SUDAH lama sebenarnya saya tidak memancing secara serius. Serius bermaksud benar-benar memancing. Tidak serius pabila sesekali balik kampung memancing di parit hadapan rumah. Awal bulan ini saya teringin mengikut seorang rakan yang selalu sangat cerita beliau pergi memancing dan dapat banyak ikan besar. Rakan saya bermurah hati mengajak saya menaiki keretanya ke kolam Danau Pinggiran di Putrajaya. Di kolam itu seorang lagi rakan kami sudah menunggu.
Seperti dulu-dulu saya kepal adunan dedak pada dua mata kail, membalingnya ke tengah kolam dan mencacak joran condong ke langit. Rakan saya yang mula-mula dapat seekor patin. Lepas itu dia dapat lagi seekor pacu pula. Kemudian rakan yang seorang lagi itu pula dapat Rohu. Kemudian dia dapat lagi, rohu juga. Saya masih tak dapat-dapat. Adakah umpan saya tidak sesuai?
"Kaujadi tukang tangguk je lah... ha ha" gurau seorang rakan selepas satu setengah jam pun saya masih tidak dapat apa-apa.
Selanjutnya baru saya sedar... zaman sudah berubah! Stail saya sudah tidak diguna lagi oleh pemancing sekarang. Rakan saya suruh lihat orang keliling kolam, bagaimana mereka memancing. Rakan saya menghulur mata pancingnya untuk saya gunakan. Mata pancing itu berbentuk spring dan terdapat mata kail antara lima hingga sepuluh bilah di kelilingnya. Dedak bercampur perasa nescafe dan pandan dikepal pada spring sehingga berbentuk bom tangan. Sebab itulah agaknya ia dipenggil mata bom. Pada setiap mata kail pula di cucuk roti yang telah bercampur sejenis minyak pemikat ikan.
Seterusnya umpan dibaling ke tengah kolam. Tali ditegangkan dan joran diletak secara horizontal malah tunduk sedikit ke bawah di atas dua batang tongkat besi berbentuk Y. Hati saya berbisik di dalam, kalau dapat seekor pun jadilah untuk dibawa balik sebagai bukti aktiviti riadah ini tidak sia-sia. "kau tak payah usik, tunggu je lah sampai kena!" kata rakan saya itu. Benarlah begitu. tidak sampai 10 minit saya sudah dapat seekor Rohu yang agak besar.
Rakan saya yang mula saya gelar Sifu itu menawarkan umpannya untuk digunakan seterusnya. Syukurlah kerana selepas itu saya dapat lagi dan dapat lagi hingga lima ekor semuanya.. Saya digelakkan lagi kerana membawa jaring yang sangat kecil. Seperti dalam gambar, jaring itu hanya muat untuk seekor sahaja.
siapalah saya...
Wednesday, November 14, 2012
Tuesday, October 30, 2012
Alahai Katak
HARI Jumaat lepas adalah Hari Raya Haji. Sehari sebelum itu saya telah balik ke kampung di Batu Pahat yang jauhnya kira-kira 250km dari Kuala Lumpur. Selepas solat Jumaat, petang itu saya singgah di sebuah kedai akuarium/pancing. Taukeh kedai itu syorkan saya beli gewang ini yang berharga RM10.00. Menurut beliau ramai orang dah beli dan kegunaannya berkesan. Saya beli satu.
HARI Sabtu besoknya saya akan pulang semula tempat kerja. Paginya saya ambil kesempatan 'casting' di parit berdekatan rumah mertua. Kali kedua mencuba, gewang itu sudah ditelan seekor Haruan besar. Malangnya gewang itu dilepaskan kembali. Selepas mencuba lagi beberapa kali, gewang berupa katak itu disambar lagi. Masih tidak lekat. Lepas itu baharu saya sedar bahawa tiub plastik yang membalut mata pancing itu masih belum dibuka! Wah, patutlah tidak lekat! Rugi! Rugi!. Selepas membuang tiub plastik itu, gewang disambar lagi. Tapi kali ini tali pula putus!?
