Bergambar ramai di Sekolah kebangsaan Pos Brooke
siapalah saya...
Thursday, July 22, 2010
Aku Bukan 'Fotographer' (Gua Musang 'Part 2')
Thursday, July 8, 2010
Kerja Lapangan di Gua Musang, Kelantan
GUA MUSANG, Kelantan dan sekitarnya adalah lokasi catatan perjalanan kali ini. Bermula 10.00 mlm. 29/6/10 hingga 10.00 mlm. 5/7/10 adalah tempohnya. Bagaimanapun sedikit cuma yang dapat dikongsi bersama. Dipendekkan cerita, jam 2.00 pagi kami yang menaiki van sudah sampai di pekan Merapoh. Selepas singgah minum, kami tunggu bas yang membawa pelajar di stesen minyak Shell, Gua Musang. Jam 5.30pagi kami semua sudah 'check-in' di penginapan Etnobotani milik KESEDAR bersebelahan Kem Latihan PLKN. Siangnya kami dengar taklimat perancangan bandar di Majlis Daerah Gua Musang. Petangnya kami buat kajian sosial di bandar lama dan baru Gua Musang.
HARI KEDUA (1/7/10), kami dengar taklimat perancangan pembangunan wilayah KESEDAR di Ibu Pejabat KESEDAR, Gua Musang. Petangnya membuat kajian etnobotani. En. Majid, seorang staf Kesedar menerangkan semua tanaman herba yang terdapat di Etnobotani tersebut selain melihat burung kasawari yang besar dan rusa yang jinak. Selepas itu kami semua ke Kg. Pulai melihat warisan sejarah yang berupa tokong Cina dan gua batu kapur di seberang tasik. Malam itu buat kajian sisa pepejal di pasar malam Gua Musang, tapi hujan turun dengan lebatnya.
HARI KETIGA (2/7/10) kami meneruskan dengan mendaki Gunung Stong, Dabong. Kiranya kami diiring oleh 'guide' dengan melalui jalan sukar. Mungkin supaya pandangan lebih luas dan dapat bergambar di air terjun. Namun kesukaran itu meletihkan dan mencabar daya tahan. 'Jungle tracking' di Tanjung Tuan, Port Dickson dulu pun tidak seteruk ini. Rasa letih dan sesal hilang setelah sampai di puncak maka ramailah rakan-rakan bermandi manda dan ada yang mengelonsor di batu air terjun yang tinggi dan licin itu. Pabila turun kemudiannya di laluan lain, ternyata ada jalan lain yang lebih mudah untuk orang ramai ke puncak Gunung Stong!
HARI KEEMPAT (3/7/10) melawat tapak kilang pemprosesan kayu balak. Pelajar-pelajar mendapat ilmu antaranya tentang simbol atau tanda yang terdapat pada kayu balak. Antaranya panjang dan ukur lilit serta tag untuk sebatang pokok yang dikerat dua atau tiga tuas. Kami dilayan dengan baik dan saya sendiri secara peribadi dijamu nasi dagang dalam pejabat tokeh balak tersebut.
Petangnya kami melawat pula tapak kilang kelapa sawit Felda yang terletak 82km dari Gua Musang. Selepas itu melawat pula tapak kolam ikan air tawar. Malangnya tempat terakhir ini dilawati menjelang maghrib menyebabkan saya tidak nampak ikan Kelah dan tidak dapat masuk gua batu kapur berhampiran yang dikatakan indah di dalamnya. Walaupun penat, malamnya diadakan persembahan oleh tiga kumpulan pelajar. Setiap kumpulan buat dua persembahan dan hadiah berupa hamper disediakan.
HARI KELIMA (4/7/10), kami berakit di Sungai Ketil menggantikan lokasi asal, iaitu Sungai Nenggiri. Hal ini demikian kerana berakit di Sg. Nenggiri memerlukan kos yang tinggi walaupun sungainya lebih mencabar dan menerima sijil.Monday, June 21, 2010
Antara Ayat-Ayat Cinta dan "Salam Maria"

