KATA jangan berhenti menulis! Mungkin saya perlu menulis ringkas beberapa aktiviti terbaharu supaya saya sentiasa dalam mod menulis. Kali ini seperti yang saya pernah tulis sebelum ini, bahawa setiap kali saya nak masuk pejabat nyamuk ikut. Pabila saya keluar dari pejabat nyamuk dah tunggu. Apatah lagi jika berlama-lama di luar untuk siram pokok atau mencangkul-menanam. Oleh itu saya perlu selimut seluruh badan supaya tiada ruang sang nyamuk bertenggek atas kulit badan saya. Selalunya di belakang lengan dan bahagian muka. Kebetulan seorang sahabat baik saya hadiahkan hamper berisi kuih dalam bakul, saya gunakan pembalut itu sebagai selimut pada muka seperti dalam gambar di atas. Yang hairannya jika saya bertiga atau berempat di situ, saya jua yang jadi tumpuan sang nyamuk....
siapalah saya...
Monday, August 24, 2020
Friday, July 17, 2020
Jangan Berhenti Menulis
Buku-buku saya di pejabat
Buku-buku yang kebanyaknya saya pernah baca
Buku-buku yang kebanyakannya saya beli, tapi tak sempat baca
Banyak lagi buku yang tidak dipaparkan di sini.
Monday, June 1, 2020
Akibat Corona Virus Covid19
HARI ini adalah hari yang ke-74 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 dan kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 5 Mei 2020 akibat pendemik Corona Virus yang kini lebih dikenal Covid19. Hari ini adalah hari pertama saya berkerja secara fizikal dengan hadir ke pejabat setelah beberapa lama berkerja dari rumah (work from home). Sebab itu juga saya tidak dapat menulis dalam ruangan ini bagi bulan April dan Mei.
Tuesday, March 17, 2020
Buku Untuk Dilupus
Besok (18/3/2020) pejabat akan ditutup hingga 31 Mac 2020 lanjutan Arahan Kawalan Pergerakan akibat merebaknya Kovid19 atau lebih dikenal dengan wabak Korona Virus. Justeru, saya perlu nukilkan sesuatu sebagai buah tangan bulan Mac ini. Menjelang nak pencen, saya tidak tahu mana nak letak buku-buku saya yang hampir seribu buah itu. Rumah sudahlah hanya sebuah, kecil pulak. Cuma sedekah ke perpustakaan, jual kepada pelajar berkaitan, atau timbang kati untuk kitar semula kertas. Buat permulaan ini saya ingin melupuskan kira-kira 50 buah buku di atas. Buku itu dibeli kerana saya ingin gunakan untuk rujukan semasa buat ijazah pertama, iaitu Bacelor di UPM dan Ijazah Master dalam bidang sastera. Ada juga yang dah dibeli dibeli lagi kerana disangka belum ada dalam koleksi. Buat permulaan saya dah asingkan buku-buku ini, tapi belum ditetapkan cara perlupusannya.
Friday, February 21, 2020
Aktiviti Pertanian di Bulan Februari
FEBRUARI ini dirangkum sebahagian aktiviti pertanian yang saya terlibat. Semestinya di sekitar pejabat kerana rumah di taman perumahan mana ada tanah untuk bercucuk tanam kecuali gunakan pasu atau kaedah pertanian bandaran termasuk fertigasi atau aquakulture...
Ubi Kayu
PAGI ini saya cabut sepokok lagi ubi kayu. Beratnya hampir 3kg. Semalam pun dah cabut sepokok. Tuan semalam timbang bersih setelah dibuang tanah dan batangnya genap-genap 3kg.
Kekabu
Musim kekabu datang lagi. Tahun lepas pun musimnya dalam bulan Februari. Kali ini ternyata lebih lumayan. Waima saya kait tiga hari dan dapat berkilo-kilo, kali ini tiga orang lain juga dapat habuan.
Labu Manis/Kuning
Ini kali kedua saya tanam Labu Manis. Jika tahun lepas cuma dua pokok, kali ini lima pokok. Harap-harap menjadi seperti tahun lepas.
Cili Api Kampung
Pokok ini yang saya beli anak pokok di pasar tani dengan harga RM1.00 (Ringgit Malaysia satu sahaja). Baru-baru ini saya juga berkesempatan mengambil anak pokok yang banyak tumbuh di bawah pokok cili api kampung di Batu Pahat semasa balik kampung dua minggu lepas.
Sayur Sawi
Kebetulan saya berkursus cara pertanian fertigasi di Fakulti Pertanian UPM baru-baru ini. Sebaik tamat kursus selamatiga hari, semua peserta dibenarkan bawa balik dua polybag yang siap dipindahkan anak pokok sawi yang ketika itu berukuran dua inci yang masing-masing diajar tanam secara praktikal. Ramai yang tidak ambil kerana hadir dengan motosikal, justeru saya bawa balik enam pokok. Walaupun tiada sistem paip, pam, dan spageti untuk pengairan, saya bagi juga baja AB secara manual. Nampaknya hidup subur.