Dalam perjalanan balik ke Utara, saya singgah rumah orang tua saya sendiri. Singgah sekejap sahaja, tapi sempatlah saya cuba 'casting' di parit depan rumah. Kali kedua baling, gewang disambar sang Haruan. Agaknya kerana sudah lama saya tidak memancing, Haruan yang agak besar itu terlepas juga....
Dan saya terpaksa pulang dengan tangan kosong. Harap-harap pengalaman ini menjadi pengajaran kepada saya apabila 'casting' lagi lain kali.

Tuesday, October 23, 2012
Melihat Kelip-kelip di Kampung Kuantan
AWAL bulan Oktober ini saya berkesempatan merayau-rayau di sekitar Kuala Selangor yang jaraknya kira-kira 100Km dari tempat saya tinggal. Antara tempat yang disinggahi ialah Kampung Kuantan yang terkenal dengan kelip-kelipnya. Waktu siang dapatlah melihat jeti dan perahu-perahu yang tertambat di tebing Sungai Selangor itu. Juga pokok-pokok Berembang di sepanjang tebing sungai yang menjadi habitat kelip-kelip. Air sungai mengalir sederhana laju berwarna teh susu yang pastinya mengujakan kaki pancing jika melihatnya. Menjelang jam 9.00 malam saya datang lagi untuk melihat sendiri kelip-kelip. Dengan bayaran RM50.00, saya bersama tiga orang lagi menaiki sebuah perahu dan menyusur berhampiran pokok-pokok berembang melihat begitu banyak cahaya yang berkelip-kelip. Cuma keindahan itu tidak dapat dirakam melalui lensa kamera. (...Kebelakangan ini begitu susah untuk saya 'upload' gambar... Kenapa eh!?)
Sunday, September 30, 2012
Nostalgia Longan
ANTARA pokok buah dengan pokok hiasan, mana yang lebih penting. Mungkin kedua-duanya penting bergantung kepada tujuan penanamannya. Melihat pokok-pokok Bungo bersebelahan pejabat saya, terdetik di hati ini, alangkah baiknya kalau pokok itu pokok buah mata kucing atau pokok buah longan..., boleh juga dimakan buahnya. Saya melihat buah longan di pasar malam persis yang terdapat bergayutan di pokok Bungo tersebut. Walaupun tak boleh dimakan, pokok Bungo ini akan berbunga penuh, berwarna merah muda dengan saiznya yang agak besar.
Wednesday, September 12, 2012
Nostalgia Rambai
RAMBAI adalah satu daripada jenis buah-buahan yang boleh digolongkan sebagai nadir, iaitu buah yang sukar untuk didapati. Tidak menghairankan jika ramai golongan muda yang tidak pernah merasa keenakan buah rambai. Rambai sedap dimakan dengan bijinya sekali. Jika dimakan dengan membuang bijinya, rambai akan terasa masam waima sebenarnya ia manis. Pokok rambai pula, apa yang saya pernah nampak terdapat dua jenis, iaitu pertama, jenis pokok yang rendang, banyak cabang berbentuk horizontal dan kanopinya lebar seperti pokok duku. Kedua, jenis pokok yang tinggi dan cabangnya berbentuk vertikal seperti pokok langsat.
Semasa zaman kanak-kanak, di sebelah rumah saya ada sepohon pokok rambai jenis yang kedua itu. Setiap kali musim berbuah, maka lebatlah buahnya dan menarik perhatian untuk memanjatnya. Pokok setinggi 40 - 50 kaki itu sukar dipanjat kerana terpaksa letak kaki di celah pangkal dahan dengan batang pokok yang sempit kerana dahan yang berbentuk vertikal itu. Pabila diingat-ingat semula, rasa bersyukur kerana tidak jatuh. Sekarang, selepas lebih tiga puluh tahun, jika diupah seribu pun, rasanya tidak akan panjat pokok serupa itu. Sebab itulah jika terjumpa orang menjual rambai di mana-mana pasar malam, pasti saya akan membelinya.

Wednesday, August 29, 2012
Antara Ketupat dan Rendang
ADA orang, setiap malam sebelum tidur akan membaca doa-doa tertentu dan akan memaafkan kesalahan orang lain terhadapnya. Justeru saya mengambil kesempatan hari raya aidilfitri yang mulia ini memaafkan semua kesalahan semua orang terhadap diri saya. Saya juga memohon maaf kepada semua jika ada apa-apa kesalahan yang telah saya lakukan sama ada disedari atau tidak.