Monday, June 14, 2010
Antara Petunjuk dan Hidayah
1. Beli nombor ekor.
2. Tengok gambar lucah
3. Mengata orang walaupun azan sedang berkumandang.
4. Main game dengan komputer pejabat dalam waktu pejabat.
5. Ponteng kerja dengan kerap dan sengaja.
6. Curi tulang asalkan pandai berkata tidak.
7. Menipu pelbagai perkara dengan pelbagai cara.
8. Hisap najis rokok (haruskan yang makruh atau makruhkan yang haram?)
9. Menyakiti hati jiran tetangga, rakan dan taulan.
Ironinya merekalah yang berdegar-degar paling lantang mengutuk ulama' dan umara' seolah-olah mereka paling pandai. Seolah-olah mereka paling warak tiada dosa. Segala kebaikan umara' yang besar didiam-diam (disorok-sorokkan), kelemahan yang kecil dilaung-laungkan. Kerana taksub, keburukan idola mereka yang besar disorok-sorokkan (diam tidak berdecit sikit pun), kebaikan yang kecil diperbesar (dilaung-laungkan) agar satu Malaya dengar. 'Orang lain' terusan bertepuk tangan dan ketawa terbahak-bahak/berdekah-dekah melihat kebodohhan, perpecahan, dan kehancuran ini. Ya Allah berilah petunjuk dan hidayahMu kepada diriku (insan kerdil kepada Khaliqnya) dan mereka (yang menyangka mereka betul belaka) moga kami semua benar-benar melalui jalan yang lurus.
Monday, May 31, 2010
Karnival Sukan MASUM 2010 - Catur
Perlawanan game pertama
Perlawanan catur hari kedua
Pasukan catur wanita
Sarapan pada hari terakhir (30 Mei 2010)
Perlawanan catur wanita hari terakhir (30 Mei 2010)Sunday, May 16, 2010
Hari Keluarga: Antara Sejarah dan Keterlambatan






HARI ini hari Ahad. Justeru memikirkan hambatan-hambatan, teringat pula seruan yang sering didengar: kejarlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Antara perkara tersebut, masa lapangmu sebelum masa sempit. Dua minggu mendatang adalah masa sempit. Perlu siapkan laporan PTK2 untuk dihantar pada 24/5/10 dan dibentangkan pada 27/5/10; mulai 17/5/10 masuk latihan pusat untuk kejohanan catur pada hujung bulan ini; dikehendaki hadir latihan pemantapan audit dalaman, selama dua hari dalam tempoh kejohanan tersebut; dan perlu uruskan tesis pasca senat. Dalam hiruk-pikuk ini, teringat pula peristiwa hari keluarga yang pernah cuba dititipkan dalam blog ini sebaik majlis tersebut tamat, tetapi tak menjadi apabila semua sudah siap tapi setelah tekan butang publish post, komputer hang dan entri itu terbengkalai. Lalu entri tersebut disiarkan juga kali ini untuk tujuan dokumentasi. Dan foto di atas mungkin dapat memberi gambaran yang cukup jelas.Thursday, April 29, 2010
Menjejak Novelis Bahagia Sesudah Derita

Begitulah tajuk wacana sastera dalam Mingguan Malaysia, 25/4/2010. Dalam wacana sastera tulisan Dr Talib Samat itu, selain menyentuh tentang novel Bahagia Sa-Sudah Derita ada juga disentuh tentang novel Ahad dan Saga. Kebetulan sekali saya memang ada menyimpan ketiga-tiga buah buku tersebut.
Bahagia Sa-Sudah Derita tulisan Md. Akhir bin Leman, milik saya adalah chetakan kedua (1963). Berharga $1.20. Buku itu asalnya kepunyaan bapa saudara saya yang dibeli pada 17 Dec. 1963 di Manaf Book Store, 17, Jalan Abdullah, Muar, Johor.
Ahad tulisan Zakaria bin Salleh pula adalah Chetakan yang pertama (1959) dan berkulit keras. Terdapat chop Sekolah Kebangsaan Langgar di dalamnya. Walaupun saya dilahir dan dibesarkan di Batu Pahat, Johor, berdasarkan buku ini, menunjukkan ada salasilah keturunan emak saya di Kedah sana.
Sementara Saga tulisan Abdul Talib Mohd. Hassan adalah buku yang saya beli sendiri pada 6/8/1981, dua bulan selepas saya mula berkhidmat dengan Universiti Pertanian Malaysia. Buku ini adalah cetakan ketujuh (1981) yang cetakan pertamanya pada 1976. Makna kata, ketika saya beli, buku itu baru keluar dari kilang. Makna kata, buku itu antara buku yang mula-mula menjadi koleksi. Saga adalah antara buku yang paling saya minat ketika itu kerana plotnya. Setiap bab seperti saling bertaut.
Tuesday, April 20, 2010
Sukan oh sukan
Tuesday, April 13, 2010
Perjalanan ke Kelantan

