SEJAK kecil, malah dalam kelas "Seni Perusahaan" dalam tingkatan empat dan lima saya diajar menggunakan batu asah untuk menajamkan pisau, parang dan pahat. Batu asahlah antara peralatan yang paling penting dalam kelangsungan hidup. Uniknya apabila orang di rumah saya lebih suka menggunakan batu lesung untuk menajamkan mata pisau. Letaklah kedua-duanya berdekatan, pasti batu lesung juga akan digunakan. Jika saya berada dalam hutan, dan memang tiada batu asah, baharulah batu yang seakan-akan batu lesung digunakan, ibarat tiada rotan akar pun berguna.
siapalah saya...
Thursday, June 20, 2013
Friday, June 14, 2013
Tetiba Terfikir
LAMA dulu saya sangka jika lambat sahaja jolok buah Sukun, akan dimakan oleh burung. Beberapa kali saya lihat burung terbang dari buah Sukun sewaktu saya mampir ke pangkal pokoknya. Dan didapati buah Sukun itu telahpun kerewak/berlubang.
Kemudian orang di rumah saya beberapa kali pula mengadu bahawa buah Sukun yang saya bawa balik itu sebenarnya berulat di dalam dan tidak boleh dimakan. Hairan juga kerana nampak kulit luar elok sahaja...
Hanya baru-baru ini saya terfikir bahawa sebenarnya burung itu tidak makan Sukun, tetapi mencari ulat-ulat daripada buah Sukun tersebut.
Thursday, May 9, 2013
Dakwat Kekal
SAYA tidak bermaksud menulis tentang politik atau mana-mana parti. Saya cuma ingin berkongsi pandangan tentang dakwat kekal. Imej di atas ialah jari saya selepas lima hari disapu dakwat kekal. Bagi saya, masih terdapat sisa-sisa warna dakwat kekal di situ. Bagi orang lain, mungkin dah bersihlah tu. Petang lima hari lepas, seorang jiran saya menunjukkan jarinya dan berkata "tengok ni, dakwat dah hilang!". Saya terkejut kerana warnanya jauh lebih hitam daripada warna dalam imej di atas, waima sudah ada tanda seperti dibasuh. Lalu saya kata "Eh, masih ada hitam-hitam tu, kira masih adalah...". Dia bertegas "dah hilang, tengok ni!". Saya tengok dan pada saya warna dakwat itu masih jelas. Dua tiga kali dia bertegas dengan pendiriannya dan saya terpaksa juga bertegas dengan pendirian saya. Kesimpulannya warna dakwat kekal di jari telunjuk ini bersifat subjektif. Siapa nak kata dah hilang boleh, nak kata masih ada pun boleh. Terpulang pada tanggapan masing-masing.
Thursday, April 25, 2013
Menang Satu Saat
'PUNCH CARD' adalah mekanisme yang digunakan untuk memastikan pekerja hadir dan balik pada waktu yang ditetapkan. Dalam tahun 80-an mesin yang digunakan berbentuk jam dan sekeping kad berwarna kuning dimasukkan untuk cetak waktu kehadiran. Di sesetengah pejabat kerajaan, apabila tiga kali lewat, kad akan ditukarkan ke warna hijau, kemudian jika masih melakukan kesalahan, kad akan ditukar ke warna merah.
Dalam abad ke-21 ini kehadiran dibuat melalui sistem komputer on-line. Lebih canggih lagi pekerja hanya perlu 'cap jari', iaitu meletakkan ibu jari pada peranti elektronik yang disediakan berhampiran pintu pejabat. Di pejabat saya masih menggunakan sistem komputer secara on-line, iaitu hidupkan komputer, buka perisian 'punch', masukkan ID dan password. Kehadiran semua staf akan terpapar, maka bolehlah lihat siapa yang datang dulu, siapa lewat datang, dan nama siapa tiada dalam skrin menunjukkan dia cuti atau kerja lapangan.
