TIDAK juga!
Saya hanya boleh buktikan bahawa saya sangat berminat dengan lukisan. Pernah menang beberapa peraduan yang melibatkan lukisan, antaranya hadiah saguhati peraduan Shell Bangi, hadiah saguhati mewarna di majalah Puspasari, hadiah pertama mencipata logo Kelab Alam Sekitar fakulti. Pernah juga melukis guna cat minyak atas kanvas di rumah rakan yang cuba mengajar saya. Itu terlalu lama dulu, dan masa terus berlalu... Untuk berketrampilan melukis kononnya, saya mengumpul beberapa buah buku panduan melukis, antaranya seperti berikut:
1. Asas Seni Lukis 1.
2. Asas Seni Lukis 2.
3. Figura dalam Seni Halus Edisi Kedua oleh Abu Sareb Haron.
4. Learn Pencil Shading - Sketching
5. How To Do Pencil Shading - in BIRDS.
6. Catan Akrilik - oleh Wendy Jelbart dll.
7. Lukisan Cat Air - Langkah Demi Langkah - oleh Jackie Barrass dll.
8. Jom Melukis - Mengapakah anak anda perlu pandai melukis - oleh Ruzaimi Mat Rani.
Tidak cukup dengan buku, saya juga dah beli keperluan melukis seperti Buncho Poster Color, Artist's Alpha Water Colors, kertas D'arte illustration Board dan berus Dolphin Nylon. Pendek kata saya dah buat seperti kata pepatah Cina 'perjalanan 1000 batu bermula dengan langkah pertama'. Malangnya saya berhenti selepas beberapa langkah. Pepatah Melayu "Jika tidak dipecah ruyong mana kan dapat sagunya" mungkin lebih tepat untuk situasi saya. Minggu lepas ketika hadir ke Festival PC dan Buku di tempat saya (jualan kain, tudung pun ada) saya singgah di gerai melukis potret. Saya lihat artis yang bernama En. Mokhtar itu melukis potret seorang pelanggan. Di bawah ialah lukisannya berdasarkan sekeping gambar lama yang saya hulukan kepadanya. Kesimpulannya BAKAT semula jadi menjadi tonggak kejayaan seseorang dalam bidang seni diikut dengan USAHA. Saya ada?!
siapalah saya...
Monday, September 23, 2013
Friday, September 20, 2013
Masa Untuk Menulis?
BELUM!
Namun pada masa ini saya masih menjadi pelanggan tetap Dewan Sastera, Dewan Siswa, dan Pelita Bahasa. Sebelum ini saya tempah juga Dewan Budaya dan Dewan Pelajar. Pada seorang rakan penulis, pernah saya kata dah bersara sebagaimana dia juga pernah kata pada saya begitu waima dia dah menulis semula. Keinginan untuk menulis itu ada tapi bukan minggu inilah.
HARI ISNIN: Jam 9.00 mlm. hantar anak ke stesen bas Kajang untuk menaiki bas jam 10.15 ke Perlis. Bagaimanapun jam 12.30 dinihari baru bas sampai, seterusnya jam 1.00pg baru sampai rumah. SELASA-JUMAAT terlibat dengan program audit dalaman ISO. terpaksa bawa dokumen segala bagai ke rumah untuk 'study' segala klausa dan panduan mengaudit. SABTU ini ada jemputan kahwin dan bla bla bla....

Thursday, September 19, 2013
Ikan Pertama untuk 'Rod' Baharu: Rohu
SEMUA pemancing apabila beli 'rod' baharu atau kekili baharu atau tali baharu malah mata kail baharu akan berharap eksesori baharu ini akan membuahkan hasil.
Justeru saya ambil kesempatan cuti Hari Malaysia pada hari Isnin lepas turun ke gelanggang pancing. Seperti biasa di Danau Pinggiran, Putrajaya. Objektif utama kali ialah mencuba joran baharu. Untuk menghayati lenturan ditarik ikan, perlu juga pastikan ada ikan yang sudi menjamah hidangan yang kita sediakan. Beberapa tip terbaharu daripada rakan pemancing dimanfaatkan. Syukurlah dapat merasa tarikan Rohu seberat 1.8kg - ikan pertama untuk 'rod' baharu yang baru dibeli....
Saturday, September 14, 2013
Joran Patah: Hikmah Disebaliknya.
