siapalah saya...
Thursday, May 15, 2014
Penemuan Visual
SEKADAR mengacu kamera ke arah objek kemudian Klik! Objek pula akan menarik jika kebetulan ada 'penemuan visual' dan kamera ada di tangan. Kerapnya 'penemuan visual' akan lenyap sekelip mata. Hal ini kerap berlaku sewaktu terlihat mentari merah bulat di ufuk Barat. Cantik bukan main, tetapi selepas mengambil kamera di rumah, mentari tadi sudah pun tengelam atau terlindung awan. Balik kepada fotografi di atas, mereka yang pandai menulis mungkin terilham untuk menulis puisi tentang seorang gadis yang merenung kejauhan merentasi tasik dan perbukitan. Atau ada tafsiran yang lebih seni dan dalam.
GAMBAR ini saya rakam menggunakan kamera Nikon D300 milik pejabat ketika membawa pelajar-pelajar kursus Studio Perancangan Alam Sekitar di lapangan pada 5/3/2012.
Thursday, May 8, 2014
Antara Menulis dengan Melukis 2
Sembilan daripada 19 buah lukisan yang telah disiapkan
JIKA sebelum ini saya ada menyiarkan lukisan yang diadaptasi daripada nukilan puisi/sajak, kali ini dipaparkan pula lukisan yang diadaptasi daripada cerpen. Pelajar diberi satu salinan tajuk cerpen daripada cerpen-cerpen tulisan saya sendiri yang pernah tersiar dalam majalah. Mereka dikehendaki memahami jalan cerita kemudian memindahkan ke dalam bentuk lukisan. Cuma kali ini setiap lukisan dilukis oleh sekumpulan dua orang bagi menekankan kerjasama. Lukisan dibuat atas satu keping 'Ilustratioan Board' bersaiz 508mm X 762mm.
Thursday, April 10, 2014
Suatu Penghijrahan
TERINGAT semasa saya menyertai kursus perkahwinan suatu masa dulu (kalau tak silap), seorang Ustaz pernah menyarankan jika kita naik bas ke tempat kerja jam 7.30pg setiap hari, kemudian masih juga tidak menemu jodoh, cuba naik bas jam 7.00pg pula. Mungkin jodoh dan pertemuan ada di situ. Wah, apa pula kaitannya dengan gambar di atas? Sesekali saya pergi memancing di kolam bertuan. Biasanya dapatlah dalam dua-tiga ekor di tempat biasa dan umpan yang biasa. Kali ini saya harus berterima kasih kepada En. Zulkefley yang menyarankan satu 'port' lain waima di kolam yang sama. Juga terima kasih kepada En. Zainordin yang menyarankan resepi umpan terbaik Sebelum ini saya tidak pernah mencuba dedak 923 itu. Macam suatu penghijrahanlah kiranya. Hari Selasa 8 April itu saya ambil cuti rehat sewaktu pejabat saya kosong sekosong-kosongnya. Ramai yang kerja luar ke Pulau Pinang, ada yang berkursus, ada yang bercuti juga. Sebab itu saya membawa diri ke Danau Pinggiran, Putrajaya. Alhamdulillah pencapaiannya agak luar biasa, Jangankan nak baca buku, nak makan dan minum menghilang dahaga pun tak sempat. Mudah-mudahan kalau saya sesekali pergi "melapangkan fikiran" lagi, dapatlah seperti ini lagi. Amin.
