SAYA berpeluang berbengkel di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka sebanyak dua kali. Pertama Bengkel Penulisan Novel Sejarah Johor pada 21-23 Julai 2006. Kedua Bengkel Pembangunan Individu dan Kumpulan pada 20-22 Mac 2009. Awalnya saya ingin asingkan menjadi dua entri. Tetapi jika dibuat dalam satu entri mungkin akan lebih jelas perbandingannya, iaitu persamaan dan perbedaannya.
Bersama rakan-rakan penulis pada 2006Antara yang ada persamaannya ialah tempat (Puteri Resort) yang sama, jumlah hari yang sama (tiga hari), hari yang sama (Jumaat-Ahad) dan paling tidak disangka, sewaktu saya pulang ke Serdang, kereta saya ditumpangi oleh dua orang. Bedanya masa bengkel penulisan, dua rakan penulis wanita; masa bengkel pembangunan staf, dua rakan sekerja lelaki. Semasa ke Puteri Resort, saya tak pasti mereka menaiki apa? Naik bas agaknya.



No comments:
Post a Comment