JORAN teleskopik menjadi pilihan kerana joran yang panjang hingga enam atau tujuh kaki boleh dipendekkan menjadi satu atau satu setengah kaki sahaja dan boleh dimuatkan dalam beg baju atau beg sandang. Joran Exori yang patah itu telah saya ubah-suai dengan memotong sedikit hujungnya, tukar cincin hujung dengan jenis FUJI, dan pasang pemegang gabus, menjadikan nilainya bertambah kepada RM100.
Joran itu juga berjasa banyak kali menaikkan ikan antaranya ikan Rohu, malah beratnya mencecah 1.8kg. Mujurlah ia patah pada waktu yang tepat, iaitu di kolam ikan dan orang tidak ramai. Bayangkan kalau ia berlaku di Tasik Kenyir ketika bertarung dengan Toman atau Kelah. Atau tetiba Patin lebih 5kg yang mengena?
Justeru, saya ke kedai pancing Hasya Joran di Taman Lestari Perdana (bersebelahan Taman Equine), Seri Kembangan. Kreteria yang saya sebut kepada En. Din yang menyelia kedai tersebut ialah "saya nak cari joran jenis dua bilah, tetapi yang paling pendek yang ada" Maka dia syorkan 'Lion Stick' 'Harganya murah tapi kuat' kata En. Din. Ternyata joran Lion Stick model Vortice Blue sepanjang 4'6" itu memang cantik dan kuat. Saya yakin kali ini joran saya tidak akan patah lagi.

Wednesday, September 4, 2013
Joranku Patah Dibuatnya: Patin
HARI Isnin kelmarin saya bercuti kerana kononnya akan penat selepas hantar anak mendaftar di UniMAP Perlis. Maklumlah dari Serdang perlu memandu kereta sejauh hampir 500km!. Sebelum ini hanya balik kampung jauhnya hanya 240km. Pagi Isnin itu terfikir pulak, tak kan nak tidur je kat rumah kan! Jiran sebelah rumah yang sedang membilas tiga batang joran kata dia baru balik dari Pulau Ketam. Wah, lagi bersemangat. Segala peralatan memancing saya muatkan dalam kereta. Baki roti Gardenia beli tiga hari lepas, saya ambil sekeping dan penyekkan tipis dan potong-potong sebesar batang mancis. Sang isteri tanya nak pergi mana? Kali ini saya jawab terus nak pergi memancing. Tak tipu.
Jam 9.00 pagi saya terus memandu ke kolam Danau Pinggiran di Putrajaya. Kali ini saya gunakan joran teleskopik Exori kerana joran Uglystik PRO saya tertinggal di pejabat. Seperti biasa saya gunakan dedak 929, tetapi kali ini saya bancuh dengan air soya. Jiran sebelah rumahlah yang bagi petua ini. Dedak dikepal pada mata bom, roti dicucuk pada mata pancing. Sesekali saya tukar umpan baru. Namun selepas dua jam sunyi sahaja seluruh kolam. Saya kata pada pemancing di sebelah, nak kata umpan saya kureng, orang lain pun tak dapat...
Akhirnya pemancing di kiri-kanan saya balik dengan kecewanya. Saya masih menunggu. Beberapa orang lain datang. Saya sudah berkira-kira nak balik jam 1.00 selepas tiga jam membangau, apabila tiba-tiba tali pancing saya ditarik dengan lajunya. Saya pun membalas tarikan itu. Rasa tidak terbalas dan terasa ikan kali ini adalah yang paling besar pernah saya pancing di situ. Saya buat gaya seorang pro, iaitu tarik hujung joran melepasi kepala, kemudian turunkan joran sambil gulung. Kemudian pam lagi dan turunkan jorang sambil gulung tali. Saya terlupa diri bahawa joran itu jenis teleskopik! Seseorang kata jangan sampai ikan itu masuk bawah kipas kincir, kalau masuk situ habislah! Hal ini membuat saya pam joran dengan kuat... dan tiba-tiba joran saya patah!
Ketika inilah beberapa orang yang tidak saya kenali mula membantu. Seorang menarik tali dengan tangannya sambil menjerit minta kain (untuk elakkan tangan terluka, tali pancing kan halus), seorang memegang tangguk, dan seorang lagi mengulung tali ke dalam reel. Saya pulak jadi tukang tengok kerana keadaan menjadi kelam-kabut. Syukurlah akhirnya seekor Patin seberat 3.2kg dapat didaratkan. Sudah lama saya teringin naikkan Patin, akhirnya!