Monday, March 31, 2014
Antara Menulis dengan Melukis
BUKAN saja-saja memilih tajuk ini. Menulis dan melukis memang genre yang berlainan, tetapi kita tentu pernah mendengar tentang sebuah drama atau 'movie' yang diadaptasi dari sebuah novel. Mungkin ini agak baharu apabila lukisan di atas diadaptasi dari puisi atau sajak. Itulah hakikatnya. Daripada sembilan buah lukisan di atas, tiga daripadanya adalah adaptasi daripada sajak-sajak "Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya" oleh Usman Awang, "The World is too Much With Us" oleh William Wordsworth, dan "Bila Langit Tak Lagi Biru" oleh Lim Swee Tin. Bagaimanapun lukisan di atas hanya dilukis oleh pelajar-pelajar jurusan Bacelor Pengurusan Alam Sekitar yang mungkin itu kali pertama mereka melukis. Kredit untuk Dr. Ruzaimi Mat Rani yang telah memberi tip dan sedikt tunjuk-ajar semasa 'persinggahannya' di Studio 1, tempat saya bertugas, suatu masa dahulu. Lukisan tersebut dibuat atas Ilustration board bersaiz 508mm X 762mm yang dipotong dua.
Thursday, March 27, 2014
Antara Memancing dengan Menulis
Peralatan memancing dan ikan Patin di kolam Danau Pinggiran pada Dis. 2013
APA sahaja yang berlaku di dunia ini boleh dijadikan bahan untuk menulis. Bahkan benda yang belum berlaku pun boleh diimaginasikan dan ditulis, contohnya fiksyen sains. Justeru, memancing dan menulis memang tidak terkecuali. Cerpen "Tapah" oleh Lim Swee Tin yang memenangi Sayembara Cerpen Esso-Gapena III dan "Kelah Sisik Merah" oleh Baharuddin Kahar adalah antara cerpen yang berkisar tentang memancing dan ikan. Malah cerpen tersebut telah menjadi klasik dan malasegar. Di peringkat sarwajagat pula novel "Orang Tua dengan Laut" oleh Hemingway yang mengisahkan seorang tua dengan perahu kecilnya berjaya memancing atau menangkap seekor ikan yang besar, sering diperkatakan.
Tuesday, March 11, 2014
Antara Catur dengan Memancing
Sewaktu menyertai Pertandingan Catur Persahabatan UPM lawan Pejabat Kastam 8/11/2013
PAGI semalam seorang rakan bernama Zul tanya saya samada nak sertai pertandingan memancing di Danau Pinggiran anjuran sebuah masjid berhampiran. Dengan seret-meret saya setuju dan hulur yuran penyertaan RM10.00. Sangat murah kerana bayaran memancing biasa pun RM20.00.
Hanya selang beberapa minit seorang rakan bernama Sul pula datang dan tanya samada saya nak sertai pertandingan catur. Dengan serta-merta juga saya setuju, waima yuran penyertaannya RM25.00.
Jika anda kaki pancing, masih ada masa untuk sertai. Hubungi En. Rahmat 019-2559912 kerana tarikh riadah tersebut pada 15 Mac 2014.
Jika anda kaki catur juga masih ada masa kerana tarikh kejohanan pada 29 Mac 2014. Hubungi Cik Rosni 013-9677270 atau lawat Http//mtm1314.wix.com/pcc2014.
Friday, March 7, 2014
Antara Boling dengan Catur
SELAMA ini saya beri tumpuan pada sukan catur selain sesekali berpeluang melibatkan diri dalam sukan lain. Dalam bidang catur, pencapaian tertinggi saya ialah menyertai kejohanan MAKSAK dengan mewakili Selangor. Itu lama sangat dah dulu. Sekarang untuk mewakili universiti tempat bertugas pun dah sukar kerana ramai bakat-bakat baru yang tinggi komitmen mereka. Boling pula memang tidak pernah saya sentuh. Hanya selepas usia mencecah setengah abad, iaitu pada 8 Februari 2014 baharulah saya dapat merasa bermain boling. Pada tarikh itu berlangsunglah kejohanan yang julung-julung kalinya diadakan oleh Kelab Sosial dan Kebajikan tempat bertugas. Kejohanan tersebut dijalankan di Kelab Golf Bukit Jalil. Ternyata main boling lebih mudah dan menyeronokkan. Bermain catur memaksa otak diperah semacam untuk bermain satu 'game' dalam tempoh dua jam. Oleh yang demikian, catur bolehlah diletakkan pada kelas yang agak tinggi. Ramai orang boleh bermain boling berbanding catur. Malam kelmarin saya bermain boling lagi dengan rakan-rakan.
