi benda baru. Bagi saya hari raya aidil Fitri ini lebih bermakna setelah menatap majalah al-Muslimah keluaran terbaharu, iaitu September 2011 serentak dengan sambutan hari raya aidil Fitri Shawal 1432H....
Subscribe to:
Posts (Atom)