Kelmarin anak saya minta dihantar ke kolej seawal 6.15 pagi. Saya fikir inilah masanya untuk menjadi orang pertama hadir ke pejabat. Sebelum ini hampir setiap hari seorang pensyarah menjadi orang pertama hadir, iaitu sekitar jam 6.40 pagi. Saya tidak pernah menang waima selalu ke pejabat seawal 7.00 pagi. Selepas saya 'punch-in' di paparan komputer saya lihat waktu kehadiran saya 06:40:19 dan waktu kehadiran pensyarah tersebut 06:40:20 di bawah nama saya. Wah, saya menang cuma satu saat!

Tuesday, April 23, 2013
Antara Meminjam Drp Bank dgn Isteri
HUJUNG-HUJUNG bulan begini ramai orang kehabisan duit belanja. Hujung bulan begini barang dapur tetap kena beli. Minyak motor atau kereta tetap kena isi. Sesuatu di luar dugaan juga kadang-kadang mendatangi kita, contohnya tetiba kereta rosak, atau kena balik kampung kerana sedara sakit, atau cermin mata pecah, atau dakwat printer habis, atau anak-anak perlukann duit, dan bermacam ragam lagi la...
Kalau kereta tetiba rosak, selalunya kos untuk membaiki bukan sedikit. Biasanya antara RM300.00 - RM500.00. Bayangkanlah kalau ia berlaku pada hari ini, contohnya 23hb. sedangkan gaji biasanya 25hb. Saya berani kata setiap sepuluh orang Melayu yang lalu di hadapan saya, sembilan daripadanya kekeringan wang kocek, terutamanya yang lelaki. Malahan hal ketidak-cukupan ini bukan sahaja berlaku pada hujung bulan, sebalik nya awal bulan lagi dah negatif selepas bayar hutang sana hutang sini. Jika ini berlaku perlulah ada suntikan modal supaya pusingan wang setiap bulan stabil. Satu-satunya cara suntikan modal ialah dengan meminjam. Meminjam pun perlu dengan kesedaran bahawa dua atau tiga tahun lagi kita akan stabil apabila gaji dah naik, bonus pun dapat, serta beberapa kos sara hidup dapat dikurangkan.
Berbalik kepada meminjam tadi, daripada siapa patut meminjam? Kalau ada jutawan Melayu Islam yang sudi memberi pinjaman tanpa mengenakan sebarang keuntungan, baguslah. Biasanya pinjaman peribadi dibuat melalui bank atau syarikat kooperasi. Biasanya apabila meminjam, contohnya dua puluh ribu Ringgit Malaysia, kita dihulur oleh pegawai kaunter wanita dengan senyuman manis menawannya, dan hati pun senang serta lapang waima selepas lima tahun kita telah membayar balik kepada pemberi pinjam itu hingga dua puluh lima ribu Ringgit Malaysia! Bukankah lebih baik pinjam daripada isteri...? Tak payah pinjam sampai dua puluh ribu, pinjam dua ribu pun cukuplah... Tengok responnya camne....!?

Monday, April 22, 2013
Cerita Tentang Ikan
SAYA tidak bermaksud menjuruskan blog ini ke dunia pancing, tapi penglibatan saya dalam dunia catur semakin tidak diterima di organisasi saya bekerja. Dunia penulisan pun tidak terkejar. Bulan Februari lepas ada juga sertai pertandingan catur terbuka UPM, tetapi saya hanya meraih 3.5 mata daripada 7 perlawanan. Mungkin sebab itu saya tidak dijemput untuk ke 'inter-varsiti' dlm bulan Jun ini di sebuah univrsiti di Utara. Tentang penulisan pula, banyak sebab yang tidak dapat diterima oleh rakan penulis sebagai sebab tidak menulis, ha ha.
Cerita tentang ikan, saya telah mengambil cuti rehat pada hari Rabu, 3 April 2013. Seperti biasa saya pergi kerja (pergi ke tempat kerja sebenarnya). Kemudian kira-kira jam 9.00pg saya dah sampai di kolam Danau Pinggiran, Putrajaya bersama dua orang rakan sekerja (mereka pun ambil cuti). Syukurlah, hanya dua jam memancing, saya dapat naikkan enam ekor Rohu. Kerana berjaya, isteri tak kata apa.