Friday, February 21, 2014
Antara Ikan Patin dengan Ikan Rohu
Ikan Rohu 4.00kg.
"MISI membalas budi". Itulah antara matlamat saya kali ini apabila turun memancing setelah hampir dua bulan tidak turun. Entri saya sebelum ini ada penjelasan tentang seorang rakan sepejabat telah membelikan saya seekor ikan Patin sangkar dari Temerloh, Pahang. Dia tunaikan permintaan saya tanpa mahu menerima wangnya. Saya berhasrat membalasnya dengan Rohu tanpa mahu menilai harganya juga. Alhamdulillah, pada 19 Februari 2014 di kolam Danau Pinggiran, Putrajaya, bukan sahaja tiga ekor Rohu dapat didaratkan, malah ikan Rohu terberat kali ini ialah 4.00kg sedangkan selalunya sekitar 1.8kg sahaja seekor.. Joran Lion Stick yang digunakan juga terbukti kuat. Tidak patah.Tuesday, February 4, 2014
Ikan Patin Gulai Tempoyak: Masa Untuk Memasak!
Gulai tempoyak ikan Patin yang saya masak
LAMA dah nak ke dapur sesekali untuk mencuba bakat. Entri saya sebelum ini pada 24/9/13 bertajuk soalan retorik "Masa Untuk Memasak?" Saya kata "tentu tidak". Tetapi, kebetulan seorang rakan sepejabat balik kampung di Temerloh, Pahang sempena cuti raya Cina, saya pun kirim minta belikan ikan Patin sangkar barang seekor. Semalam saya menerimanya, petang semalam juga saya terus memasaknya. Masak apa? Tentulah gulai tempoyak ikan Patin! Resepi pilihan ialah Gulai Tempoyak Ikan Patin Kak Wan D'like yang tersiar dalam majalah Mingguan Wanita keluaran Januari 2014. Alhamdulillah, nampaknya menjadi!
Monday, January 6, 2014
Kreativiti Pantulan
SELAMAT tahun baharu 2014. Sebagai pembuka tirai, kali ini masih tentang kreativiti. Dalam Mingguan Malaysia semalam (5/1/2014) ada artikel bertajuk Kreativiti Pantulan SINI. Ruangan ini adalah tentang dunia fotografi kendalian Abd Halim Hadi. "Pantulan atau refleksi merupakan salah satuu teknik fotografi popular dan sering diguna untuk menghasilkan gambar menarik dan kreatif". Sebagai peminat kamera, saya sendiri ada satu koleksi, dan antaranya seperti berikut:
Ini bukanlah koleksi terbaik. Ada satu lagi yang bayang-bayangnya di air tenang dan nampak wajah-wajah sebahagian mereka. Cuma sewaktu menulis ini, saya tak pasti di mana saya sorok gambar itu. Gambar ini diambil di Taman Negara Pahang. Kamera yang saya gunakan pula ialah Nikon D300.

Thursday, December 19, 2013
Kreativiti Ala-ala MacGyver
MINGGU lepas saya pegang sekeping diskette yang saya ambil dari bilik di tingkat 2 ke bilik saya di blok lain. Sepanjang perjalanan itu ada tiga orang menegur dengan nada yang sama: "hoi, zaman sekarang orang dah tak guna diskette lagilah!". Saya cuma tersenyum. Itu memang benar kerana untuk copy sekeping gambar digital pun tak muat dalam sekeping diskette yang berkapasiti 1.44MB. Sekeping gambar pun kurang-kurang bersaiz 2MB.