Daun Kesum
Pokok Daun Kesum memerlukan banyak air dan cahaya yang sederhana, Oleh itu saya tanam dalam bekas polystryn terbuang.
Lengkuas
Pokoknya sangat rimbun. Oleh itu baru-baru ini saya gali secara besar-besaran dan hasilnya dapat dibahagikan kepada ramai orang.
Serai
Serai memang dah lama sangat tidak beli di kedai. Ambil apabila diperlukan memang dapat serai yang segar dan bersaiz besar.
Kantan
Setakat ini saya baru dapat empat kuntum bunga kantan daripada rumpun kantan di sebelah pajabat saya.
Monday, January 27, 2020
Gajet Baru
Mengambil gambar Bunga Raya sebagai cubaan awal
Memerang ini tidak menyedari ada orang mengambil gambarnya
Mengambil gambar burung Puchong dari jarak kira-kira 120 meter
Mengambil gambar burung Bangau dari seberang kolam Danau Pinggiran
MEMPUNYAI sebuah Canon EOS M3 sebenarnya sudah memadai untuk mendapatkan hasil yang tajam dan tidak pecah apabila imej dibesarkan. Tambahan pula apabila kamera 24MP tersebut telah ditambahbaik dengan lens 28-150mm berbanding lens asal 28-55mm. Bagaimanapun saya masih tidak dapat mengambil gambar rakan-rakan atau pelajar amali di seberang tasik tanpa 'crop', iaitu proses mengedit dengan memotong bahagian yang tidak diperlukan. Saya juga masih tidak dapat mengambil gambar memerang di tengah tasik atau burung Puchong yang hinggap di dahan pokok kekabu kerana apabila mendekat, semuanya lari. Oleh itu saya nekad keluarkan sedikit modal untuk memiliki Canon SX740HS yang mampu mencapai 40X optical zoom. Daripada segi prinsip, memang telah berlaku 'down-grade' daripada kamera mirrorless kepada compact. Namun kedua-duanya ada kelebihan masing-masing dan boleh diguna mengikut kesesuaian. Untuk siri pertama ini saya paparkan beberapa hasil tilikan SX740HS tersebut.
Wednesday, December 18, 2019
Buah Malberi
Pokok Malberi dalam pasu konkrit
Buah Malberi yang lebat di pokoknya
Thursday, November 28, 2019
Menara Arena Uniti
Gambar yang diambil dari tingkat 20 Menara Arena Uniti
menggunakan telefon bimbit. Rugi tidak bawa kamera.
Sunday, October 27, 2019
Utusan Malaysia, Penyu, dan Pokok Ambung-ambung
Artikel dalam Utusan Malaysia 26 Ogos 2019
AWAL bulan Oktober 2019 ini saya berpeluang ke Pulau Pangkor. Tujuan ke sana adalah 'reecee' atau meninjau lokasi untuk program kerja lapangan pengurusan alam sekitar pada hujung bulan ini. Tempat pertama sampai semestinya Jetty Pangkor. Kemudian antara yang sempat dilawati ialah Teluk Dalam dan Teluk Nipah. Kemudian singgah di Teluk Penyu. Saya tidak pasti nama tempat ini tetapi kalau tak silap, di Puteri Bayu Resort ada peta yang tertulis nama tempat ini "Turtle Bay".
Pusat Konservasi Penyu di Pulau Pangkor
Pokok Ambung-ambung di Pulau Pangkor
Tuesday, October 8, 2019
Labu
BERMULANYA cerita apabila suatu pagi isteri saya beri segenggam biji labu. Tanamlah kat pejabat katanya. Sebelum ini saya memang tidak pernah tanam labu. Seperti biasa saya sampai pejabat sebelum 7.00 pagi. Oleh kerana biji labu itu basah dan berlendir dengan rerambut bahagian tengah labu, saya letak dulu atas rumput di luar pejabat. Kononnya tengah hari nanti ia akan kering. Namun besok paginya baru teringat dan didapati biji labu itu tinggal empat. Mungkin telah dimakan oleh tupai atau binatang lain. Saya terus tanam dalam bekas polybag kecil. Beberapa hari kemudian dua daripadanya hidup. Saya pindahkan ke batas tanah. Apa yang saya tahu, ramai orang akan ambil pucuk labu untuk dibuat sayur masak lemak. Mujur saya tidak buat begitu kerana pokok labu ini merayap jauh hingga enam-tujuh meter. Seterusnya buah akan muncul di bahagian hujung, bukan di bahagian pangkal seperti yang saya sangka. Daripada dua pokok itu keluar hasil sebanyak tujuh biji yang beratnya setiap satu antara 1.3-1.6kg. Lepas ini bolehlah tanam labu lagi.