Ada orang juga menganggap ketupat sebagai penanda hari raya menjelang tiba, waima sebahagian orang lagi mengatakan bukan hari raya pun ketupat banyak dijual terutama digerai menjual sate.
Antara ketupat dan rendang pula, mana yang lebih mustahak? Bagi orang yang memasak lemang, rendang memang lauk yang wajib ada. Bagi orang yang memasak ketupat, lauk yang wajib ada ialah sambal kacang dan lodeh atau kari ayam. Namun kalau ada rendang daging, memang sodap. Rendang dicampur daun puding hitam lagi. Jadi, antara ketupat dan rendang, di mana konfliknya?!

Tuesday, July 31, 2012
Antara Dedaunan untuk Botok-botok
Pucuk Beruas
Pucuk Betik
Daun Kesum
Daun Kunyit
Daun Kaduk
Pucuk Ubi
Puding 1
Puding 2
Puding 3
Puding 4
Puding 5
Puding 6
Serai
SEMUA tumbuhan di atas adalah apa yang saya tanam sendiri. Semua di atas adalah antara yang diperlukan untuk membuat atau memasak botok-botok. Botok-botok enak dimakan bersama nasi. Bagaimana membuat botok-botok? Bentangkan sehelai daun pisang, susun sedikit pucuk ubi diikuti serba sedikit daun beruas, pucuk betik, daun kaduk, puding 1, puding 2, puding 3, puding 4, puding 5, dan puding 6. Curah kan sesenduk bahan B, iaitu campuran kerisek kelapa, halia, lengkuas, kunyit, serai, bawang putih, bawang merah yang ditumbuk halus, ditambah lagi daun kunyit, daun kesum dan daun selasih yang diracik halus, tambah sekeping ikan tenggiri dan rempah kari ikan, serta tambah sedikit garam gula. Tangkup di atasnya serba sedikit dedaunan di atas tadi, kemudian daun pisang dilipat seperti bungkus nasi lemak seterusnya dikukus sehingga masak. Dah siap masak, makanlah dengan nasi, Ya Salam! tak ada lauk lain pun tak apa.
Daun puding tu sebenarnya ada namanya tersendiri, tetapi saya tak tahu. Puding 3, orang panggil puding mangkuk. Botok-botok banyak dijual di pasar pagi, pasar malam, atau pasar tani di Johor. Pernah dijual di Bazar Ramadan di Bangi, Selangor. Kesedapannya bergantung kepada lengkap atau tidak bahan-bahan yang diperlukan. Akhirul-kalam, selamat berpuasa dan selamat mencuba!
Thursday, July 5, 2012
Harga petrol RON97 turun 20 sen
TURUNnya harga petrol RON97 sebanyak 20 sen menyebabkan dua perasaan timbul. Pertama gembira, kedua terkilan. Gembira kerana harga minyak petrol turun dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan saya. Terkilan kerana saya hanya tahu harga diturunkan melalui Buliten Utama TV3 jam 8.15 malam tadi, sedangkan saya telah penuhkan tangki minyak kereta saya dengan petrol RON97, iaitu sebanyak RM60.00 pada jam 7.15 petang semalam! Hanya satu jam perbezaan masa. Apa pun, syukurlah....
Friday, June 29, 2012
Maka Jun Pun Berakhir...
SEKADAR memenuhi kuota satu bulan sekurang-kurangnya satu entri, maka saya titipkan sebaris dua diari dalam ruangan ini...
21-22 Jun 2012
Dua hari seperti terperangkap dalam bilik operasi kerana bertugas sebagai pengiring juruaudit MS ISO 9001:2008 dari pihak SIRIM.