Tujuan saya ke atas diskette itu ialah untuk digunakan bagi menampal galah yang patah. Galah itu patah kerana terhempap sebatang dahan pokok sukun. Kreatif ala-ala MacGyver ini, ialah gunakan apa sahaja yang ada di sekeliling. Kebetulan saya ada gam 'Vevcon 2 Ton Epoxy-Clear' baki repair kereta. Ada tali benang berkekuatan 84kg yang saya guna untuk memancing.
Mula-mula ambil kepingan logam tipis pada diskette. Kemudian bancuh gam dan sapu pada bahagian yang patah. Lepas itu tampal dengan kepingan logam daripada diskette tadi. Besoknya ikat tampalan tadi dengan menggunakan tali benang dengan cara ikatan permati (boleh tengok Youtube bagaimana cara ikatan ini). Kemudian gam sekali lagi supaya lebih kuat. Hasilnya telah diuji. Galah boleh digunakan lagi.

Wednesday, December 18, 2013
Kreativiti Batang Pancing Menjadi Galah
DI SEKELILING rumah kita, atau rumah jiran, malah di kawasan tempat kerja, kadang-kadang ada pokok buah-buahan. Malangnya apabila tiada galah, kita boleh tengok sahaja buah yang masak ranum di dahannya. Justeru, inovasi berikut boleh dicuba:
Dapatkan joran saudara kita yang dah tak guna lagi tu, atau beli saja yang baru dengan harga sekitar RM45.00 di kedai pancing. Pastikan ia adalah joran jenis teleskopik atau antena yang boleh ditarik keluar menjadi panjang atau ditolak ke dalam menjadi pendek.
Buang 'section' paling hujung kerana ia lembut/mudah melentur. Dapatkan sabit kecil di kedai 'hardware' dengan harga sekitar RM6.00. Ikat sabit pada hujung batang joran dengan menggunakan getah belada atau getah tayar motor.
Akhirnya siaplah galah untuk kait buah sukun. Bukan sahaja sukun, boleh juga kait buah manggis, rambutan, ciku, mangga dll. Galah ini boleh disimpan dalam boot kereta. Kalau balik kampung, boleh pula guna di sana. Kalau nak galah yang lebih panjang, belilah batang pancing yang lebih panjang, tapi harganya pun lebihlah sikit. Selamat mencuba!

Tuesday, December 17, 2013
Kreativiti Buku Menjadi Catur
DAYA kreatif tidak terhad kepada keupayaan seseorang menulis cerpen, novel dan sebagainya. Kali ini saya ingin kongsikan kreativiti saya menjadikan buku terpakai kepada papan catur yang tersembunyi. Pertama sebuah buku lelong dengan harga RM5.00. Buku ini saya potong bahagian dalam, kemudian masukkan papan catur kecil yang boleh muat. Tiada siapa sangka ianya adalah papan catur sehingga membukanya. Buku(dam catur) ini saya buat pada 25/3/2005.
Kedua, buku dam catur ini saya buat lebih awal dari yang di atas, iaitu pada 12 Julai 1990. Apa yang diperlukan ialah sebuah buku nota kulit tebal, dam catur kecil yang ada banyak dijual di kedai, beberapa keping besi tipis, dan magnet. Tebuk buku mengikut ukuran dam catur dan tampal papan catur dengan gam. Bahagian tepi boleh diletakkan magnet supaya buku ini sentiasa tertutup rapat atau tidak mudah terbuka.