Itu cerita kejayaan. Pada 13 April saya pergi lagi apabila rakan saya kata mereka berdua akan turun. Malangnya apabila saya sampai, tidak pula kelihatan kelibat mereka. Selepas berhubung melalui telefon, barulah saya tahu dia ada hal dan tak jadi pergi. Dilema dibuatnya. Dia yang ajak, saya yang jadi mangsa. Dah sampai tak kan tak hulur joran kan! Selepas dua jam, rezeki saya kali ini cuma tiga ekor Lampam sebesar tapak tangan! Kerana gagal tahanlah telinga...
Nak kata gagal, tidak juga. Apabila disiang, didapati perut ikan ini agak bersih berbanding Lampam dari tempat lain. Beberapa hari kemudian, isteri saya pun gorenglah tiga Lampam ini bersama tiga ekor ikan laut. Seorang anak saya makan seekor. Kemudian seorang lagi anak saya buat lauk makan nasi. Selepas solat Zohor, apabila saya buka tudung saji..."eh, dah habis ikan Lampam!?" baru saya tahu rupanya dia makan dua ekor. Dan ikan laut tu masih tidak luak.
Friday, March 29, 2013
Nostalgia Pulau Tali Kail
NAMPAK gayanya bulan ini menulis entri di saat-saat akhir lagi akibat sibuk yang amat sangat...
Sebelum 'jungle tracking' ke puncak menara di Pulau Tali Kail
Pemandangan dari puncak menara di Pulau Tali Kail
Ulat gonggok yang besar di Pulau Tali Kail
Bunga Pakma di Royal Belum
Sejurus sebelum meninggalkan Pulau Tali Kail... Semoga bertemu lagi Pulau Tali Kail....
Thursday, February 28, 2013
Pulau Tali Kail Jadi Nostalgia
Pemandangan Pulau Tali Kail
Ikan Sebarau yang masuk jaring, bukan dipancing
Bergambar ramai sewaktu akan berangkat pulang ke Selangor
NAMPAKNYA dalam kesempatan hari terakhir bulan Februari ini saya hanya sempat paparkan beberapa keping gambar semasa berada di Pulau Tali Kail, Tasik Banding pada 14-17 Februari 2013 yang lalu. Minggu ini memang masa penuh untuk kerja-kerja sebagai juruaudit dalaman ISO di sebuah organisasi. Besok mungkin ada masa lapang mungkin tidak, tapi besok sudah 1 Mac bang... Minggu depan juga akan sibuk sebagai timbalan penyelaras audit dalam di organisasi sendiri selama empat hari penuh.
Thursday, January 31, 2013
Pos Kemar - Siri 4 - Ekspedisi Dalam Media
Penulis (anak panah) dlm. BH bth. 31 Disember 2012
Penulis (anak panah) dlm. BH bth. 3 Januari 2013
SEBELUM ekspedisi ini bermula, program ini telah pun diwar-warkan dalam BH. Selepas ekspedisi ini berakhir, program ini dilaporkan lagi dalam BH sebanyak dua kali. Pertama, dlm. BH 31 Disember 2012 dengan tajuk "Sungai di kawasan Pos Kemar belum tercemar" oleh Mohd. Yusuf Abu Bakar. Kemudian dlm. BH (Sisipan Varsiti) 3 Januari 2013 oleh penulis sama dengan tajuk utama "Forensik alam sekitar".
Apa yang menariknya ialah saya sendiri tidak nampak imej saya dalam gambar kedua. Besoknya apabila seorang rakan beritahu bahawa saya ada, maka saya pun naik hairan. Makna kata ada gambar tersembunyi di situ...
Program ini juga disiarkan dalam Bernama TV pada hari ahad jam 9.30 malam di ASTRO chanel 502 beberapa minggu kemudian.