26 Jun 2012
Seharian berada dalam kawasan FRIM Kepong kerana suatu urusan peribadi yang amat mustahak yang tidak dapat dielakkan. Antara pengisian peribadi yang dipenuhi dari jam 8.00pagi hingga 4.00petang ialah membaca novel Kusebut Namamu Selalu karya Muhd Mansur Abdullah yang dah lama beli tapi belum sempat mula baca. Itu pun dapat baca lima bab sahaja. Selain itu berjalan di sekeliling sebuah kolam melihat dua ekor ikan Arapaima Gigas yang besarnya mungkin 50kg atau 60kg seekor. Sisik ikan itu memang cantik, satu bersisik kuning, satu lagi bersisik merah.
Lain-lain
Sepanjang Jun ini, tiga kali bertugas sebagai pembantu pengawas peperiksaan akhir. Semuanya di luar waktu pejabat, iaitu sama ada petang, malam, atau hari Ahad. Tapi tak apa, dapat juga buat tuntutan bayaran kerja lebih masa. Siapa nak bagi!

Wednesday, May 23, 2012
Buat Dahulu Baru Cakap
HARI Isnin kelmarin saya berpeluang menonton Taichi2 di TV3 jam 10.00malam. Ini kali kedua saya menontonnya di kaca TV. Kali ini saya tertarik dengan suatu falsafah dalam dialog oleh watak utama, iaitu seorang anak muda yang minat Taichi tetapi dikongkong oleh ayahnya.
Dialog ini berlaku selepas pemuda itu ingin menggunakan kepala naga, tapi dihalang oleh sepupunya kerana bimbang. Dialog itu berbunyi "ada tiga jenis orang dalam dunia ini. Pertama dia cakap tapi tak buat; kedua, dia cakap dan dia buat...(masa ini saya fikir sambungannya tentulah "dia tak cakap tapi dia buat") ketiga, dia buat dahulu baru cakap."
Moralnya ialah kalau anda nak beli telefon bimbit baru atau kamera atau batang pancing atau buku atau apa sajalah, anda buatlah dahulu. Kalau sekiranya jika anda cakap dulu pada sidia nak buat itu ini, maka tak jadilah jawabnya kerana sidia akan sentiasa ada berjuta ide lain yang lebih bagus, ha ha.

Thursday, May 3, 2012
Ke Pesta Buku Antarabangsa2 Kuala Lumpur
SEMALAM saya berpeluang berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa 2 Kuala Lumpur yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Pesta Buku Antarabangsa2 berlangsung pada 27 April - 6 Mei 2012. Ucapan jutaan terima kasih tentunya kepada seorang sahabat saya yang sudi mengajak dan menumpangkan saya menaiki keretanya ke pesta buku tersebut. Tidak banyak buku yang saya beli berikutan masa yang terhad dan orang begitu ramai membataskan keinginan melihat semua gerai pameran. Begitu pun, dapatlah juga saya membayar untuk buku-buku yang tersebut di atas, iaitu Kusebut Namamu Selalu, Catan Akrililk, dan Lukisan Cat Air. Novel itu saya beli di gerai DBP dan dua yang akhir itu saya beli di Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Wednesday, April 18, 2012
Buat Apa Balik...
AYAT "Buat apa balik..." mengundang NOSTALGIA buat saya. Hal ini demikian kerana ada SEJARAHnya sebagai bukti objektif.
Tulisan yang tersiar dalam Mingguan Malaysia 15 April 2012

Tulisan yang tersiar dalam Mingguan Malaysia 15 April 2012
Tulisan yang tersiar dalam majalah al-Muslimah April 2011
Sedikit persamaan ini membuat saya gembira kerana ia memperlihatkan bahawa ayat yang saya gunakan dalam cerpen "Beriani Gam" adalah betul waima terasa ada keganjilan pada awalnya. Bezanya cuma sedikit, iaitu Bro Tompok dalam kolum Kucing Jantan menggunakan ayat "Buat apa balik rumah kalau asyik dibebel saja" sedangkan saya menggunakan ayat "Buat apa balik kalau balik buat sakit hati saja". Apa yang penting ialah dalam kedua-dua ayat ini terdapat unsur konflik.
Thursday, April 5, 2012
TIGA
TIGA Abdul adalah sebuah filem arahan P. Ramlee yang 'ever-green' hingga sekarang. Baru-baru ini kata 'tiga' didapati kerap digunakan sebagai sebahagian tajuk karya kreatif. Antaranya ialah 3Janji, 3 Temujanji, Tiga Pelarian, dan Potret Tiga Agus.