Tuesday, September 10, 2019
Mendaki Gunung Stong
Artikel bertajuk "Stong Cabar Pendaki" dalam BH
Di kaki Gunung Stong
di pertengahan Gunung Stong
Di puncak Gunung Stong
Peluang mendaki Gunung Stong timbul apabila saya terlibat mengiringi sekumpulan pelajar UPM menjalankan kerja lapangan selama enam hari daripada 30 Jun 2010 hingga 5 Julai 2010 di sekitar Gua Musang, Kelantan. Sepanjang tempoh itu kami tinggal di Kem/Taman Etnobotani KESEDAR. Selain Gunung Stong, kami berpeluang melawat Stesen Keretapi Gua Musang dan berakit di Sungai ketil. Berakit menggunakan bot dengi melintasi Taman Wangi dan terus hingga belakang bangunan KESEDAR. Pada hari terakhir selain singgah beli strawbery di Cameron Highlands, kami singgah Sekolah Kebangsaan Pos Broke, Gua Musang berinteraksi dengan guru-guru dan pelajar-pelajarnya.
Wednesday, August 21, 2019
Musang
BIASANYA saya sampai pejabat sekitar 6.50 pagi. Suatu hari beberapa minggu lalu, sebaik sampai pejabat dengan bantuan cahaya lampu motosikal saya nampak kelibat pergerakan seperti tupai yang memanjat grill tingkap dekat pintu belakang. Saya memang selalu mengawasi kawasan itu kerana khuatir ada ular sebab sudah dua kali terserempak ular batam tebu depan pintu itu. Saya terus ke pintu kerana apa sangatlah kalau tupai. Namun ketika hendak buka kunci mangga, saya seperti disergah oleh binatang itu. Bentuk badan dan ekornya seperti tupai, tapi kepalanya seperti kucing. Bimbang ia menerkam, saya ambil keputusan masuk pejabat (bangunan makmal sebenarnya) melalui pintu sebelah hadapan. Sempatlah saya ambil gambar guna kamera. Flash menyala pun dia tak lari. Malah kekal tidur di situ hingga jam 6.00 petang. Besok paginya dah tak kelihatan lagi. Kemudiannya baru saya tahu bahawa binatang itu adalah musang. Mungkin kerana kawasan itu banyak pokok-pokok dan habitat asalnya terganggu oleh projek MRT menyebabkan ia sampai ke kawasan pejabat saya. Sekian.
Wednesday, August 14, 2019
Menuai Hasil Kebun di Pejabat
Kelapa Mawar, daun pisang, daun pandan, serai, dan lengkuas yang dituai pada 11/08/19
Cili Api Kampung yang dituai pada 13/08/19 semalam. Di belakang sana dapat dilihat pokok Lengkuas, pokok Durian Monthong, pokok Labu dan sedikit Ulam Raja.
HARI Raya Qurban pada 11/8/19, paginya terlibat dengan program Qurban di Surau al-Hidayah berdekatan rumah. Sebagai ketua untuk lembu nombor dua daripada tujuh ekor, telah memantau kerja-kerja melapah dan memastikan semua bahagian terutama kepala dan ekor selamat sampai ke ruang kerja-kerja memotong dan pengagihan. Petang, selepas Asar, ke pejabat bersama sang isteri. Sementara dia mengerjakan kekabu, iaitu membuang biji dan empulurnya, saya mengutip "hasil ladang", iaitu kelapa Mawar, daun pisang, daun pandan, serai, dan lengkuas. Besoknya empat biji diparut di kedai dengan upah 40sen sebiji. Semalam selepas waktu kerja kutip pula cili api kampung. Inilah antara sebab saya datang ke pejabat sebelum 7.00 pagi dan pulang ke rumah 7.00 malam.
Friday, August 2, 2019
Memancing Rohu
Dedak No. 923 yang dibungkus pada 23.11.17
Ikan Rohu seberat 1.3kg yang berjaya dinaikkan
Rezeki pertama, iaitu Lampam
Joran yang dipacak. Kelihatan kad pendaftaran bernombor 1, dan masa masuk 9.45pagi
Thursday, July 4, 2019
Kerabu Mangga
JAMUAN Hari Raya yang diadakan pada 27 Jun 2019 berkonsepkan 'potluck'. Oleh itu sekumpulan kecil saya dan rakan-rakan sepejabat berbincang untuk menentukan siapa bawa apa. Seorang rakan cadangkan saya buat kerabu mangga kerana di belakang blok pejabat saya yang terpencil di bahagian paling belakang terdapat beberapa pokok mangga Cokanan yang sedang berbuah. Saya segera bersetuju kerana buat kerabu mangga senang bagi saya dan ia jarang sekali dipilih sebagai juadah sumbangan. Tambahan pula saya tak perlu keluar modal untuk membeli bahan-bahan diperlukan.
Mangga Cokanan yang baru dipetik dari pokok
Mangga yang sudah dikupas
Mangga yang sudah disagat
Kerabu mangga siap!
Subscribe to:
Posts (Atom)