Thursday, January 17, 2013
Pos Kemar - Siri 3 - Cabaran 4 X 4
KAMI mula bertolak dari Serdang menjelang jam 12.00 tengah malam 22/12/12 selepas dua jam memunggah barang-barang ke dalam pacuan empat roda. Sewaktu ramai orang tidur di rumah dengan selesanya, kami bersengkang mata hingga sampai ke Sg. Siput menjelang waktu Subuh 23/12/12 (Ahad). Selepas solat Subuh di sebuah stesen minyak, kami bersarapan di Restoran Shameer Corner jam 7.15pg. Selepas itu singgah di Pejabat Renj. Hutan Sungai Siput (U). Konvoi kami disertai pula oleh staf pejabat renj tersebut sebagai pemandu arah untuk ke Pos Kemar.
Perjalanan paling mencabar ialah apabila melepasi Pos Piah. Rupa buminya mirip jalan ke Cameron Highland atau Genting Highland, tetapi bukan jalan tar. "Off-road" ini berupa jalan tanah merah dan kadang-kadang pasir tebal yang membuatkan tayar kereta jerlus atau pun kereta tersekat. Pacuan 4 X 4 kami juga harus meredah lima buah sungai atau anak sungai sebelum sampai ke Pos Kemar.
Dipendekkan cerita, kami selamat sampai. Selepas dua malam tidur dalam khemah yang didirikan di hadapan Klinik Kesihatan Pos Kemar, kami pun bertolak pulang ke Selangor. Cabaran pertama ialah apabila anak kunci kereta saya naiki hilang. Terpaksalah Abang Salleh dari Kelab Raja Rimba jadi 'Mc Giver' dan anak kunci kereta selepas ini ialah 'skrew driver'.
Cabaran kedua ialah terpaksa meredah laluan "off-road' yang sukar hingga sekali peristiwa kereta saya naiki tersekat pada jalan berpasir lembut. Sebuah 4 X 4 dari Kelab Raja Rimba menariknya dengan tali. Cabaran ketiga, kereta yang saya naiki kerap panas enjinnya. Beberapa kali tambah air hingga satu ketika terpaksa berhenti di bahu jalan di Lebuhraya Utara Selatan di kawasan Perak kerana jarum 'temperature' telah berada di tanda merah. Dua jam kami 'sangkut'. Pelbagai cara dibuat dan difikirkan untuk selesaikan masalah. "Mc-Giver" kami telah jalan dahulu tadi, jadi tidak dapat bantuan dia. Seorang lelaki India berhenti melihat dan mencadangkan kereta itu "totaly lost' dan perlu ditarik ke bengkel. Pihak Plus dihubungi. Mereka datang buat pemeriksaan dan cadangkan ditarik oleh penarik kereta panel Plus.
Sebelum kereta tarik sampai, ketua kelab raja rimba memutuskan kereta itu ditarik sahaja oleh beliau sendiri. Rupa-rupanya Abang Salleh masih menunggu di hadapan di sebalik bukit. Abang Salleh memutuskan beliau memandu kenderaan yang saya naiki itu (saya dah tumpang kereta lain). Akhirnya beliau berjaya memandu sehingga selamat sampai ke Serdang!

Menempuh jalan tanah merah untuk ke Pos Kemar
Meredah sungai untuk ke Pos Kemar
Dipendekkan cerita, kami selamat sampai. Selepas dua malam tidur dalam khemah yang didirikan di hadapan Klinik Kesihatan Pos Kemar, kami pun bertolak pulang ke Selangor. Cabaran pertama ialah apabila anak kunci kereta saya naiki hilang. Terpaksalah Abang Salleh dari Kelab Raja Rimba jadi 'Mc Giver' dan anak kunci kereta selepas ini ialah 'skrew driver'.
"Mc Giver" Serdang pecahkan rumah kunci supaya boleh dihidupkan dengan 'skrew driver'
Kereta saya naiki lekat di pasir. Kereta hadapan tarik menggunakan tali.