Tuesday, September 3, 2013
Tak Balik Kampung di Aidil Fitri?
IANYA memang menjadi sejarah dan nostalgia apabila pada 1 Shawal saya tidak pulang ke kampung. Di sebuah rumah teres dua bilik yang saya sewa ketika itu di sebuah taman perumahan di Serdang, Selangor, saya hanya dapat bayangkan betapa 240km di Selatan Tanah Air sana, semua adik beradik sedang berkumpul, berjamu ketupat rendang bersama emak dan abah.
Kenangan 23 tahun dulu kembali menhimbau apabila pada 17 Ogos 2013, Hot FM mengundang ND Lala dan Shila Hamzah ke konti. ND Lala menceritakan tentang kemiskinannya suatu masa dulu hingga tidak mampu balik kampung pada hari lebaran. Justeru, kepada emaknya sendiri diberitahu dia balik rumah mertua, kepada emak mertua diberitahu dia balik ke kampung emak sendiri. Satu di Perak, satu di Selangor.
Begitulah yang berlaku kepada saya 23 tahun dulu. Saya memang tidak berduit untuk pulang ke kampung pada Hari Raya Aidil Fitri. Alasan yang saya berikan kepada ibu-bapa sendiri dan ibu-bapa mertua ialah isteri baharu bersalin secara pembedahan, oleh itu tidak boleh renyah untuk ke sana-sini. Katalah saya naik bas, turun-naik bas dengan mendukung bayi dan beg baju lagi. Silap-silap terbuka jahitan di perut! Logik tak alasan tu....!?
Monday, August 19, 2013
Salam Hari Raya
Bergambar ramai pada hari raya pertama bersama ibu-bapa saya, tanpa kehadiran keluarga abang yang sulung dan keluarga adik yang bongsu.
Saya dapat tukar 400 keping duit Seringgit baharu kali ini, tetapi hanya gunakan tiga keping kerana lebih banyak guna duit RM5
MUNGKIN masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berhari raya kerana suasana Aidilfitri masih terasa di sekitar dan lagu raya pun masih didendangkan di corong radio. Namun apa yang paling penting ialah saya ingin mengambil kesempatan ini menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari semua yang mengenali saya sekiranya saya ada tersalah laku dan tersilap atau terlanjur kata. Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin.
Wednesday, July 31, 2013
Antara Aktiviti di Pulau Pangkor IV
Sejurus sebelum menaiki feri dari Pulau Pangkor ke Jeti Lumut
PERISTIWA yang tidak akan dilupakan dalam perjalanan kali ini ialah pada hari terakhir. Masa itu kami dalam perjalanan balik dari dari Pulau Pangkor. Sewaktu saya mula berjalan di Jeti Pangkor menuju ke feri yang sedang menunggu jauh di hujungnya, saya perasaan ada kelainan pada beg baju yang saya jinjing. Saya hairan kerana terpaksa ketatkan semula pelapik pada tali beg. Kemudian saya hairan kerana beg saya sepatutnya ada zip di kedua-dua hujung beg. Warna beg sama, iaitu biru putih. Semua orang dah nak sampai ke feri. Tinggal tiga orang lagi bersama saya dan mungkin orang terakhir. Saya beritahu kawan-kawan kegusaran ini. Setelah diperiksa didapati ada tag peserta dari UPM. Maknanya beg rakan pesertalah. Pabila dibuka sedikit, nampak baju sukan. Saya pun ada baju camtu, tapi tak bawa. Dengan rasa bimbang, saya angkut juga beg itu dan humban bersama beg-beg lain di haluan feri. Dalam feri mereka semua gelak dengan berbagai ramalan sewaktu saya penuh kerisauan. Saya telefon pihak Teluk Dalam Resort jika ada beg yang masih tertinggal di sana. Mereka kata ada dan akan dihantar ke booth Resort di tanah besar. Saya tenangkan hati dalam kebimbangan. Kalau hilang beg itu, habislah! Ada flash kamera yang bernilai hampir seribu ringgit, ada joran teleskopik ezori saya bernilai RM100, dan 'fishing reel' jenis DAIWA bernilai RM175.00. Kalau setakat baju saya tak kisah sangat.