3Janji sedang ditayangkan melalui TV3 dalam slot Lestary setiap hari Selasa, jam 9 malam.
3 Temujanji pula adalah sebauh filem arahan Hashim Rejab yang mengandingkan dua pelakon utama, iaitu Pierre Andre dan Yana Samsudin. Filem ini akan menjengah panggung pada 5 April 2012 ini.
Tiga Pelarian adalah sebuah cerpen tulisan Tie Camar yang tersiar dalam majalah al-Muslimah Bil. 234 isu Ogos 2011.
Sementara Potret Tiga Agus adalah sebuah cerpen tulisan Abdul Rahman Sokran yang tersiar dalam al-Muslimah Bil. 235 isu September 2011.
Tiba-tiba kata tiga menjadi begitu bererti justeru saya juga adalah anak ketiga daripada tujuh beradik. Ada sesiapa yang ingin guna kata tiga sebagai tajuk karya mereka selepas ini...?

Tuesday, March 13, 2012
Tempat Jatuh Lagi Dikenang
DALAM entri sebelum ini telah diceritakan tentang pengalaman memancing di Kg. Nelayan Telok Gong, Kelang. Dalam akhbar Utusan Malaysia semalam terpapar berita tentang warung-warung di sekitar Jeti Kg. Nelayan Telok Gong itu telah hanyut dibawa arus. Tentulah berita buruk itu mengundang nostalgia kerana baru bulan lepas saya menjejakkan kaki di jeti itu....
Wednesday, February 22, 2012
Antara Pengalaman Pemancing
Sebuah daripada kira-kira 20 buah rumah rakit
Ikan Duri. Spesis ikan inilah yang saya terkena durinya. Bisa!
MULANYA saya menolak pelawaan seorang rakan untuk menyertai program ini. Hal ini demikian kerana saya merasakan tersangatlah sibuknya. Antaranya akan menghadiri tiga hari kursus. Kemudian akan terlibat dengan penganjuran majlis perkongsian ilmu. Ditambah urusan keluarga lagi. Lepas itu apabila terserempak seorang pensyarah, beliau turut mengajak malah mewajibkan saya turut pergi. Saya anggap ini sebagai peluang.
MAKA pada petang Sabtu 18/2/12 kami seramai enam orang pun bertolaklah ke tempat yang dituju, iaitu Kampung Nelayan Telok Gong di Kelang, Selangor. Sampai di jeti kampung tersebut, kami menaiki bot menuju ke rumah rakit di tengah sungai. Pelbagai aktiviti boleh dibuat. Mula-mula kami masak nasi dengan menggunakan dapur yang memang lengkap disediakan. Sambil memancing, kami juga buat barbeku ayam, udang, dan sotong.
MALAM itu pancing saya mengena seekor ikan duri. Mungkin sudah lama tidak memancing, saya lupa prosedur menangani ikan berduri/bersengat. Mungkin juga saya malas nak ambil peralatan memancing. Sepatutnya saya gunakan 'player' untuk lepaskan mata pancing daripada mulut ikan. Ketika memegang dengan tangan itulah, tiba-tiba ikan meronta dan satu daripada tiga sengatnya terkena jari hantu tangan kanan saya. Darah meleleh dengan lajunya. Seorang rakan suruh saya sedut untuk buang bisa. seorang rakan mencapai beg 'first aid'nya. seorang rakan lagi mengambil otak ikan Duri itu untuk disapukan ke tempat luka. Pendek kata sepanjang malam itu jari saya bisa berdenyut-denyut. Pengalaman ini memang tidak dirasai oleh rakan-rakan yang lain dalam program ini!
KAMI akan bertolak balik pada jam 3.00 hari Ahad. Menjelang nak balik itulah ikan mula makan umpan dengan galaknya! Pancing saya sendiri ditarik ikan duri paling besar sewaktu menunaikan solat Zohor. Orang lainlah yang menikmati garauannya. Pengalaman memancing kali ini pasti antara yang saya tidak akan dapat lupakan. Bak kata pepatah tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat kena sengat ikan Duri. Betul tak!?
Subscribe to:
Posts (Atom)