Kereta "sangkut" lebih dua jam kerana enjin panas. "Sesuatu" telah "diusahakan"
Cabaran kedua ialah terpaksa meredah laluan "off-road' yang sukar hingga sekali peristiwa kereta saya naiki tersekat pada jalan berpasir lembut. Sebuah 4 X 4 dari Kelab Raja Rimba menariknya dengan tali. Cabaran ketiga, kereta yang saya naiki kerap panas enjinnya. Beberapa kali tambah air hingga satu ketika terpaksa berhenti di bahu jalan di Lebuhraya Utara Selatan di kawasan Perak kerana jarum 'temperature' telah berada di tanda merah. Dua jam kami 'sangkut'. Pelbagai cara dibuat dan difikirkan untuk selesaikan masalah. "Mc-Giver" kami telah jalan dahulu tadi, jadi tidak dapat bantuan dia. Seorang lelaki India berhenti melihat dan mencadangkan kereta itu "totaly lost' dan perlu ditarik ke bengkel. Pihak Plus dihubungi. Mereka datang buat pemeriksaan dan cadangkan ditarik oleh penarik kereta panel Plus.
Sebelum kereta tarik sampai, ketua kelab raja rimba memutuskan kereta itu ditarik sahaja oleh beliau sendiri. Rupa-rupanya Abang Salleh masih menunggu di hadapan di sebalik bukit. Abang Salleh memutuskan beliau memandu kenderaan yang saya naiki itu (saya dah tumpang kereta lain). Akhirnya beliau berjaya memandu sehingga selamat sampai ke Serdang!
Thursday, January 10, 2013
Pos Kemar - Siri 2 - Pos Kemar Airnya Cetek
PABILA nama tersenarai ke Pos Kemar, saya pun mula 'google' Pos Kemar. Alangkah indahnya Pos Kemar dilihat berdasarkan gambar-gambar dalam beberapa blog. Antaranya gambar-gambar yang berikut:
Selain ditugaskan sebagai 'fotographer' dan membawa beberapa peralatan memasak, saya juga diminta menyediakan umpan untuk memancing jika ada masa lapang nanti. Maka ketika berkesempatan pulang ke kampung, saya mengutip kira-kira 70 biji buah sawit yang bertaburan di pangkal pokoknya. Kebetulan ia baru dituai dua hari sebelumnya. Ada yang saya rendam seminggu sebagaimana panduan blog renjersungai, ada yang saya rendam dua hari sahaja. Juga saya sediakan umpan daripada dedak pelet dan tepung hong. Sudah semestinya beberapa jenis gewang untuk casting. Tetapi setelah sampai Pos Kemar selepas bersusah-payah, akhirnya saya dapati Pos Kemar kering kontang. Lihatlah gambar pertama! air tasik mencecah jeti. Ketika saya datang, sungai yang tinggal pun boleh diredah paras bawah lutut hingga ke seberang!
Pos Kemar pada 31 Mac 2010 berdasarkan blog anakmuaalaf.blogspot.com
Pos Kemar pada 27 Dis 2010 berdasarkan blog callmelara.blogspot.com
Pos Kemar yang saya jejaki sendiri pada 24 Disember 2012
Selain ditugaskan sebagai 'fotographer' dan membawa beberapa peralatan memasak, saya juga diminta menyediakan umpan untuk memancing jika ada masa lapang nanti. Maka ketika berkesempatan pulang ke kampung, saya mengutip kira-kira 70 biji buah sawit yang bertaburan di pangkal pokoknya. Kebetulan ia baru dituai dua hari sebelumnya. Ada yang saya rendam seminggu sebagaimana panduan blog renjersungai, ada yang saya rendam dua hari sahaja. Juga saya sediakan umpan daripada dedak pelet dan tepung hong. Sudah semestinya beberapa jenis gewang untuk casting. Tetapi setelah sampai Pos Kemar selepas bersusah-payah, akhirnya saya dapati Pos Kemar kering kontang. Lihatlah gambar pertama! air tasik mencecah jeti. Ketika saya datang, sungai yang tinggal pun boleh diredah paras bawah lutut hingga ke seberang!