Selepas feri berhenti di Lumut, saya bergegas ke tempat beg itu dihumban. Syukurlah beg saya ada di bawah timbunan beg-beg lain. Lega rasanya. Pemilik beg yang saya bawa tadi bermati-matian mengatakan dia memang bawa beg itu tadi siap dengan bukti saksi lagi. Saksi saya pun ada tadi dan berbalas hujah. Apa pun yang penting, peristiwa ini menjadi pengajaran.
Tuesday, July 30, 2013
Antara Aktiviti di Pulau Pangkor III
SETELAH kami dipecahkan kepada lima kumpulan, kami diminta memberi nama kepada setiap kumpulan berdasarkan nama kereta. Justeru, BMW dipililh sebagai nama kumpulan. Tugasan pertama ialah menyusun no 1 hingga 9 atas sembilan petak supaya semua arah menghasilkan jumlah 15. Tugasan kedua diberi sebuah puisi/sajak untuk dipecahkan kodnya. Dengan mudahnya saya dapat pecahkan kepada "Kota Belanda". Di Kota Belanda kami diberi bola ping pong seorang sebiji dan usahakan supaya beredar melalui semua ahli tanpa jatuh. Dipendekkan cerita, pelbagai klu itu membawa kami ke Tokong Fu Lin, Rretoran Pak Hassan, Muzium dan kilang ikan bilis. Saya diminta melukis dan mewarna pemandangan dari tempat paling tinggi Tokong Fu Lin. Kumpulan kami kena makan laksa terlebih dahulu di Restoran Pak Hassan sebelum dapat klu berikutnya. Kami diminta siang satu kilogram ikan bilis dan belah dua sebelum dapat klu terakhir, iaitu berkumpul di Lobby Teluk Dalam Resort. Kami sampai hanya lewat dua minit daripada juara explorace ini!
Thursday, July 25, 2013
Antara Aktiviti di Pulau Pangkor II
PROGRAM di Pulau Pangkor tersebut menyaksikan sesuatu yang berbeza, iaitu persepsi tentang fotografi. Sebelum ini sesuatu program itu menyatakan seorang atau dua orang fotographer sahaja. Malah ada yang tidak hirau langsung, bergantung kepada siapa yang menjadi ketua program tersebut. Kali ini, hasil perbincangan dalam mesyuarat sebelum program, lima orang fotographer telah disenaraikan. Antara sebabnya ialah mereka menyedari bahawa di sana nanti akan ada sesi 'explorace' di mana peserta akan dibahagikan kepada lima kumpulan. Justeru, lima kamera diperlukan untuk merakamkan aktiviti lima kumpulan berlainan yang tentu sahaja akan terpisah kepada lima lokasi berlainan. Perlu dinyatakan bahawa telah terlalu banyak kali program yang melibatkan kira-kira 40 orang pelajar, apabila dibahagikan kepada lima kumpulan, saya hanya mampu merakam aktiviti satu kumpulan sahaja. Mungkin tiada koleksi langsung jika saya tidak diturut-sertakan. Seterusnya apabila diperlukan kemudian hari, saya juga yang ditanya ada tak gambar itu ini?! Antara kamera yang dibawa ialah Nikon D300 (saya bawa), Nikon D200, Nikon D90, Nikon D40, dan kamkoder.
Wednesday, July 24, 2013
Antara Aktiviti di Pulau Pangkor I
SAYA berpeluang ke Pulau Pangkor pada 5-7 Julai 2013 yang lalu. Perjalanan mengambil masa kira-kira lima jam dari Kuala Lumpur. Kami semua seramai kira-kira 50 orang berkampung di Teluk Dalam Resort. Banyak aktiviti dan peristiwa yang berlaku di sana. Antara aktiviti tersebut ialah berakit. Kami dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan diminta mengikat dan menyiapkan rakit sendiri. Kemudian kami bertanding. Saya mengayuh tanpa henti. Alhamdulillah, kumpulan saya (kumpulan BMW) menjuarai acara ini. Malah penganjur kata kami pecahkan rekod, iaitu sampai dalam masa 25 minit sedangkan masa terpantas pernah dibuat sebelum ini ialah 45 minit, malah ada yang gagal sampai ke pantai Resort. Aktiviti/cerita lain akan dicatat kemudian....
Saturday, June 29, 2013
Antara Rezeki dan Tuah
PABILA dapat sesuatu di luar dugaan, orang kerap berkata 'rezeki anak-anak!"