Di pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.
Perjalan diteruskan lagi ke Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. Jo yang menjaga gerai keropok melayan kami dengan baik. Setiap kami diberi sebotol air minuman dan menjamah dodol serta serunding daging. Keropok ikan dan keropok sira semestinya menjadi buah tangan untuk dibawa pulang. Untuk mandi dan solat Maghrib kami menumpang sebuah rumah di Pasir Hor setelah menelefon tuannya di Serdang. Malam itu kami membeli-belah di Wakaf Che Yeh pula. Kenderaan yang masuk dikenakan bayaran RM2.00. Saya sempat membeli tali pinggang kulit dan sepasang baju batik buatan Hungga daripada kain gobi. Ternyata pasar itu antara destinasi pelancongan di Kelantan. Menjelang 11.30 malam, kami sampai semula di Kuala Krai. Besok seawal jam 6.00 pagi akan bertolak ke Gua Musang.
Di Pusat Latihan Kesedar
Seawal jam 5.45 pagi kami sudah dikejutkan untuk bersiap. Dan seawal 6.15 pagi kenderaan yang dinaiki telah pun bergerak ke Gua Musang. Dipendekkan cerita kami ada janji temu dengan pihak KESEDAR pada jam 8.30 pagi selain akan ke Pejabat Tanah dan Jajahan dan Majlis Daerah atas tujuan meninjau lokasi sebelum datang lagi nanti pada 26/6/2001-1/7/2010 bersama 30 orang pelajar UPM.

Pokok Tongkat Ali yang berbuah
Di Pusat Latihan Kesedar, kami meninjau dan berbincang tentang beberapa perkara, iaitu berkaitan tempat penginapan pelajar, makan dan minum, serta aktiviti yang akan dijalankan.

Selepas makan tengah hari di Gua Musang, kami teruskan perjalanan ke Lojing di Barat Gua Musang. Hampir dengan Lojing, kami singgah dahulu di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke, iaitu sebuah sekolah perkampungan orang asli. Guru Besar tiada maka bertemu Guru Penolong memaklumkan kedatangan rombongan kami pada 1 Julai nanti. Selepas singgah di Lojing kemudiannya, kami bertolak pulang melalui Cameron Highland. Secara peribadinya, kali terakhir saya menjejakkan kaki di Cameron Highland ialah 30 tahun dulu dengan mengikuti rombongan pemuda kampung semasa di Batu Pahat, Johor.
Sekolah Kebangsaan Pos Brooke, Gua Musang.