Tuesday, January 8, 2013
Pos Kemar - Siri 1 - Pengenalan
BERMULANYA Ekspedisi Saintifik Kali Ke-5 4X4 Pos Kemar, Perak ini bagi saya ialah apabila e-mail dihantar oleh Ketua Ekspedisi kepada seluruh warga fakulti sebulan sebelumnya. Antara kandungan e-mail tersebut ialah "sesiapa yang ingin menyertai ekspedisi, sila hadir ke mesyuarat pertama..." Lalu saya pun hadir sebagai tanda komitmen. Ternyata tidak ramai yang hadir. Saya angkat topi kepada dua rakan, iaitu En. Sujak Samad dan Cik Dalina yang turut hadir. Siapalah yang sudi menyertai ekspedisi ini yang khabarnya Pos Kemar hanya boleh dijejaki dengan kenderaan pacuan empat roda sejauh 80km dari Sg. Siput. Tentulah perjalanan amat sukar dan menyeksakan. Tambah lagi pekerjaan yang akan dijalankan ini tiada imbuhan dalam bentuk tuntutan kerja lebih masa. Berkerja pula pada hari Ahad dan cuti am Hari Kristmas (23-25/12/12). Lebih baik duduk rehat di rumah!
Saya mungkin ada 10 sebab peribadi untuk turut serta. Satu daripadanya ialah inilah masanya untuk saya 'berkelana' setelah dua kali tersingkir atau terpinggir daripada rombongan kerja luar yang dijalankan oleh Jabatan. Pertama, ke Tasik Kenyir pada 2011 dan kedua, ke Tasik Banding pada 2012 waima pernah dijanjikan untuk turut serta program yang kedua itu selepas yang pertama dikatakan "terlepas pandang".
Wednesday, December 19, 2012
Siapa Bertuah
HARI Sabtu lepas bolehlah dikatakan suatu hari yang penuh hiruk-pikuk dan memenatkan. Menjelang Suboh hinggalah selepas Mahgrib, penuh dengan aktiviti yang melibatkan komitment keluarga. Ada orang datang minta 'baby'nya dijaga separuh hari. Terpaksa mendukungnya satu jam sewaktu 'orang rumah' 'shoping' sayur-ikan di pasar awam. Lepas itu hantar anak ketiga ke Alamanda, Putrajaya bersama kawannya. Lepas itu jemput anak kedua di kolej di UPM dan terus ke Kajang. 'Shoping' beg dan tudung berdekatan Ali Stor. Lepas pekena sate Samuri dekat Stadium, terus ke KAMDAR beli kain. Jam 5.00ptg balik dari situ terus ke Alamanda jemput anak dan kawannya. Selepas solat Asar di rumah, terus ke Seri Kembangan kononnya nak beli mesin basuh. Masa inilah kawan saya telefon tanya sama ada saya nak ikan Patin itu. Dia sedang memancing di kolam MAEPS. Dengan segera terus ke sebuah pasaraya untuk beli barangan dapur kerana perlu menanti kawan saya di rumah sebelum jam tujuh. Kawan saya bukan sahaja beri Patin, malah seekor lagi Rohu. Saya sempat menjeling seekor lagi Rohu seberat kira-kira 3kg dalam keretanya. Dia kata dua ekor lagi sudah diberi kepada orang lain. Usai solat Mahgrib, parang pun dicapai untuk mengayakannya. Mujur malam sebelumnya saya telah perhatikan bagaimana penjual ikan air tawar di pasar malam menyiang ikan. Kalau Rohu seekor, tidak sampai seminit dah siap. Kalau Keli, dalam seminit antara 10-15 ekor boleh siap. Pendek kata, memang bertuah la kan, tak pergi memancing pun boleh dapat dua ekor ikan. Ikan Patin itu pula saya goreng beberapa keping malam itu juga dan besoknya. Ternyata kali ini memang sedap. Tidak ada langsung bau hanyir atau bau tanah. Tetapi kalau dapat pergi sendiri memancing di mana-mana 'port' tentu lagi seronok kan, kan....