Cerita saya pula begini... Baru-baru ini saya hadir mesyuarat agung koperasi. Mesyuarat itu dijadualkan berlangsung 8.00pg - 1.00ptg. Beratus ahli datang dan sahkan kehadiran dengan menurunkan tandatangan. Tanpa tandatangan, mereka tidak dapat elaun kehadiran.
Saya hadir untuk pertama kali kerana baru jadi ahli pada tahun lepas. Mesyuarat Agung ini adalah kali ke-23. Ramai juga ahli yang terpaksa pulang awal kerana ada urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Saya terpaksa pulang pada jam 12.40 kerana menjemput anak di kolej kediaman pada jam 12.50 dan menjemput seorang lagi anak pada jam 1.00ptg di tempat kerja. Jadual ini penting dipatuhi kerana jam 2.00 ptg., akan hantar semula seorang ke peperiksaan akhir semester dan seorang lagi masuk kerja semula.
Jam 1.00ptg itulah seorang rakan telefon bertanyakan saya berada di mana?. Dia kata nama saya baharu sahaja dipanggil untuk cabutan pertama nombor bertuah! Wah, nak buat camne kan, dah bukan rezeki saya waima nombor saya (2176) bertuah!. Saya dimaklumkan kemudiannya bahawa rakan yang telefon saya itu juga bertuah dan naik pentas mengambil hadiah berupa 'vacuum cleaner'. Hadiah untuk saya (kalau saya adalah) dalam kotak yang agak besar. hadiah nombor bertuah itu bukan rezeki anak-anak saya juga.
Thursday, June 20, 2013
Antara Batu Asah dan Batu Lesung
SEJAK kecil, malah dalam kelas "Seni Perusahaan" dalam tingkatan empat dan lima saya diajar menggunakan batu asah untuk menajamkan pisau, parang dan pahat. Batu asahlah antara peralatan yang paling penting dalam kelangsungan hidup. Uniknya apabila orang di rumah saya lebih suka menggunakan batu lesung untuk menajamkan mata pisau. Letaklah kedua-duanya berdekatan, pasti batu lesung juga akan digunakan. Jika saya berada dalam hutan, dan memang tiada batu asah, baharulah batu yang seakan-akan batu lesung digunakan, ibarat tiada rotan akar pun berguna.
Friday, June 14, 2013
Tetiba Terfikir
LAMA dulu saya sangka jika lambat sahaja jolok buah Sukun, akan dimakan oleh burung. Beberapa kali saya lihat burung terbang dari buah Sukun sewaktu saya mampir ke pangkal pokoknya. Dan didapati buah Sukun itu telahpun kerewak/berlubang.
Kemudian orang di rumah saya beberapa kali pula mengadu bahawa buah Sukun yang saya bawa balik itu sebenarnya berulat di dalam dan tidak boleh dimakan. Hairan juga kerana nampak kulit luar elok sahaja...
Hanya baru-baru ini saya terfikir bahawa sebenarnya burung itu tidak makan Sukun, tetapi mencari ulat-ulat daripada buah Sukun tersebut.
Thursday, May 9, 2013
Dakwat Kekal
SAYA tidak bermaksud menulis tentang politik atau mana-mana parti. Saya cuma ingin berkongsi pandangan tentang dakwat kekal. Imej di atas ialah jari saya selepas lima hari disapu dakwat kekal. Bagi saya, masih terdapat sisa-sisa warna dakwat kekal di situ. Bagi orang lain, mungkin dah bersihlah tu. Petang lima hari lepas, seorang jiran saya menunjukkan jarinya dan berkata "tengok ni, dakwat dah hilang!". Saya terkejut kerana warnanya jauh lebih hitam daripada warna dalam imej di atas, waima sudah ada tanda seperti dibasuh. Lalu saya kata "Eh, masih ada hitam-hitam tu, kira masih adalah...". Dia bertegas "dah hilang, tengok ni!". Saya tengok dan pada saya warna dakwat itu masih jelas. Dua tiga kali dia bertegas dengan pendiriannya dan saya terpaksa juga bertegas dengan pendirian saya. Kesimpulannya warna dakwat kekal di jari telunjuk ini bersifat subjektif. Siapa nak kata dah hilang boleh, nak kata masih ada pun boleh. Terpulang pada tanggapan masing-masing.
Subscribe to:
Posts (Atom)