Anak-anak orang Asli di asrama SK Pos Brooke

Pemandangan sebahagian Lojing yang menjadi ladang sayur-sayuran

Strawbery yang merah dan manis di Cameron Highland.
Akhirnya, kami turun ke Tapah. Berhenti di R & R Tapah dan bertolak balik selepas solat Maghrib. Kira-kira jam 10.00 malam kami selamat sampai di Serdang menjadikan perjalanan ini genap dua hari.
Wednesday, April 7, 2010
Surau oh surau
Beberapa bulan lepas, agaknya agak ramai juga yang tidak ke surau berdekatan itu, apabila waktu Subuh masuk menjelang 6.15 pagi kerana mereka harus bersegera pula untuk bergegas ke Kuala Lumpur supaya tidak terperangkap dengan kesesakan jalan raya atau sebab lainnya. Hal ini demikian kerana surau berdekatan itu, lambat memulakan solat fardu Subuh. Hal ini demikian kerana menunggu jemaah menunaikan solat sunat waima datang lambat. Hampir 15 minit kemudian baru solat fardu dimulakan. Memanglah berkorban masa besar ganjarannya.
Subuh ini, surau berdekatan itu, adalah destinasi sebaik azan dilaungkan jam 6.00 pagi. Harapan supaya situasi begitu tidak diulangi kerana kita juga ada kewajipan menanti. Sarapan harus dibeli. Anak-anak nak ke sekolah sekejap lagi. Kemudian bertaburan di muka bumi mencari rezeki. Ironinya hingga jam 6.15 pagi solat fardu tidak dimulakan lagi. Kelihatan Bilal menoleh ke belakang lagi. Seorang jemaah luar negeri masih berdiri solat sunat seorang diri. Seorang jemaah lain tiba-tiba bersuara tinggi: "Iqamatlah apa tunggu lagi?!" (begitulah lebih kurang bunyi). Sebaik salam diberi, kita pun minggatlah apa lagi. Itu pun dah jam 6.30 pagi....
Thursday, April 1, 2010
Buku oh buku
Masa itu memang tengah sibuk dengan pelbagai komitmen, iaitu menyiapkan tesis, komitmen tempat kerja, komitmen keluarga dan pelbagai peristiwa di luar jangka. Oleh itu membaca novel adalah pillihan berbanding meneliti bahan bacaan akademik dan buku-buku agama. Novel pula semakin banyak dibeli terutama ketika menghadiri diskusi buku, seminar dan bengkel. Tak kan novel itu hanya disusun dalam gerobok untuk hiasan? Lalu novel Manikam Kalbu tulisan Faisal Tehrani dan Di Sebalik Mentari Jingga tulisan W.B. Rendra dicapai untuk dibaca dan dihayati. Bermula pada 11/11/2007 setiap novel dibaca bergiliran sebanyak sepuluh halaman sehari.
Novel Di Sebalik Mentari Jingga mengandungi 268 halaman. Sepatutnya dapat dibaca dalam tempoh 27 hari. Bagaimanapun atas urusan peperiksaan PTK, Dinner Masputra, dan ekspedesi ke Tasik Kenyir, lima hari tak dapat baca menyebabkan novel ini habis dibaca pada 13/12/2007, iaitu dalam tempoh 32 hari! Begitu juga dengan Manikam Kalbu. Manikam kalbu yang mengandungi 364 halaman dapat dihabiskan dalam tempoh 36 hari. Makna kata dua buah novel dapat dibaca dalam tempoh lebih kurang sebulan.Sebagai catatan, kedua-dua buah novel ini terdapat tandatangan penulisnya dengan kata-kata hikmat. Manikam Kalbu diperolehi melalui Pn. Nisah Hj. Haron melalui pos pada 7/11/2007 sementara Di Sebalik Mentari Jingga diterima dari penulisnya sendiri juga melalui pos tetapi ditandatangani oleh penulisnya pada 7/11/2007. Pada masa ini, novel yang sedang dibaca ialah yang telah dibeli pada lima tahun lepas. Tidak mahu dinyatakan di sini kerana penulis terkenal itu mungkin akan rasa marah, kecil hati atau kecewa walaupun nanti terubat luka apabila novel itu akhirnya dihayati jua....
Tuesday, March 30, 2010
Pesta Buku Antarabangsa KL 2010
SEWAJARNYALAH peminat buku berpesta-pestaan dengan buku. Tahun lepas hambatan memaksa ketidak hadiran diri ini memeriahkan pesta buku antarabangsa KL. Mujur dan syukurlah kali ini berpeluang menyibuk antara ribuan pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 pada hari Sabtu, 27 Mac 2010. Itu pun menumpang kereta seorang rakan penulis (dia penulis tersohor jugalah kiranya) sebelum menaiki LRT dari Sg. Besi ke PWTC. Mungkin kerana hambatan masa atau pun pengunjung yang terlalu berasak-asak, sempatlah mencapai lima buah buku di gerai Kreatif Enterprise sebagai kenang-kenangan ke Pesta Buku Antarabangsa 2010! Kepada adik-adik di pejabat sesiapa nak pinjam baca, bacalah. Banyak lagi buku yang dah terbeli tapi tidak terbaca dalam beberapa buah gerobok menanti giliran untuk dibaca. Sementara banyak juga yang dibeli dan dibaca sebelum disimpan.
Tuesday, March 16, 2010
Nostalgia Port Dickson IV
Khemah didirikan oleh para pelajar untuk penginapan malam nantiPetang Jumaat itu (12/3/10), kami sudah pun berada di tepi pantai Port Dickson, iaitu di Stesen Penyelidikan kepunyaan UPM. Ada empat buah rumah tamu di situ. Semua pelajar mula mendirikan khemah untuk penginapan mereka selama dua malam. Staf pula menginap di rumah tamu berbentuk semi-D yang setiap satu ada tiga bililk. Menjelang jam 7.00 tergerak untuk menelefon rumah di Serdang, Selangor untuk memastikan anak sudah pulang dari sekolah. Malangnya telefon bimbit tiada liputan. Lalu berjalan-jalan ke arah kawasan hujung satu lagi. Dalam berjalan pulang itulah ternampak bebola matahari yang merah bulat. Benar-benar bulat dan besar sedang turun ke laut. Amat indah apabila dilihat jelas antara dua rumpun pokok-pokok pantai. Lalu segera berlari anak ke rumah tamu untuk mengambil kamera digital SLR Nikon D300 untuk merakam keindahan alam itu. Malangnya pintu baru sahaja dikunci dan seorang rakan menghulur segugus anak kunci dengan kata "Nah kunci, pandai-pandailah pilih!". Ah, lima anak kunci sudah dicuba, sekali lagi cuba, lima anak kunci masih tak masuk. Ah, kenapalah grill pun dikunci sedangkan kunci pintu kayu pun mencukupi?! Apabila kamera dapat dicapai dan bergegas ke lokasi tadi semula, yang tinggal hanyalah satu garisan merah di kaki langit!. Betullah kata orang, peluang selalunya hanya datang sekali.

arus air sangat laju dan ombak sangat tinggi di pulau persampelan algae.


















Bergambar ramai selepas turun dari "jungle tracking" di Tanjung Tuan.