Friday, November 8, 2013
Joranku Terjun Kolam dibuatnya
JIKA pada entri bth 4/9/2013 saya tulis tentang joran saya patah dibuatnya, kali ini saya nak cerita tentang joran saya terjun ke dalam kolam. Hal ini terjadi pada hari Khamis 31 Okt. 2013. Hari itu saya ambil cuti rehat untuk berehatlah, tapi berehat di tepian kolam Danau Pinggiran Putrajaya. Saya cuma nak pinjam kolam tu dalam dua jam sahaja dengan kos RM10. Namun baru satu jam duduk dah dapat tiga ekor Pacu dan seekor Patin. Kali ini saya gunakan umpan baru, iaitu dedak Dindings. Perambutnya juga baru, iaitu bentuk"V" dengan dua mata. Ketika joran melentur dan saya menyambutnya, terasa begitu berat. Tali pula asyik keluar dari kekili. Lama juga mengepamnya hingga suatu ketika terasa ada dua kali getuan mengejut. Hairan! Adakah mengena dua ekor ikan kerana ada dua mata kail!? Tangan saya lengoh melayan. Sesekali pangkal joran diampu pada lengan. Sesekali disangga bawah ketiak. Akhirnya muncul Patin, dan mata pancing tersangkut pada ekor! "Patutlah bertenaga ikan tu," kata seseorang. Setelah berjaya dinaikkan, saya dapati ada mata kail tanpa perambut di mulutnya, dan ternyata perambut saya putus satu. Apa yang saya rasa dua kali getuan tadi mungkin sekali masa perambut putus, dan sekali lagi masa ekornya pula tersangkut mata satu lagi. Setelah ditimbang, berat ikan Patin kali ini 3.6kg!
Sewaktu saya berasa lega kerana trip kali ini begitu berjaya, tiba-tiba joran saya ditarik dengan lajunya. Saya dapat lihat joran itu bergerak mengelongsor terus masuk dalam kolam dan hilang dari pandangan mata! Saya panik seketika. Beberapa orang yang perasan menegur. Mereka minta saya gunakan joran satu lagi menggarau dengan mata tiga. Kebetulan memang saya sentiasa bersedia dengan mata tiga itu. Seorang pakcik mengambil joran saya dan mengikatkan mata tiga tersebut. Setelah itu beliau melontarnya ke tengah kolam dan menggarau. Kali ketiga menggarau dah dapat tarik tali dan terus bertarung kerana ikan masih tercangkuk pada mata kail. Tiba-tiba tusss! tali jadi ringan. Dia kata tali dah reput ke? Dalam hati saya kata mungkin dia ikat tidak ketat tadi... Kemudian saya hulur mata tiga bersekali gewang sesudu. Dia yang ikat lagi. Kali ini tersangkut pula dengan entah apa di tengah kolam. Tarik lagi dan putus. Kali ketiga baru dapat tarik tali pancing yang terjun itu, tetapi dah ringan. Maknanya ikan (entah ikan apa) dah terlepas. Walaupun dapat tali, pancing masih terbenam dalam kolam. Dia kata kalau berani masuk sahajalah, dalamnya paras dada. Wah, tidak sanggup rasanya! Seorang pemancing menawarkan diri menggarau dengan mata spring kepunyannya sendiri. Setelah sepuluh kali lontaran baru dapat ditarik joran saya yang terjun itu. Itu pun dengan agak bersusah-payah.
Ikan Patin 3.6kg
Joran berlumpur setelah dinaikkan dari dalam kolam

Thursday, November 7, 2013
Sembilan Budak Hitam
Di Pejabat saya ada sembilan budak hitam. Enam pergi Tasik Kenyir, tinggal lagi tiga. Satu pergi UKM, tinggal lagi dua. Satu EL, tinggal lagi satu. Satu budak "hitam" yang tinggal itu akulah....
Pencerahan:
budak hitam = Staf makmal
Tasik Kenyir = Kerja lapangan di sekitar Tasik Kenyir
UKM = Sukan Staf Antara Universiti Awam Malaysia
EL = Cuti kecemasan
"hitam" = gelap
Pencerahan:
budak hitam = Staf makmal
Tasik Kenyir = Kerja lapangan di sekitar Tasik Kenyir
UKM = Sukan Staf Antara Universiti Awam Malaysia
EL = Cuti kecemasan
"hitam" = gelap
Subscribe to:
Posts (Atom)