Friday, December 14, 2012
Buku Bertuah
BUKU ini bolehkah dikatakan bertuah? Ceritanya begini... Pada 11/12/12 saya berkunjung ke Big Bad Wolf Book Sale 2012 yang berlangsung di Mines International Exhibitions & Convention Centre (MIECC) dari 7 - 23 Disember 2012. Hari itu di Selangor cuti am kerana Hari Keputeraan Sultan Selangor. Buku berbahasa Melayu memang tidak banyak berbanding buku bahasa Inggeris. Oleh itu saya mencapai sebuah novel tulisan Abd Talib Hassan bertajuk "Diari Hati" sebagai 'tanda' saya telah menghadiri pesta buku tersebut. Bagaimanapun sebelum membayarnya, saya berjalan-jalan lagi dan tiba-tiba ternampak buku "The Ultimate Encyclopedia of KNOTS & ROPEWORK". Justeru saya memang kebelakangan ini sering melayari laman web sehingga hafal beberapa jenis ikatan atau simpulan, maka buku ini tentu sekali menepati cita-rasa saya. Antara simpulan yang saya dah hafal termasuklah ikatan "bowline", "palomar", "Uni Knot", "Trelene" dan "Rapala Knot". Tanpa berkira bahawa gaji belum dapat, buku yang berharga RM20.00 selepas potongan ini saya bawa ke kaunter bersekali dengan sebuah novel. Bertuah tak ini buku?!
Wednesday, December 12, 2012
Tangguk Bertuah
TUAH saya memang tiada pada hari itu, tetapi tangguk ini memang bertuah.
MULANYA seorang rakan sepejabat nasihatkan saya supaya beli tangguk yang baharu. Alasannya ialah tangguk saya terlalu kecil dan dibuat dari benang. Kecil menyusahkan apabila menangguk ikan besar. Benang pula menyusahkan apabila mata pancing jenis rambai tertusuk tali tangguk. Saya pula suka tangguk itu kerana boleh dilipat menjadi kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. Atas nasihat itulah dan pengalaman sendiri di kolam Danau Pinggiran, saya pun beli tangguk baharu. Tangguk ini memang besar dan talinya daripada nylon.
Memandangkan saya ada dua keping kupon untuk memancing dua jam di Danau Pinggiran, saya pun mengajak Sifu saya, En. Maslan memancing di kolam tersebut. Beliau yang agak lama tidak memancing dan tidak tahu lokasi 'port' tersebut setuju atas tajaan itu. Kami pergi pada pagi Sabtu beberapa hari selepas beli tangguk itu. Malangnya kali ini saya hanya naikkan Lekoh kecil dan Lampam lagi kecik gile kata bebudak muda sekarang. Sifu saya pula memperlihatkan kemahirannya! Apabila gagal memancing 'botom' dia mentafsir riak di air. "Tengok itu, ikan main kat permukaan," kata Sifu "kita mesti tukar taktik, umpan atas air." katanya lagi. Dan dia memang pantas dalam hal ikat-mengikat mata kail. Kali ini dia gunakan umpan roti. Saya hairan apabila umpannya yang ringan boleh dilontar jauh sedangkan umpan saya yang berat pun hanya separuh jarak sampainya. Tali pancing dia pun kendur jer berbanding tali pancing saya yang tegang menjumam ke dasar kolam. Bagaimana pun terbukti teorinya menjadi apabila tidak lama pancingnya mengena dan seekor Patin seberat 1kg dinaikkan. Tidak lama kemudian kena lagi, tetapi kali ini dia perlukan antara lima hingga sepuluh minit untuk naikkan Patin seberat 6.1kg!
Saya capai tangguk beliau untuk membantu. "Guna tanggukkau!" kata Sifu. Aku faham, tangguk dia kecil, lebih baik guna tangguk saya yang lebih besar itu. Itulah tuahnya tangguk yang baharu saya beli! Ikan pertama yang ditangguknya seberat 6.1kg! Walaupun ikan orang lain....
Tuah tak ada, tapi rezeki saya pula melimpah hari itu. Peraturan kolam menyatakan ikan lebih 3kg hendaklah dipulangkan dan dilepaskan kembali ke kolam. Pemilik kolam bayar balik RM12.20. Sifu kata ambillah kerana dia datangpun ditaja oleh saya. Bukan itu sahaja, seekor lagi ikan Patin seberat 1kg itu dia beri pada saya. Malah seorang jiran pemancing, sebelum pulang telah menyerahkan hasil tangkapannya, iaitu seekor Pacu seberat 1.4kg untuk saya bawa balik. Makna kata, kira bertuah jugalah kan? kan!

Subscribe to:
Posts (Atom)